Friday, November 19, 2010

AIDIL ADHA 1431 HIJRAH

Sessi Tengahari @ KUANG lagi :)

Hari raya kali ni aku dah rasa macam Hari Sambut Hari Jadi Sedunia pulak. Nak tahu sebab apa ... teruskan membaca yer ;) Kami masih di Kuang ... tak leh kemana-mana sebab adik aku nak sambut Birthday anak dia Yaya yang jatuh 16 November, sehari sebelum raya.

Acik paling suka sambut-sambut Birthday ni.
Sebabnya aku ni memang suka makan kek.
Tengok badan lah pulak kan dah mengebu macam kek.
Kek Jaf Dara Mar'iyah (Yaya) di beli oleh bapak nya kat Secret Recipe.


Siap beli dua bijik kek sekali.
Sebab Kakak Gedik's dia pun nak celebrate birthday sama.
Walhal Birthday Sarah punya lah dah lama lepas, Bulan Ogos dulu lagi.


Chewah Sarah ... macam Birthday kau lah pulak's kan
Tak per lah, tumpang sekaki pun jadik lah.


Sarah ... kek dia ... dia potong
Kek adik dia pun dia nak potong
Sungguh Giler Kuasa gitu .... nasib baik kau comel


Jaf Iskandar ... cucu terkecik Mak Tok kat sebelah kakak nyer Iessa
Dah pandai pose sekarang ... baru setahun jagung
Tahu jer bila orang nak hambik gambor dia
Nasib baik tak dicepuk kek kat depan dia tu.


Ececeh! yang besar ni pun sibuk nak jugak 'Goodies Bag'
Eh! ada sorang budak tu rajin lah pulak menyuapkan Sarah kat belakang.
Sungguh bakal menjadi ibu mithali ...


Lagi sorang ni bakal menjadi Bapa Mithali
Rajin nyer Aiman melayan sepupu kecik nyer Iskandar makan
So sweet .....


Tok Abah dengan dua orang cucu gedik's nyer
Maisara dan Iris
Hohohoho ... Tok Abah tukang jaga 'Goddies Bag' ghupernyer
Kira-kira macam Santa Claus ler gitu ...


Tak panggil orang lain pun
Semuanyer Cucu Mak Tok dan Tok Abah jer
Seronok bebudak nih bila dah jumpa sepupu sebaya
Kecoh rumah Mak Tok, dah macam Nurseri lak rupa


Cucu Mak Tok yang beso ni pun ...
Sibuk ler tumpang sekaki dua
Tak dapat main belon jer
Tu yang jadi gitu muka si Iqa tuh

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sessi Petang @ KLANG pulak ;)


Sambut Hari Jadi juga. Kali ni Birthday Huda yang ke 6 tahun. Yang kebetulan memang jatuh tepat di Hari Raya Haji. Kami boleh sempat singgah kat Gallery Shopping Mall di Subang Jaya lagi. Carik Hadiah kat Toy'R'us ... memang tak tahu pun, Ayah dan Mak Huda nak celebrate birthday dia hari ni. Tu yang tak sempat nak beli apa-apa sebelumnya.


IQA (berkata dalam hati) : apasal ler masa aku kecik dulu mak tak beli kek macam ni
dah ler aku minat giler kat Power Puff Girl

Aran (dalam ati jugak) : Jap lagi aku 'Chop' nak makan mata Power Puff Girl biru tu


Budak kecik yang pegang pisau tu lah Huda
Kat Sebelah dia tu Hana, adik dia.


Kali ni tak ramai kat rumah nenek. Sebab Ita balik raya di Kelantan. Tak adalah Alif, Azri, Nurin dan Liyana. Tinggal jer lah anak anak aku dan adik beradik Huda... Harith, Hazman dan Hana, dan Alia, Sarah dan Ain.... itu pun dah kecoh. Makanan yang lain semua kat dapur, tak bawak depan pun. Sapa nak makan pergi masuk dapur. Nenek masak Lontong dengan Sambal Goreng dan Rendang. Orang Gombak bawak rendang, spaghetti dan lauk ayam. Aku ... bawak nasi tomato (Mak Tok yang masak ... hehehehe) dengan kek cekelat dan trifle jer. Eh! nampak pun Trifle yang dibuat Iqa tu. Laku tu ... cepat gak abis :) Iqa dengan Kak Long lepas ni boleh buat lagi.


Sedang menghayati makan kek ... sambil nengok TV


Aran : dapat juga akhirnya aku makan mata Power Puff Girl biru nih.

Gitu ler cerita raya aku ... sehari suntuk dari pagi membawa ke malam, asyik makan jer lah. Tak berhenti-henti mengunyah. Abis ler diet aku ... hahahaha diet ler sangat. Pantang nampak ... semua makanan akan dengan jaya nyer masuk perut.

14 comments:

azieazah said...

Gitulah kalu dah raya.
Berimpun adik beradik, sedaramara, sepupu sepapat...
borak makan, borak makan..
ndak pula masing2 bawa makanan dari rumah, campur-campur.
Sampai ada tu tak sedar makan banyak yg sendiri punya masak. hahahahaha

mohdandmeriam said...

salam ros..bestnya ros n keluarga beraya..seronok makan2 n bergembira.bestnya lagi kalau dibuat cara pot-luck..bertambah meriah meja dgn makanan yg beranika.

Mia's Mom said...

Salam Acik :-D

Memang melampau lah punya Raya Korban. Banyak kek yang jadi korban rupanya. I pulak korban liur jelah nampaknya!!! Hu...hu.... :-(

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA :)

Hahahahaha ... tang 'tak sedar makan banyak yang sendiri makan' itu adalah benar belaka ... rasa pedas lah pulak statement tu kan.

Masa-masa ni lah seronok bila tengok anak kita bermesra-mesra dengan pak cik, mak cik dan sepupu masing-masing :) Lepas tu baru sedar, ramai nyer lah anak sedara aku bila dah berkumpul gini.

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik Meriam

Tu la Mak Cik, dapat cuti pun satu hari jer. Kalau kat Kelantan raya ke2 pun cuti gak kan. Tak ambik cuti extra pun. Makanan memang mewah, masalah nyer lah nak kurangkan berat badan balik lepas nih ..hukhukhuk

My Life My World said...

Mis's Mom - Salam MM :)

Ha'ah baru sedar kita orang kat sini korban kek jer yang banyak. Ala-ala ciannyer lah. MM dah terkorban air liur tu jangan lupa pakai 'Bib' yer, nanti basah baju ... hehehehehehe

sekamar rindu said...

salam.

kemeriah akan terasa bila semua sanak saudara berhimpun..

apapun happy besday to yaya...

lemongrass said...

Ini sambut Raya Haji ke sambut Hari jadi, hehehe.
Itu namanya 'see food' diet Kak Acik. You see food, you eat, hikhikhik.....
Kalau I kat tempat you pun akan makan aje lah satu hari tu sbb tak boleh tengok makanan penuh 1 meja, memang akan I rasa semuanya!

My Life My World said...

sekamar rindu - Salam Cikgu :)

Terima kasih sudi singgah blog akak. Asal nama nyer berhimpun, kemeriahan pasti terasa. Tak kiralah adik beradik ker, saudara mara ker atau teman-teman ... seronok sangat.

My Life My World said...

lemongrass - Salam Min :)

Tu ler pasal, dah jadi Sambutan Hari Jadi Sedunia lak, macam kata MM korban kek tahun nih ... hahahahaha

Terimakasih ler ajar I istilah 'see food' diet tu ek ... dah kenalah dengan I tuh. Sama ler kita, semua benda kat meja tu wajib kena rasa, tak lena tidur kalau tak sentuh tu :)

HAMSINI said...

Rayanipun saya buat sambutan birthday anak yg sulung yg jatuh 17 November...sayangye sampai tgh hari cuma ade keluarga kamije yg ada kat kg huhu kesian. last2 sambut birthday kami 6 beranak dan 3 org lagi kakak dan adik saya yg duduk kat rumah aruah mak....

My Life My World said...

HAMSINI - Salam Ham :)

Okay gak tu, ada gak orang nak kenangkan sambut Hari Jadinyer... mesti dia suka tuh. Sampaikan Salam Selamat Ulang Tahun pada anak Ham yer :)

IXORAROXI said...

besornya kek!saya pun telan air liur nengoknya!

My Life My World said...

Ixoraroxi - Salam Ix :)

Sekadar tengok kek telan air liur tak per lagi sebab kek ni senang carik. Jangan tengok benda yang susah nak dapat tetelan air liur tu yang payah. Tak dapek nak nolong lai.