Saturday, October 3, 2009

WARKAH UNTUK IMAN



Salam untuk Iman yang comei lagi manja. Auntie yang 'awesome' nak ucapkan berbanyak terima kasih pada Iman, sebab sudi mengajak Auntie dan 2 orang Body Guard Cenonet Auntie untuk menghadiri Jemputan Rumah Terbuka malam tadi. Walaupun rumah terbuka Iman hanya untuk kawan-kawan yang sebaya dengan Iman. Dan Auntie terasa lah amat veteran nyer berada 'among' korang yang bergetah dan 'solid gold'.




Wah! Cantik sungguh rumah Iman. Dah lah Interior bertemakan "English Style' yang memang dekorasi feberet auntie. Rumah Iman sangat besar dan kemas sekali, diiringi pula dengan garden indah yang sikit lagi jadi sama taraf dengan Taman Tasik Perdana. Dan di waktu itu terdetik difikiran, bagai langit dan bumi compare rumah Auntie with your house.






Ditambahi dengan bauan cookies Iman yang membuatkan rumah Iman complete lengkap menjadi rumah idaman Auntie. Tak sabar Auntie nak meratah 'Cookies' Iman disebabkan bau nyer yang menusuk nusuk berlari ke hidung tak berapa nak mancung Auntie ni. Psssst, jom tukar umah nak?




Tolong sampaikan Salam auntie juga buat emak Iman yang ramah tamah dan baik hati dan budi itu yer. Katakan pada nyer, Auntie ucapkan berbanyak terima kasih, sebab sudi layan Auntie yang banyak cakap ni sambil makan-makan, dan sudi juga jadi Tour Guide Auntie untuk membuat lawatan dirumah Iman yang indah itu. Seronok berada di rumah Iman serta mengenali keluarga Iman, kalau tak teringat nak tengok 'NUR KASIH' mungkin Auntie tak balik awal sangat kut ;)




Terima kasih kerana sudi menyediakan ruang untuk Kak Long melelapkan mata dirumah Iman. Sudi menjaga Kak Long bagai menatang minyak yang penuh, tidak membenarkannya tinggal sembahyang serta memberi layanan bagaikan putri dan menjaganya dengan penuh cemburu. Dan semoga kehadiran Kak Long menjadi memori indah buat kalian berdua, bertiga, berempat ... Auntie lupalah berapa ramai orang yang ber'Slumber Party' malam tadi kat umah Iman.

Berpeluang mengenali Iman adalah sesuatu yang amat bernilai dalam hidup Auntie, biarpun Iman mula nya hanya kawan pada anak Auntie cuma.


p/s : Terima kasih juga atas resipi 'Cookies' yang sedap itew.

8 comments:

azieazah said...

Seronok kan bila kita juga turut menjadi kawan kpd anak-anak kita... So anak-anak akan confident jer dgn siapa mereka berkawin..opsss! berkawannnn....

:D:D

My Life My World said...

Berkawin ??? Hahahaha, lawak ler Kak AA ni. Penting kita kenal siapa kawan anak-anak kita dan keluarga mereka. Bukan dia orang jer confident dgn siapa mereka berkawan, kita pun turut confident jugak. Kalau boleh, no talipon kawan-kawan anak-anak kita, pun kita kena simpan jugak. Bukan cemburu dengan anak-anak, tapi just 'be precoutions' jer

Imn said...

EHEM , sama sama :D hahaha
eh resipi tuu jaga elok elok !
hahaha take caree auntyy

Mrs Taz said...

alahai acik , umah acik pun lawa dan tersergam indah juga dan dikelilingi taman yang indah ;)

My Life My World said...

IMN - sampai jugak ruang auntie ni. Sori la sayang, sebab auntie dah 'reveal' resipi tu tanpa tanya tuan dia dulu. Mintak maaf banyak-banyak yer.

My Life My World said...

Zia - Umah Acik lawa ker ? Alhamdullilah. Itu jer yang mampu, sofa dan langsir dah berkurun tak bertukar. Dah ler main kawin-kawin jer kaler sofa dan langsir, tak ada sedondon langsung. Ada ke orang yang nak perasan ek :) Hehehehe. Taman yang indah? Dah ler duk tepi hutan, takat rumput kosong jer ada, yang tak di iringi dengan bunga-bungaan dan pokok dalam pasuan. Tak larat ler Acik nak jaga. Harus mati kegersangan pokok-pokok tu semua kalau ada. Hahahaha. Apa-apa pun Acik bersyukur sangat-sangat dengan apa yang ada. Nak kasi lawa lagi umah, tunggu pencen kut, baru ada masa ;)

Mrs Taz said...

acik , zia suka no umah acik ..bersih , teratur .. umah zia messyyy ... haiyer ... mak bapak anak2 pun sama ..bila baru kemas je nampak kemas tu pun kejap je hahaha

My Life My World said...

Zia - Acik tak leh hidup dalam keadaan bersepah, acik rimas. Kalau umah acik bersepah jer, mulut acik akan automatically jadi bising.Sejak zaman study kat ITM lagi, kalau balik umah cuti semester lepas lepak-lepak dengan mak lepaskan rindu, kerja acik adalah mengemas rumah dan membebel. Mak acik kata, kalau acik balik satu Kuang boleh tahu, sebab mulut tak reti duk diam masa mengemas. Hahahaha ...