Thursday, April 29, 2010

TENGAHARI BUTA DI I-CITY

AHAD, 25 April 2010



Kami ke Shah Alam hari ni, sebab Kak Long nak ke Perpustakaan Tun Uda untuk cari bahan bagi Assignment dia. First time dalam hidup aku sampai kat Perpustakaan yang besar dan cantik ni. Tak susah pun nak cari bahan, macam beli suratkhabar kat kedai mamak jer. Library tu dah siap booklet untuk dijual. Mintak jer nak yang mana satu. Mudah nyer hidup, tak yah nak membongkar semua buku. Memang kejap sangat kat dalam ni, tak sampai 20 minit. Bila keluar jer..... sudah anak anak aku tak nak balik umah. Dia ajak aku atau dengan kata lain, PAKSA aku bawak dia orang jalan jalan.




Dengan 4 kepala yang berbeza, dan 4 idea tempat yang berbeza, tapi mana dia orang boleh lawan kuasa VETO yang ada kat mak dia kan. Ok! Jom pergi I-City .... dan anak anakku yang baik ni :P setuju jer. Kami tak pernah sampai I-City ni, nak sampai ke sini pun berpandukan signboard kat tepi jalan jer. Orang datang sini malam malam, kami pergi TENGAHARI buta. Hehehehe .... tapi best sebab tak ada orang. Yer lah pulak, sapa nak datang waktu tengahari buta ni kan, kita orang ni jer yang memang suka buat benda benda pelik yang tak terjangka dek akal. Nasib baik hari tu tak panas sangat, suam suam kuku jer panas nyer.






Tempat ni memang cantik, kalau malam lagi cantik. Selalu nyer masa balik Kuang semula dari Klang waktu malam, memang kita orang akan terpegun lah dari kejauhan melihat lampu lampu berwarna warni ni. Simpan hasrat nak ke sini dah lama, baru sekarang jadi kenyataan. Dulu dulu masa anak anak masih kecil, selalu gak aku naik atas bukit ni, tapi masa tu tempat ni 'Fella Design' punyer show room yang sangat besar. Kan aku ni suka sangat dengan household, adalah 2-3 kali naik atas ni masa dulu.





Bebudak ni pulak, aku tak tahu lah mana datang super energy dia orang yang ter'hyper' bila kat sini. Sanggup jadi model aku dengan aksi aksi sengal dia orang :D. Cerita banyak pun tak guna, korang tengok jer lah 'pose' terlampau dia orang ni, yang bagi aku CUTE jugak lah bebudak ni ... hahahahaha, dah tu anak aku kan. Kalau mak dia tak kata cute, sapa ler lagi....

































p/s : dah jadi serupa album gambar dah blog aku ni ....... jangan bosan yer ;) hik hik hik

11 comments:

azieazah said...

wow!.. sungguh lawo nihhh...

Model dah tentu tentu ler cute. (ni kalu ada yang sedang merindu, mesti senyum sengih tengok gelagat bebudak nihhh...)

Minggu lepas Dak IKIN tunjuk kat blog dia, pi situ malam2, warna warni lampu dia..

Siang pun lawa jugak eeekkk....

My Life My World said...

Salam Kak :)

Model semua muka macam tak mandi ... hahahah ... tapi tetap cute di mata mak dia. Kita mak mak ni kan, orang kata anak kita tak lawa dan buruk pun, kita tetap kata anak kita lah yang paling lawa kat dunia ni :) hahahaha

Akak nanti pergi la, bawak anak anak, malam hari lagi cantik. Kita orang akan pergi lagi nanti di malam hari lak ;) sebab dah tahu jalan kan. Yang ni kira survey la.

mohdandmeriam said...

salam ros,thanks for sharing.adalah satu tempat yg boleh makcik pergi kalau ke KL nanti..cnatik tempatnya..btw..dimana I city tu?..

Mrs Taz said...

Acik,

Cute kat mata acik , cun melecun and cute mute kat mata kitorang yang melihatnya hehehe

Mmg cantik gambar² acik amik , tempat pun cantik , model pun cantik and photographer pun terer carik angle ... 2 thumbs up tuk photographer ;)

cik mas said...

siang2 hari pun nmpk cantik ye. tingin nk ke sini satu hari nanti :)

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik :)

Nanti kalau datang KL mesti datang sini tau. Cantik tempat ni, lebih lebih lagi di malam hari.

Tak jauh pun, senang nak carik. ITM Shah Alam dekat pintu masuk yang baru. Kalau lalu kat Lebuhraya Persekutuan nak ke Klang belah kanan lepas tol Klang dah boleh nampak dari tepi jalan :)

My Life My World said...

Mrs Taz - Salam Zia

Terima kasih. Kekadang Acik ni jer yang perasan tahap berlebihan. Malu pulak dengan orang. Macam ler Acik jer ada nak ... hahahaha

Ampun semua.

Zia, nanti datang tau. Awak punya kamera lagi canggih dari kamera acik, mesti hasil lagi cantik ;)

My Life My World said...

cik mas - Salam Mas

Tak di nafikan memang cantik. Ala dekat jer dengan umah Mas, sure boleh sampai punyer ;)

Mia's Mom said...

Salam Acik :-D

Rindu pulak rasanya dengan library Shah Alam tu! Kalau tak I memang dua kali seminggu be"rumahtangga" kat situ. Sangguplah I naik bas heret 4 orang anak gi library (macam cerita dulu2 pulak kan, pergi mana2 naik bas. Tapi memang sejak I langgar divider dan cacatkan skirting kereta, husband I VETOkan I drive. I ni gila buku - bas pun bas lah! Janji sampai! Larat tu dua kali seminggu menghangkut buku! Weekend baru husband I hantar. Dia tak boleh marah, sebab, nasib baik gila gi library kalau gila gi shopping kompleks - kalau dua kali seminggu, tak ke dia pakai roti kirai? :-D

Rumah I kat Shah Alam tak jauh dari I-City tapi I tak tau pun dia kat tempat bekas Fella yang atas bukit tu! Cantik sungguh rupanya. Apasal la dah sampai sini baru tau? Huhu...!

Amboi...! Bukan main posing lagi anak2 dara dan bujang tu ya! Menjadi saja! Cantik gambar2 tu! Yang black and white tu lagi I suka! :-D

My Life My World said...

Mia' Mom - Salam MM

Wah! U ni memang ulat buku rupa nyer yer. Mesti bertimbun timbun buku U kan. Sanggup tu hangkut anak anak sekali. Respek la kat U.

Iyer ke rumah U kat area I-City tu. Wah! nanti boleh I singgah kalau u dah balik sini semula kan :). Memang betul, atas bukit ni hujung tahun 90an ada Fella Design Showroom. Masa tahun 80an lak, kawasan ni sebenarnya estate kelapa sawit. I pernah lah pergi rumah Manager Estate ni, kebetulan anak sedara abah I. Waktu tu kawasan ni memang penuh kelapa sawit jer. Jusco Bukit Raja tu pun tak ada lagi.

Nanti balik sini, U harus pergi I-City tau.

IXORAROXI said...

uishhhh memang cantik tempat ni eikkk