Thursday, April 22, 2010

PENGHARGAAN DAN PENGINSAFAN



All the way from Nagoya, Aichi Japan ... aku dapat Award ni ...





Terima kasih yer E-na :) akak ni bukan selalu dapat award pun. Bila sesekali dapat Award rasa terharu giler. Lebih lebih lagi lak dari seberang laut kan, lagi tambah tambah terharu. Speechless ... tetiba hahahahaha... mengada ngada sungguhkan. Aku terjah Blog E-na sebab dia terjah blog aku dulu. Bila dah masuk tu, wah! best gak Blog budak ni ek. Banyak resipi yang simple simple dan macam sedap. Tapi sumpah sampai hari ni, satu resipi dia pun aku tak pernah cuba. E-na ini pengakuan ikhlas ni :) Aku tengah kenen kenen Kak Long baca blog ni, sebab Kak Long ni suka mencuba. Oppsss ... untuk kawan kawan Kak Long juga, masuk ler Blog dia. Pasti korang suker.


Then, pagi tadi masa buka FB ... termasuk kat Wall Zia yang ada video ni. Betul betul menyentuh perasaan aku. Rasa insaf dan sebak sangat bila tengok dan dengar lagu background dia ... jadi demi nak simpan video ni, takut esok esok lupa diri balik kan dan boleh cari semula. Aku simpan lah kat sini. Sorry Zia, Acik C&P dari Zia, sebab acik suka sangat video yang menyebak kan dada. Pada acik lah kan, mungkin orang lain tak rasa pun. Sebab acik ni emosional terlebih lebih dari orang :)




Video memperlihatkan seorang yang dijemput kematian ketika betul-betul sesudah solat. Betapa kita tidak dapat menjangka bila nyawa akan ditarik. Setiap organ yang berfungsi di dalam tubuh kita adalah dengan izin dan kuasa Allah, kita tidak mampu mengawalnya. Sama-sama berdoa ia pergi sedang kita beramal soleh & bukan di ketika maksiat.

10 comments:

-Amri- said...

Video ni btol2 wat sye nages...
inilah kekuasaan Allah S.W.T..
semoga kite semua berada dalam keredhaan-Nya..

My Life My World said...

- Amri -

Salam Amri, eh dah balik rumah dari asrama ker. Bukan Amri jer nangis, auntie pun sama. Rasa insaf sangat, macam mana lah nak membasuh segala dosa yang ada, dan menjadi insan terpilih seperti orang yang meninggal dalam video tu. Meninggal selepas solat dalam waktu sujud, punya air wudhuk, dan meninggal di saat hati sentiasa mengingati NYA.

Kalau lah Auntie boleh menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan itu...

-Amri- said...

Saye balik sbb sakit..
sakit kaki sbb main ragbi..

betol cakap aunty
dosa lalu kite buat hanya Allah yang Maha Mengetahui.

mohdandmeriam said...

salam ros..tersentuh hati bila tenguk video ni..alangkah bertuahnya kita kalau dijemput oleh Allah dalam waktu seperti itu..lepas sembahyang, berwuduk n mengadap kiblat..minta2 kita juga dijemput dalam waktu itu..sama2lah kita berdoa..

My Life My World said...

-Amri -

Take care okay ;)

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik

Itu lah kan Mak Cik, saya pun berharap seperti Mak Cik. Memang sebak dan rasa nak nangis tengok video ni.

azieazah said...

Nanti balik umah nak tengok. Kat ofis tak leh buka YouTube...

ACIK... I'm back.. nak start mengomen semula... hampir seminggu tak mengomen.

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak :)

Rindu banget kat akak hehehehe, nanti balik tengok yer then komen, jangan tak komen. Muah muah muah

piewahid said...

salam ziarah & ukhwah.
1. tahniah.
2. jazakallah... kongsi video yg menginsafkan.

My Life My World said...

piewahid - Salam :) Terima kasih menjengok dan mengomen. Datang lagi .... komen lagi yer