Monday, April 19, 2010

BILA HERO HERO KU DEMAM

Wah ! rajinnyer aku update blog - 2 post sekali satu malam. Gara gara dah muak aku nak tengok gambar mayat berjalan kat bawah tu. Badiiiiiii !!!! oooooooo. Seram pun ada gak, dah lah tak anggun dan vogue langsung. Hari ni aku pergi kerja lambat. Hero hero ku demam. Petang semalam start sebenarnya, waktu aku baru nak terlolap... tetiba Hilman terjerit jerit macam nampak antu panggil aku, sambil mengheret adik kocik yang bermuka seposen. "Mak ! Mak! Aran deman, panas sangat badan dia" terkejut aku. Terharu pun ada gak, sebab abang dia terlalu concern dan risau bila adik dia demam. Aku terus kasi ubat yang memang ada spare kat peti ais.



Tak lama lepas tu aku dengar suara Aran kang main kuat lagi bermain dengan kengkawan dia. Hmmm ... dah sihat lah tu. Tak abis kat situ. Malam bila nak tidur, badan dia panas balik. Hilman pulak ngadu dia pun rasa nak demam. Aku bagi Aran makan ubat lagi sebelum tidur. Aku kunci jam pukul 3 pagi nak monitar suhu dia, tapi masa tu tak panas. Yang aku tahu, dalam pukul 4 pagi Aran kejut Hilman pergi dapur sebab nak minum siap bawak masuk botol air dalam bilik, lepas tu Hilman lak muntah.




So hari ni dia orang tak gi sekolah. Pepagi lagi aku bawak dia orang pergi Putra Medical Centre. Jumpa specialist kanak kanak. Takut lah aku, musim musim H1N1 ni datang balik. Kena check betul betul, kalau jumpa doktor biasa dia tak check detail sangat. Nanti tak dapat nak detect apa apa. Tapi sebelum tu aku singgah ambik Iqa kat sekolah sebab dia pun rasa tak tahan pening. Ish sekali demam TRIO lak tu, bukan DUET lagi. Aku rasa dia orang dah salah makan. Sebab semalam aku ada beli kek di Carrefour, dia orang bertiga perabihkan. Tapi Kak Long tak makan, sebab tu Kak Long tak kena. Serik dah nak beli kat situ.




Masa kat Klinik tu kan, Hilman tak tahan nak duduk, dia mintak baring. Aku duk belah belakang dia dengan Aran. Tetiba aku dengar bunyi dengkur ... hahahaha ... aduhai Hilman sempat dia berdengkur kat kerusi tu. Tak sampai pun 5 minit dia baring boleh dia lena. Siap dia cakap dia sempat mimpi kisah perang lagi :D .Harap harap dia orang bertiga ni cepat sembuh, kalau tidak terpaksa ler aku singgah klinik lagi esok untuk tambah MC dia orang nih...

17 comments:

Mia's Mom said...

Salam Acik :-D

Terharu rasa - Sayangnya Abang kat Adik dia! Kesian pulak Hilman, dia pulak yang sakit sama. Payah jugak tu, tiga2 sekali tumbang - Nasib baik Mak dia orang OK.

Hari ni Hakim pun tak pergi sekolah - asthma dia datang. Penangan memancing semalam, sedang memancing tu tiba2 hujan lebat sangat - rupanya air bersama salji sekali - Lencun Hakim dibuatnya - menggigil-gigil masuk dalam kereta.

Tapi kat sini pun sedang wabak sakit perut dan demam la... kalau tak sebab perubahan cuaca, mesti pasal salah makan kut!

Anyway, I pray for the three of them to get better soon. And Mak dia pun, take care tau! Kalau Mak dia yang tumbang, payah whoooa!

lemongrass said...

Salam Kak Acik,
alahai siannya you, tiga2 sekali sakit. Lain kali kalau nak makan kek, buat sendiri, hehehe.
I nak tergelak tengok Hilman tu, kat clinic pun boleh berdengkur, pastu siap boleh mimpi2 lagi, muahahaha..
Hope they get better soon ye and take care!

kakzie said...

rasanya budak2 kalau demam tak susah sgt nak jaga..tapi kalau kakak budak yang demam teruk adik budak nak jaga..Mengadanya lebih dari budak2 huhuhu...Minggu lepas minggu yang memenatkan saya dgn tugas di tempat kerja yang berat dan melayan kerenah kakak budak yang demam balik dari umrah:D

Mrs Taz said...

alahai shian nye ... anak² kat umah tu pun dah start batuk² and selema ...

semoga aran , hilman and iqa cepat sembuh ye .. :)

My Life My World said...

Mia's Mom - Salam MM.

Tu lah, risau nyer Allah yang tahu. Tapi terpaksa gak pergi kerja. Nasib baik Iqa tak teruk sangat. Boleh dia perhatikan adik adik dan kasi ubat. Mak dia pun sebenonyer dah start sakit tekak dan lenguh badan dah ni.

Cian ler Hakim, dengo macam best jer kan bila ada salji. Tapi kesan nyer susah gak kan. Pada kami yang tak pernah jumpa salji ni mesti macam jakun

Terima kasih atas doa MM untuk anak anak saya. Doa saya untuk Hakim juga supaya cepat sembuh. Amin.

My Life My World said...

lemongrass - Salam LG :)

Anak anak Kak Acik memang jarang sakit, tapi kalau sakit memang teruk lah jugak. Ini sakit pun sebab salah makan.

Mak dia nak buat kek??? hehehe kena berguru dengan LG lah dulu.Mak dia tahu buat kek cekelat jer. Kan best kalau LG jiran Kak Acik. Boleh selalu share resipi.

Hilman memang senang tidur. Tengah rancak berborak pun dia boleh terlena. Hehehehehe

Amin untuk doa LG. Terima kasih yer :)

My Life My World said...

kakzie - Salam Zie :)

Memang betul kata Zie tu. Kalau budak kecik memang senang lagi nak jaga. Kalau budak beso, laaa banyak benor kerenah dia. Tak nak makan ubat lah, susah nak telah lah. Nak makan Panadol sebijik pun dekat 1 jam duk berbincang dengan ubat kat sinki. Itu pun Panadol tu dah patahkan 2. Kat sinki tu bukan apa, sebab takut muntah balik. Hehehehe

My Life My World said...

Mrs Taz - Salam Zia :)

Cuaca pun tak menentu sekarang ni. Kalau panas tu panas sangat then tetiba jer hujan. Kena banyak minum air sekarang ni

Amin dan Terima kasih atas doa Zia tu :)

mohdandmeriam said...

salam ros..kesiannya tiga2 sekali demam..baguslah dah bawa pergi jumpa specialist tu baik kita betul2 check biar puas hati..hari sekarang ni sangat panas kenalah berhati2..kak yam doakan agar mereka bertiga cepat sembuh.

My Life My World said...

mohdandmerian - Salam Mak Cik/Pak Cik

Hari ni dua orang dah sembuh tinggal yang kecik jer lagi tak kebah. Baru balik dari klinik jumpa specialist lagi. Ambik darah. Takut apa apa kan. Biar tahu dari awal. Harap tak ada apa apa lah hendak nyer.

piewahid said...

slm ziarah & ukhwah,
moga abang adik cepat sembuh...:)
cuaca panaspun mungkin slh 1 puncanya

piewahid said...

eh, abg adik dh sembuh ya, alhamdulillah..
moga yg adik kecil pun segera smbuh! :)

My Life My World said...

piewahid - Salam Piewahid :)terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen.

Terima kasih atas doa. Tinggal yang kecik jer lagi masih tak sihat. Ni tengah monitor dia betul betul. Kesian lak, kalau boleh di alihkan sakit, mahu jer saya terima kesakitan dia. Dah lah kurus, bertambah kurus jadi nyer.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak,

dah musim sekarang ni kan.. Anak saya pon sama tapi dah okey dah..

harap anak akak get well soon.

My Life My World said...

azrina03.07 - Salam Rina :)

Alhamdullilah, semua dah kembali sihat hari ni. Memang musim demam kut sekarang. Kat klinik pun ramai orang dari selalu.

IXORAROXI said...

alahaiii cian, auntie IX doakan moga sihat dah ya

My Life My World said...

Ixororoxi - Salam Ix :)

Amin atas doa Ix, sikecik ni jer kejap sihat kejap tak. Antibodi tak kuat lagi kut :)