Sejak awal tahun lagi, Aran selalu sebut pada aku ... dia nak jadi Pengawas Sekolah macam kakak dan abang nya. Aku rasa bangga lah jugak, sebab tak perlu nak paksa dia, dengan kerelaan sendiri dia nak jadi pengawas. Seronok agaknya bila tengok abang pakai baju pengawas siap dengan vest, tali leher dan kasut hitam. Sampai aku cuba tanyakan cikgu dia masa pertemuan dengan ibubapa lepas peperiksaan pertengahan tahun, ada peluang tak kalau Aran jadi Pengawas.
Tapi cikgu punya respon terhadap Aran adalah sangat tidak memberangsangkan. Cikgu mengaku, dia budak baik, malah terlalu baik sebab tak buat bising langsung dalam kelas dan tak pernah merayap ke meja lain. Malah terlalu pendiam dan tak banyak cakap di mata cikgu. So, cikgu kata, macam mana nak jadi pemimpin kalau terlalu diam dan tak pandai nak arah kawan. Aduhai! aku nampak kekecewaan masa tu bila aku cerita pada Aran bila balik dari sekolah hari tu. Aku pesan kat dia, lepas ni Aran kena 'show-off' sikit yang Aran bukan pendiam sangat. Memang dia tak pendiam langsung bila dengan aku. Tu yang aku heran tu. Penat gak nak melayan cakap dengan budak kecik nih.
Keputusan peperiksaan dia memang not bad at all. Antara Top 5 di Kelas A sekolahnya. Dan masih kekal hingga akhir tahun. Last 2 week dia sebut,"Mak, Aran dah terpilih untuk temuduga Pengawas" .... Wah! bangga nyer aku, baru temuduga jer tu, aku tahu dah nampak sinar kat situ dan sinar di mata Aran juga. Sebelum pergi temuduga dia siap praktis dengan aku dan abangnya, soalan yang bakal ditanya.
Dan dua hari lepas masa aku MC kat rumah. Dia balik dari sekolah jer, terus tunjuk surat perlantikan pengawas dia. Aduh! terharunyer ... lastly cita-cita dia untuk meneruskan Legasi kakak-kakak dan abang sebagai Pengawas tercapai jua. Tahniah sayang mak, Aran berjaya banggakan mak ... sob sob sob ... hehehehe terover lak aku rasakan. Apasal la feeling dengan anak bongsu ni lain dari yang lain yer, aku pun tak tahu nak jawab :)
14 comments:
tahniah..
wah...best2 jadi pengawas.
baru rasa ada power...
dan orang tak buli kita..:P
opss..harap2 aran jangan bawak senapang NERF gi skul, manalah tau, nak arah kawan2 guna senapang je..
goodluck aran...
salam ros..aran macam marissa..kalau dirumah bukan main lagi banyak cakapnya sehinggakan makcik kena stop,baru berhenti.
dalam kelas gurunya cakap tak banyak cakap dan very disiplin..tak berjalan n buat bising.
tahniah buat aran..
tahniah Aran , eh dia sama pendiam cam Cal , tapi dapat gak jadik pengawas bukan setakat tu siap pakai songkok hari2 hahaha .. sampai atok dia pun naik heran nape dia pakai songkok pi skolah kebangsaan.
Tapi zia suka tengok dia pakai songkok :P
Kat skolah tu dia sorang je pakai songkok ... :D
Tahniah tahniah tahniah.. anak akak memang semua pandai-pandai. Sejuk perut ibu dia...
Tahniah buat Aran.
lepas ni kena strict lebihlah. tak boleh diam-diam..
Bila ACIK tulis jer rasa sebab bila tang anak bongsu, Kak Azie dah rasa lain macam.. rasa nak nangis sama. Air mata ni bergenang jerrr..
Kak Azie rasa ACIK pun faham kenapa Kak Azie rasa gini.
ARAN yang bongsu, ARAN yang manja, buah hati kakak dan abang, cinta hati ayah bonda, atuk nenek...
ARAN yang manis, yang baik, yang menghiburkan, yang menjadi teman, yg menceriakan dengan keletah..
tetapi.. (ini tidak patut ditulis)..
yeahh... kita tidak boleh mendapat semua yang indah2, bukan semua yg indah2 itu milik kita sahaja, kan?
Tahniah ARAN, dia disokong kuat oleh orang2 tersayang...
Semoga terus maju, dan perlantikan ini akan dapat mengubah dia menjadi seorang yang lebih baik, suatu langkah menjadi lelaki yg lebih berani dan yakin...!
Ralat: "rasa sebab" sepatutnya = rasa sebak...
Dr. Rodzila Rodi - Salam Zila
Bercakap dari pengalaman lah tu yer dik ... selalu buli orang ker ...hehehehe. Senapang NERF tak leh keluar rumah. Terima kasih Zila atas ucapan, nanti akak sampaikan kat Aran yer :)
mohdandmeriam - Salam Mak Cik Meriam
Agaknya budak-budak memang macam tu kot. Malu nak tunjuk True Colour depan orang. Tapi berbeza dengan abang dia Hilman, jenis tak tahu malu. Main redah jer walau tak kenal orang :) Terima kasih yer mak cik, nanti saya sampaikan pada Aran.
Mrs Taz - Salam Zia
Terima kasih. Diam-diam ubi tak per, jangan diam diam besi berkarat susah. Hehehehehe. Acal ... hensem boy, baiknyer dia pakai songkok everyday. Hilman pakai hari isnin jer, atau bila rambut terlalu pendek, pandai dia nak cover 'Birthmark' kat kepala dia.
TAHNIAH! juga untuk anak-anak Zia, Acik tumpang bangga dan bahagia.
ayang - Salam Ayang :)
Terima kasih Ayang ... takut dengar ucapan ayang. Perjalanan masih panjang yang, tak tahu apa ada kat depan sana dan macam mana dugaan menghadapinya. Harapan agar anak-anak ini berjaya melepasi nya macam anak anak Abdul Jabbar.
Sejuk ler perut tang yang best, tang tak best panas gak perut, bukan takat perut, hati pun panas membara ... hahahahaha
azrina03.07 - Salam Rina :)
Hehehehehe ... kena strict dan lebih berdisiplin serta rajin. Dan semuanya kena bermula dari rumah ;) best ler mak dia suruh dia buat kerja lepas ni.... hehehehehe
azieazah - Salam Kak AA :)
Sebak di hati membaca komen akak ... sob sob sob ...
Terima kasih kak kerana sentiasa menyokong.
Memang hidup ini tidak sempurna, tapi kita cuba menjadikan nya sesempurna mungkin.
Hidup ini juga penuh dengan 'up side down' ... kita cuba menjadi yang up walaupun selalu down.
Hidup ini penuh dengan suka dan duka. Kita cuba pancung duka dan hidup dalam suka.
Buat yang terbaik, jadi yang terbaik ... pandang ke hadapan... tapi jangan lupa sesekali kena pandang ke belakang agar dapat dijadikan panduan. Tidak lupa langit yang dijunjung dan bumi yang di pijak.
Perjalanan dengan anak-anak ini masih panjang, sukarnya nak membentuk anak-anak menjadi insan yang soleh dan solehah. Yang tak lupa pada jasa ayah dan ibu. Yang tak lupa pada bangsa, agama dan negara. Harapan terlalu tinggi ... takut juga berkecai ditengah jalan.
Doakan kami yer kak :)
Aminnnnn....
Post a Comment