Thursday, October 8, 2009

LAYAN ...

Aku kerja 'Half - Day' semalam. Pukul 12.30 dah balik. Niat di hati nak bawak anak-anak ke Bank, sebab nak 'Bank-In' duit raya masing-masing. Memandangkan anak-anak pompuan ku cuti sempena PMR. Duit raya tu kan kalau tak di simpan alamat habis ler tanpa dikesan, salah-salah mak dia pinjam. Muahahahaha ... Jadi untuk mengelakkan kejahatan mak dia dari berlaku, elok lah jauhkan semua duit raya tu dari penglihatan mak dia.

Kat GSC promo filem terbaru Bruce Willis - Surrogates


Dalam perjalanan nak balik umah, mataku punyer ler mengantuk giler. Boleh aku terlelap kat Traffic Light. Sampai umah jer anak bujang dua orang tu belum balik dari sekolah rendah lagi. Tido lah dulu. Tido punyer tido ... siap mimpi mimpi lagi ... sekali bangun dah pukul 3.15 petang. Apa lagi terkejut beruk, mawas, cipan semua dah. Sempat kami sampai bank, tapi impian murni tak tercapai sebab sulat belanak tak bawak. Hish... nak kena pergi lagi sementara anak-anak masih bercuti.



Melepak sampai tak sedar diri mak snap gambar - MPH



Maka perjalanan adalah diteruskan ke One Utama. Yang ni anak-anak aku pulun melobi mak dia suruh pergi, atas alasan dah lama tak sampai OU. Seperti selalu, sebagai mak yang baik hati dan budi, aku sering tertewas dengan pujuk rayu, lelehan air mata dan air hingus anak anak yang dikasihi. Kali ni pemergian ke OU bersyarat. Mak tak nak kuar duit, kalau nak apa-apa pakai duit korang sendiri. Mak takat bawak keta dengan bayar duit parking jer. Dan syarat itu telah dipersetujui oleh majoriti dengan penuh kerelaan. Tapi sebeno nya aku pun nak pergi gak...(Grin)... ;)



Aran tengah pungah-pungah buku - MPH



Senang lak dapat parking. Lalu kat GSC, jeling-jeling jugak ingat nak tengok wayang. Tapi time is very limited. Ke Parkson, sebab anak dara 2 orang nak cari Pencil Case yang beso. Then terus ke MPH, lepak lepak buat macam rumah sendiri, cari buku macam kat library. Lastly, Aran telah melaburkan duit nyer ke buku favourite dia. Dah lama Aran mengidam nak beli buku basic melukis, tapi hari ni baru tercapai. Suker dia macam baru dapat tackle mak we idaman hati, senyum sampai telinga. Kak Long lak lepas tu ajak makan Kebab King, minah ni ler lapau memanjang, banyak makan pun tapi tetap kurus kering gak. So on the way to Old Wing tu menyinggah F.O.S., Iqa beli baju. Aran ngan Man singgah kedai jual CD beli game nak load ke komputer.



Bukti Aran senyum sampai telinga - sampai ke ek?


Sampai kat Kebab King, Iqa belanja mak dia makan Kebab Daging. Cayang Iqa. Muah Muah Muah. Mak dia belanja anak-anak minum air jer. Hehehehe. Hilman 'eksen' tak nak makan kebab, dia pergi Mc D sendiri nak beli nugget. Memula tu Hilman nak ke Secret Recipe, tapi dia tengok harga mahal lah pulak kan. Kedekut gak anak aku ni, kalau tang nak kuar duit sendiri. Kalau duit mak, pandai dia main order jer nak makan apa. Hahahaha... baru tau ek, kos hidup tinggi.



Kat Surau OU tgh tunggu Kak Long, Man dan Aran solat


Lepas makan, cari Surau sebab tak solat Asar lagi. Lepas tu jalan-jalan ke Toys'R'Us. Kalau kemana-mana tak singgah kedai ni, tak sah. Seperti biasa, belek tu belek ni, tapi tak beli 'setarang abuk pung'. Buat Photo Shoot jer kat sini. On the way balik ke New Wing buat window shopping ke 'Living Quarters', Reject Shop. Then singgah 'Windancer', Aran nak beli lampu suluh (satu lagi hobi abah dia dah melekat kat dia). Ikut kan je lah...




Jumpa lak sofa comel kat Toys'R'Us



Keluar OU dah pukul 7.30 petang. Apalagi, pecut ler sebab nak kejar Maghrib kat rumah. Nasib baik sempat. Penat tapi seronok keluar dengan dia orang ni. Tak henti-henti anak aku ucapkan Terima Kasih kat Mak dia, sebab sudi bawak pergi OU. Mak pun nak ucapkan terima kasih kat anak-anak mak, sebab buat mak bahagia bila keluar shopping dengan korang. Sayang korang semua.



Anak sapa la ni ? - Hilman jumpa rambut pelsu kat Toy'R'Us

4 comments:

IXORAROXI said...

bila jadi emak memang automatik jadi superwoman, cuma tak boleh terbang je eikk :D

My Life My World said...

Ix - iyer betul statement awak tu. Lagi satu cuma tak bole pakai baju seksi meksi jer macam 'Superwoman' sebab baju tak muat. Muahahahaha

azieazah said...

Sapa lagi ler yg sanggup layan karenah 24 jam.. Mak layan anak.. anak layan mak..

Tahu-tahu dah jadi tuaaaa... heheeh

My Life My World said...

Lepas ni nanti nak kena layan cucu pulak, Bestnyer .... berangan lebih jer saya ni.