Monday, October 12, 2009

'TOP-UP'


Bukan nak tambah nilai untuk prepaid handphone, tapi nak top-up biskut raya yang cepat benar abis. Balang kuih raya banyak yang dah kering kontang. Bukan orang yang datang rumah yang makan, tapi anak-anak aku yang tolong perabihkan. Asyik nak mengunyah jer. Lihatlah balang-balang kuih tu, tunggu nak masuk sinki jer.




Tak tahu lah aku, Kak Long mimpi apa malam tadi. Bersemangat sungguh dia nak buat biskut hari ni. Operasi telah diketuai oleh Kak Long dengan dibantu oleh Mak Su. Gigih tu Kak Long sanggup ke LMC (Kedai jual bahan baking) kat Bukit Rahman Putra dengan Mak Su petang tadi, sebab nak cari bahan untuk buat Chocolate Chip Cookies. Yang mencabarnya, lepas dah diadun semua bahan, letrik lak tak ada disebabkan ada pokok tumbang merentang jalan dan kena pulak kebal letrik (biasa ler duk tepi hutan kat kampung kan). Maka tak leh nak bakar, sebab oven aku pakai letrik. Tapi lastly lepas tunggu lebih kurang 3 jam baru dapat bakar.



Iqa dengan Sarah ni tolong tengok jer, lepas tu tolong makan. Tu yang lebih-lebih posing kat situ, eksen jer. Sajer nak enterframe bagi memeriahkan suasana. Hmmm, rasa biskutnya adalah sedap, ala ala ala Famous Amos. Okaylah Mak Su dan Kak Long, lulus ler korang. Lepas ni boleh la korang jual biskut ni tapi kena lah tunggu Musim Raya tahun depan :P




Inilah hasilnya. Sajer jer dia orang buat besar gedabak, bentuk 'Heart'. Ni semua idea Iman lah ni, tapi rasa tak sama. Iman punya cookies sedappppppppppppp.... nanti lah ada masa kita orang follow resepi Iman. Kak Long ler ni, tak sabar nak tunggu mak balik kerja, nak buat sendiri. Patut lah ek ada pokok tumbang, hmmmm...ghupa ghupa nyer sebab anak mak buat cookies hari ni. Apa apa pun... dah besar anak mak, dah mula rajin nak memasak dan BERMAIN DENGAN API. Alhamdullilah. Harap harap tak terbakar dan hangit atas kelekaan diri ya Kak Long.

10 comments:

Mrs Taz said...

"bermain ngan api" tu bahaya tu hehe .. hati-hati takut terbakar diri =) nnt bungkus satu balang untuk aunty ;)

My Life My World said...

Mrs Taz - boleh jer. Berapa balang aunty Zia nak? Nanti mak dia tolong hantarkan ;)

IXORAROXI said...

eloklah tu KAK LONG nak mencuba, namanya kan perempuan..cantik macam mana pun belajar pandai macam mana pun kena tahu dan mahir hal2 dapur ni, tambah2 emaknya memang pakar, salute!...Syabas dari auntie IX untuk KAK LONG

My Life My World said...

Ixora - nanti mak dia sampai kan salam Auntie Ix tu yer. Mak nyer tak ada pun pakar. Kalau reti buat benda yang tu, buat tu jer. Benda lain tak reti. Sebab tu acik reti buat coklat kek jer, suruh ler buat kek jenis lain, SURE FAIL punyer ;)

azieazah said...

Mana ada orang leh pandai semua benda serentak...:D pandai masak pun, bukan semua menu.. Mesti bermula dgn belajar dan mesti ada salah silap di mana-mana..

Syabasssss.... Mak mesti kembang hati tu.. cewahhhh... tumpang gak laaa..

My Life My World said...

Betul tu Kak AA - sekembang cookies yang Kak Long buat. Ngeh ngeh ngeh ...

kakzie said...

salam kak,

ok lah tu dah minat nak kedapur..saya seusia 11 tahun dah mula belajat masak sikit2...dan masih ingat lagi menu pertama yg saya cuba ialah perut masak lemak cili api(belajor dgn jiran sebelah)
nampak sedap jer cookies tuh..nak resepi leh tak...

My Life My World said...

KakZie - Salam, Terima Kasih sudi datang kat Laman Acik. Wah terer nyer dia, umur 11 tahun dah start memasak. Anak akak umur 13 tahun pun takut nak bukak api dapur. Nak resepi ek, nanti akak usahakan sampai ke tangga kejayaan yer ;)

kakzie said...

masa tu teruja sbb kesian kat arwah bapak (mak masa tu baru meninggal).tiap2 hari kena tunggu akak balik sekolah baru dia boleh mkn..so masa tu kebetulan saya sekolah petang di darjah 5 so saya rasa teringin sgt nak mencuba masak..hehehe dr situ belajar sikit demi sikit...

Shopaholic said...

semangat btul dieorg ni :)