Sunday, October 4, 2009

MASIH BERAYA ...

Sabtu, kerja. Sepatutnyer aku cuti, tapi tukar shift dengan Fiza dan Rina sebab Fiza buat Open House hari ni. Yang bestnyer suppose attend meeting hari ni, last minute meeting cancel due to Moon Cake Festival. Big Boss aku cina, so dia celebrate maka tak ada lah meeting. Lepas kerja balik umah ambik Iqa, Hilman, Paan dan Maisara. Lepas tu singgah umah Afiq, sebab ambik Kak Long yang pergi Open House rumah dia. Kami ke Bandar Tasik Selatan ke rumah Fiza. Jumpa dengan Ayang Sepiah kat Area BTS sebab minah ni tak tahu macam mana nak pergi rumah Fiza. Lepas sessi mengenyangkan perut dan mengutip duit raya, maka bertolak balik. Aku tak tahu lah apasal gila-gila punyer jem jalan kat semua destinasi. Agaknyer ramai yang buat open house kut.

Memula takut nak bergambar dgn maskot ni, lepas tu siap salam salam lak

Ingat nak pergi Tesco Batu Caves, dah jalan jem giler macam tu, tukar fikiran ke Giant Kota Damansara. Sebab lepas tu nak singgah rumah Sumi pulak, dia ajak beraya kat umah dia di Kg Baru Sg. Buloh. Just on the way nak balik Kuang lepas tu dari Kota Damansara, senang sikit. Singgah solat di Awan Besar, keluar di Kelana Jaya, jem jugak tapi tak lah teruk sangat. Masuk Plus Damansara keluar Plus Kota Damansara. Sampai Giant. Shopping groceries sikit sebab esok ada orang nak datang. Seronok bebudak ni main-main kat sini. Sampai dah macam tak nak balik.

Mainan yang gerak2 tu adalah percuma, tak yah letak coin macam dulu-dulu. Aran tu tengah main jadi goalkeeper kat screem.

Sampai rumah Sumi dah pukul 9.oo malam. Dia kata buat Open House, rupa-rupanya buat Birthday anak dia sekali. Terkezut aku, dah macam Kelab Dangdut pulak majlis nyer siap dengan karaoke set, lampu laser dan asap-asap buatan. Hilman dah cucuk telinga dengan MP3 dia. Kak Long dengan Iqa dah pening kepala dihidang dengan irama dangdut. Aku ... ada ler sikit pening lalat. Tapi kena lah kami menghormati majlis, dah dijemput tak baik tak hadir.

Sumi dengan Iqa dan Aran

Sumi adalah bekas 'Maid' aku, sejak Iqa berumur 5 bulan (tahun 1996 lagi). Dan setia bekerja dengan aku hingga Iqa umur 9 tahun. Hampir dekat 10 tahun jugak lah. Dah jadi macam ahli keluarga sendiri. Kak Long, Iqa, Hilman dan Aran semua membesar dengan air tangan dia. Dia sayang anak-anak aku. Banyak jasa dia pada aku dan anak-anak. Although dia tak kerja dengan aku, but aku tetap tolong renew permit dia tiap-tiap tahun.

Cahaya hijau tu bukan silap kamera yer, tapi lampu dari kelab dangdut berhampiran

Bila dengar ada orang dera 'Maid', atau 'Maid' lari - aku jadi hairan. Setakat ini, semua 'Maid' yang aku dan Mak Tok dapat tak pernah buat hal. Dan boleh bertahan dengan kami untuk bertahun-tahun. Mungkin kami bernasib baik atau mungkin sebab kami tak anggap mereka macam 'Maid' kut, tapi lebih kepada ahli keluarga. 'Maid' kami boleh makan sekali bersama-sama kami, berjalan/shopping/lepak dengan kami. Tapi untung nyer mereka tak pernah lupa diri. Mereka tahu tugasan yang perlu disiapkan tanpa perlu disuruh-suruh. Alhamdullilah. Dan sekarang 'Maid' yang banyak membantu Mak Tok adalah 'Timah', dia pun dah kata, tak akan pergi tempat lain kalau permit dah tamat. Timah rapat dengan Kak Long, macam kakak dan adik. Banyak ler rahsia antara mereka.



Yang baju Kuning (pegang baby kiri sekali) tu ler 'Timah' - Raya 2009

Opppssss ... kan aku dah melalut lagi tak reti nak stop. Sampai ketemu lagi ya bapak bapak, ibu ibu. Kok banyak lagi tugasan mahu diberesin.

4 comments:

azieazah said...

Alhamdulillah... bila kita sayang orang, orang akan lebih sayang kita, sbb orang tahu hargai kasihsayang kita..

Seronok ek... ada maid yang sangat serasi dengan majikan..

Kak AA tak penah ada maid, tp babysitter lekat lebih 10 tahun jaga anak2 sampai 4 orang. Berenti jaga anak pun sbb ikut anak pindah ke rumah baru yang jauh.. Mujur ler anak kecik dah besar skit...

My Life My World said...

Iyalah Kak AA, mereka tu pun manusia jugak, ada hati dan perasaan. Kenalah give and take. Jangan ler anggap dia orang ni hamba abdi kita. Kita pulak jenis tak kisah. Bukan jenis lord-lord sangat yang membeza-bezakan manusia. Asalkan kita tahu tanggunjawab masing-masing, itu dah cukup kan.

Mrs Taz said...

dapat pembantu yang baik dan yang memang suka / ada family yg duduk malaysia ni tk pe ler cik , tp kalo amik kat ejen selalunye diorang nak kije sementara je ..bila dah bnyk duit mesti nak pulang pada keluarga diorang yang tercinta nun sana ...

mana leh lama2 tinggal suami, anak2 ... bahaya ..

hehe .. tp pada zia .. borderline tu mesti ada jugak .. kena tengok juga pembantu camne kita ada .. kalo jenis tau diri tak pe .. tak sume sama cik ..

mcm acik boleh le mak ada kat rumah nak monitor thats y dia ok kot hihihihi

My Life My World said...

Iyalah Zia, Acik bernasib baik kot. Tapi hidup kita ni kalau nasib baik yang ni, tak nasib baik pulak yang tu. Mana ada sempurna kan. Apa-apa pun Acik bersyukur sentiasa dengan apa yang ada.