Thursday, October 1, 2009

MAKAN MAKAN DI OPIS SEMPENA RAYA



Hari ni memang aku tak buat kerja opis langsung. Sebabnyer sibuk nguruskan majlis 'Open Office' sempena Hari Raya. Mengemas susun atur kedudukan makanan, keluar pergi cari kek dan ais batu, isi makanan untuk hidangan, basuh pinggan ... aduh penatnyer la acik.



Macam-macam makanan ada. Main Dish adalah Nasi Minyak berlaukkan Ayam Masak Merah, Rendang Daging, dalca, acar buah, kurma ayam, popodom. Also featuring by satay berkuah kacang, nasi himpit serta lemang dan laksa asam. Pencuci mulut adalah kuih koci yang marvellous, brownies from secret recipe, buah kurma, agar-agar dan buah-buahan.


Air pula adalah air sirap yang paling sedap dalam dunia (sebab ayang sepiah buat), nescaffe panas serta air yang berkotak dalam pelbagai rasa dan warna tak lupa air mineral water yang tak laku langsung.



Katering datang seawal pukul 11 pagi, so tak lah kelam kabut mengemas macam last year. Tetamu dari department lain datang pukul 12.00 tengahari. Selepas ucapan aluan dan bacaan doa dari penganjur Tuan Hj. Mokhtar, maka upacara makan makan pun bermula. Seronok sangat tengok dia orang makan dengan enjoy nyer dan bertambah-tambah. Hilang penat buat preparation.

Tapi yang seronok nyer adalah bila adanya team work dalam department, yang tak kedekut tenaga dan kederat untuk sentiasa memastikan makanan dan air cukup, pinggan, sudu, garfu dan cawan mencukupi. Paling best, bila part nak tutup kedai, acara bungkus membungkus makanan berlangsung dengan penuh kemeriah dan keriuhan. Semua orang bekerjasama untuk 'menapau'. Harap semua puashati.




Tetiba aku rasa 'Post' aku kali ni pendek yang amat. Penat nyer seluruh anggota badanku hari ni, dan kepenatan itu dah menular ke otak dan segala saraf yang ada. Buntu aaa tak reti nak tulis hapa. Selalu aku buntu macam mana nak stop tulis. Dah terbalik lak hari ni.... Layan gambo jer lah ek.

8 comments:

ayang said...

my dear sis, i suka sgt gbr2 u tu... leh katakan 90% la ada je muka i yg cun ni dlm gbr2 tu.. hehehe... terharu sungguh...

My Life My World said...

Iya lah yang, akak ni macam photographer tak bergaji kau ler pulak. Dah post up-date ni baru akak perasan, bersepah kat semua gambar ada bertempek muka kau. Itu tanda nyer akak SAYANGGGGGGG kat kau. Muahahahaha ....

Mrs Taz said...

acik ayat akhir tu zia suka ... hahaha .. sama la ngan zia bila nak mula menulis buntu bila dah start menulis tak tau camne nak stop =D

My Life My World said...

Betul tu Zia, benda ni since sekolah lagi. Acik suka buat karangan, dah lah karangan ada limit ayat kan. Masalah nyer tak tahu nak tamatkan karangan tu. Membawa ler ke hari ni, bila tulis blog. Macam mana tu? Sapa nak jawab ;)

azieazah said...

Kadang2 gambar saja sudah cukup menggambarkan isi hati dan peristiwa..

Wahh meriah you... best kan kalu companu besar, staf ramai dan begitu bekerjasama bila organize majlis... tu yg buat silaturrahim berpanjangan tu...

My Life My World said...

Setakat ni Alhamdullilah. Rasa selesa sangat di sini. Sebenarnya syarikat ni bermula dgn 4 orang staff jer (1993), termasuk ler saya. Saya grow together with this Company. This company is 'baby' yang dah besar jadi dewasa bersama-sama dengan saya. Tu yang sayang sangat tu. Lagi pun saya jenis yang setia, tak reti nak beralih arah. Chewah... hahaha

IXORAROXI said...

lepas syawal jom timbang berat badan :D...beraya sakan eikk

My Life My World said...

Ix - Timbang berat badan ? Tidak, tidak, tidak - jauhkan penimbang itu dari badan ku. Caya ke tak, sekarang ni tengah sakit kaki, mungkin sebab berat sangat kut, kaki dah tak dapat tampung berat badan. Hua hua hua