SABTU, 10 April 2010
Stress ni tak perlu nak makan ubat, tak perlu nak jumpa doktor. Nak tahu apa ubat yang paling mujarab ............................................ SHOPPING. Tak kira lah membeli belah tingkap ker, membeli belah pintu ker, membeli dan terus belah ker. Asal yang bernama shopping tu memang bisa menenangkan fikiran :) betul tak ZYA sayang ... hehehe. Bukan membeli sangat pun, dapat beli sebatang pen pun jadik. Orang yang paling seronok nak ngikut aku Shopping kali ni adalah Kak Long dan Iqa ... eh tak, sebenarnya aku yang ikut dia orang shopping. Yang lebih lebih membeli nyer budak 2 orang ni. Aku ikut jer, jadi bodyguard dia orang nih dan tukang jadi Sugar Mummy a.k.a Bank Bergerak.
Mula mula sekali ke Ikano, Kak Long nak beli bag yang dia dah target dari minggu lepas lagi. Iqa pulak nak cari hadiah untuk kawan nyer di Brand's Outlet. Sambil sambil jalan tu terserempak lak dengan orang jual Popia. Aduh dah lama tak makan Popia ni.
Singgah beli, cari seat kat tempat orang lalu lalang tu, terus makan sambil menyuap anak dara 2 orang ni. Macam budak budak nak manja dengan mak ek. Tak kira dah dengan orang keliling, sebab rasa nyer dah bertahun tak makan popia ni :) Bukan lapar sangat pun.
Lepas dah dapat barang di hajati, haaaa .... ni nak cerita nih. Aku kalau keluar dengan budak pompuan dua orang nih, aku memang selalu kalah. Aku dah siap perisai, parang, tombak segala dah sebelum keluar rumah dengan azam "Mak tak nak beli apa apa ek, jangan nak suruh mak beli apa apa". Tapi bila sampai shopping centre tu, tiap kali tu lah aku kalah. Perisai dan tembok aku entah kemana tah, benteng yang keras tu terus runtuh. Ini lah kelemahan aku.
Kak Long tahu kelemahan aku, tu yang dia ambik kesempatan tu. Aku memang lemah dengan pujuk rayu anak anak bila dia orang nak kan apa apa, especially Kak Long. Tak sampai hati untuk tidak menunaikan nya. Sampai kan baju dia orang tiap tiap bulan ada jer yang dibeli, mengalahkan aku yang pergi kerja dan jarang berganti baju ... Huwa! Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa (Sila nyanyi seperti P. Ramlee)
Dah abis survey kat Ikano, masuk Ikea lak. Sebenarnya baru minggu lepas datang dengan Kak Long cari barang. Lepas tu Iqa tahu dia merajuk sebab tak bawak dia. So minggu ni kenalah bawak Iqa yang tersayang pulak. Dia kata nak cari barang kat Ikea. Apalagi kita orang pun buat Ikea tu macam rumah sendiri lah pulak kan.
Best best best ! giler best sebab dapat tengok susun atur dan perabut yang cantik cantik, lepas tu berangan macam boleh buat semua tu kat rumah. Bergambar jer lah kita orang yang memang tak tahu malu nih. Sampai tak larat jalan. Seronok, sebab bila tengok susun atur ni rasa membangkitkan idea nak kemas rumah dan mencantikkan rumah lagi. Tapi masa jer tak ada nak buat. Huwa!