Monday, March 1, 2010

SELAMAT HARI JADI NUR HAZIQAH




01 MAC 2010 - ISNIN

Selamat Hari Jadi Sayangggggggg .... Hari ni dalam sejarah, dimana 14 tahun yang lalu, pada pukul 2.15 pagi gitu, mak telah selamat melahirkan Iqa di Pusat Rawatan Islam, Bandar Baru Sg. Buloh. Dengan berat 2.8 kg ... anak mak yang paling ringan dilahirkan, tetapi rasa nyer yang paling susah untuk dikeluarkan ... sebab nyer mak langgar pantang masa bersalin. Betul ... waktu sakit bersalin pun ada pantang yang kena ikut, tapi aku tibai jer pantang larang tu and akibatnyer aku rasa tak larat sangat masa nak push.


Masa baru nak belajar berjalan

Nak tahu apa pantang nyer tu ? Jangan banyak membebel dan mengeluh masa tengah sakit bersalin tu. Banyak kan bacaan doa dan zikir sepatutnyer. Korang sapa sapa yang nak beranak tu, jangan ler ikut perangai aku. Tapi yang satu ni jer lah aku langgar pantang, but yang lain tu aku sedar diri :) Nasib baik duk dalam labour room tu tak sampai 3 jam dan lebih. Kalau idak mahu abis air liur aku duk asyik membebel dan mengeluh tak henti henti.


Suker sangat kalau dapat mandi kat 'swimming pool' masa kecik,
'trademark' muncung warisan abah

Tapi ... aku rasa ini lah satu satu nyer anak aku yang paling kurang bercakap, compare dengan 3 orang lagi tu. Aku selalu cakap kat dia, "PR Iqa kurang lah...", tapi jangan terkejut kalau dengar dia gelak, tak padan dengan rupa yang control ayu tu. Hahahahah .... paling kuat dan paling mengejutkan kalau dia gelak. Terus hilang vogue dia.

Pose ala ala artis kat Majalah Mangga, duk tepi kolam renang ... ecececeh

Teringat masa Iqa kecik, dia memang selalu jadi perhatian orang keliling (betul ni bukan perasan punyer statement yer). Sebab mata dia yang bulat dan rambut dia yang kerinting halus. Sampai ada orang tanya, "Akak, pergi buat ker rambut dia" ... giler ker hapa, budak umur 1 tahun lebih nak pergi 'set' rambut. Tapi bila makin besar, rambut dia hilang kerinting dah jadi lurus jer.


Gambar duet dengan Kak Long

Nampak jer macam brutal, tapi amat amat penakut. Lebih lebih lagi kalau nak suruh dia jalan kat tempat orang awam, lebih lebih lagi kat tempat tu ramai orang lelaki yang bersidai. Jangan harap dia nak lalu. Mesti dia akan kait dan pegang tangan kak long kuat kuat, lepas tu jalan tunduk jer.



Ratu CAMWHORE merangkap PHOTOGRAPHER dalam keluarga

Masa belajar pulak, 'very very unpridictable'. Nak selalu kena ketuk suruh belajar baru nak bukak buku, tapi paling lama pun 1/2 jam ... lepas tu dia hanyut ke alam mimpi. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi. Aku selalu cakap kat dia, "Iqa, belajar lah betul betul ... kalau Iqa belajar betul betul, mesti Iqa boleh score" . Aku tahu dia pandai, tapi malas sangat nak bukak buku. Kak long selalu kata "Kalau ada otak yang pandai tapi tak pandai guna pun tak ada guna nyer jugak" ... jadi Iqa gunalah otak Iqa yang cerdik tu yer ... ambik kata kata Kak Long tu sebagai satu cabaran okay :)


Ramai orang kata muka kami ada persamaan, aku pun tak tahu kat mana...

NUR HAZIQAH - yang bermakna ... yang cerdik pandai. Sikit punyer baik ker mak dengan abah dah bagi nama kat Iqa. IQA = IQ 'A' ... bermakna kan. Jadi buktikan yer sayang. Semoga sayang mak berjaya dalam pelajaran dan kehidupan dunia dan akhirat. Mak sayangggggggggggg Iqa. Mak selalu marah Iqa bukan ertinya mak tak sayang atau tak suka atau benci. Itu makna nyer mak sayang Iqa. Tapi kalau mak tak marah dan diam dengan segala tindakan Iqa, itu tanda nyer mak dah tak pedulikan Iqa lagi. Make me proud of you dear .... SELAMAT HARI JADI SAYANG :)

15 comments:

alia zarfullah said...

Happy birthday iqa. tbe-tbe kan alia pun nak post blog untuk iqa. sbb nk buat utk kak long n ma asyik terbantut je. ish2 tak patut btul la. Iqa pandai kalo di pendekan skit pony kat depan rmbt die tu. baru kurang skit mengatokkk hahhaa

Ieza said...

happy birthday too..

Mrs Taz said...

woiyooo ... gambar cam model ler .. tak pe kalo malas belajar , jadik model je keh keh keh .. mampus acik ketok kepala zia nnt hihihi ...

My Life My World said...

alia zarfullah - Thanks Alia, nanti auntie suruh dia bukak blog dan baca komen kat sini

Auntie rasa betul ler kata Alia, harus dipotong tu rambut dia, baru leh hilang ngantuk ... memang agenda paling penting dalam hidup dia adalah TIDUR.

My Life My World said...

Ieza - tima kacih on behalf Iqa :)

My Life My World said...

Mrs Taz - gambar jer macam model. Memang suker giler hambik gambo sendiri minah ni. Kalau malas belajar mahu dikawinkan saja ini budak (sebut ikut style Mak Dara dalam cerita P.Ramlee)

Tak kan ler acik nak sampai ati nak ketok kepala Zia hehehehe ... salah salah nanti Acik lak kena ketuk dengan Yan. Dah ler tak leh orang nak 'u-sha' bini dia, pun dia nak gi tumbuk orang tu kan .... Ampun Yan ... Zia, harap dia tak baca blog/komen acik ni ;)

Anonymous said...

salam mlmw. happy birthday untuk anak dara sunti you tu. memang seiraslah you berdua ni.

IXORAROXI said...

amin!

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Happy Birthday IQA !.. Jangan Study Hard but Study Smart Ye..


psst : beznya akak. sakitnya tak lama.huhuhu...ketiga2 anak saya > 18 hours sakitnya... terlebih langar pantang kott..hehehe..

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik. Terima kasih untuk doa mak cik buat Iqa.

Sama yer :) ramai pun yang kata sama. Saya selalu cakap kat Iqa, nanti kalau dia dah tua mesti macam muka saya ...hehehehe

My Life My World said...

Ixoraroxi - tima kacih auntie Ix ... anggap lah Iqa yang jawab yer. Nanti saya suruh dia baca semua komen di sini :)

My Life My World said...

azrina03.07 - thanks for the wish dear :)

Alhamdullilah, akak tak lama duk dalam labour room. Paling mudah anak ke tiga dan keempat. Tak sampai satu jam pun. Sebab menahan sakit masa di wad. Bila contraction dah jadi labour stage baru panggil nurse nak masuk labour room. Kena banyak baca buku, baru kita faham pasal badan kita masa nak bersalin ;).... Rina boleh lagi 2-3 orang tu... hehehe

lemongrass said...

Happy belated birthday Iqa. SOrry lah Auntie tertinggal this N3.
Semoga apa yang Iqa hajati dimakbulkan Allah and may your life be always blessed by Him.

My Life My World said...

lemongrass - Thanks LG ... nanti I sampaikan kat dia yer :)

azieazah said...

Sori terlepas pandang entri ni..
(Tp dah wish kat Kgmms)
Happy Besday IQA..

Sama? hmmm sama tang pipi..

Sekali pandang dan baca perangai, sama mcm Kak Azie punya anak nama IKA tuh..