Tuesday, November 2, 2010

AN EVENING @ THE CURVE AND IKANO

AHAD, 31 OKTOBER 2010

Kami ke 'The Curve' dan 'Ikano', di Mutiara Damansara petang Ahad lepas. Itu pun sebab aku dah tak tahan dengar anak-anak aku berzikir kat telinga ajak keluar. Kalau sorang jer berzikir boleh tahan gak telinga ni mendengar rayuan domba tu, tapi bayangkan kalau empat orang punya zikir ...cair taik telinga aku. Dia orang ni boleh meroyan kalau aku tak bawak dia orang keluar, sebelum ada yang terkorban ikutkan ajerlah ...



Favourite Spot dia orang lah ni, Ikano dan The Curve selain One Utama ... nasib baik tak masuk IKEA, kalau idak mahu shopping center nak tutup kita orang tak abis lagi nak merayau kat kawasan ni. Bayangkan lah, sampai situ pukul 5 petang ... balik pukul 9 malam...4 Jam duduk berpusing-pusing kat situ, tak beli hapah pun kecuali makan. Itu pun mak dia dah buat muka tak larat, kalau tidak mahu kena halau dengan Pok Guard baru nak balik kut dia orang ni.



Bila masuk Shopping Centre ni baru sedar dah nak sambut Deepavali... itu pun bila ternampak kan KOLAM dan Banner untuk Deepavali. Yer lah bukan perayaan kita lah pulakkan, mana nak ingat :) yang tahu nyer bila Deepavali adalah hari cuti ... Acik suker :) Cantikkan KOLAM ni, mesti yang membuatnyer ada tahap kesabaran yang tinggi lampai


Yang ni kat The Curve, aku suker betul unsur-unsur air dan jambatan serta kanopi ni. Berangan ni, kalau lah rumah aku keliling dia macam ni ... syiok nyer. Tapi lepas tu mesti persatuan monyet-monyet kat hutan belakang rumah jadikan kolam renang resmi dia orang. Tu yang tak leh tahan tu... hik hik hik ... macam ler banyak budget sangat aku ni. Nama lagi berangan kan, harap jadi kenyataan lah satu hari nanti :D



Yang ni kesukaan Hilman, suker bebeno nampak papan tanda direktori, dia akan start ler mencarik kedai apa yang ada kat dalam tu. Ni tak lain nak carik kedai jual CD game ler tu. Yang Aran lak, nak carik kedai Toys'R'Us kat mana ... tengah mengidam senapang NERF lah pulak. Aku pun tak tahu rupa-rupanyer ada Toys'R'Us baru bukak kat Ikano ni... hehehehe



Kalau Aran tadi ngidam senapang NERF ... Kak Long lak, sejak abih PMR duk ler asyik sebut nak makan AYAM PENYET. Ha! dah dapat kan Kak Long, tak ada la meleleh air liur lepas ni kan, boleh ler senyum sampai telinga. Dah macam model Ayam Penyet pulak mak tengok kau... dah namanyer Jawa kan, yang itu jugaklah yang dia suka, tapi tang tempe dengan tauhu tu leh lak tolak tepi. Masa ni kat Waroeng Ayam Penyet di The Curve ... sedap ...


Hilman ni tengah menahan kepedasan, berapa cawan air kosong tah dia perabihkan. Yang membuatkan anak-anak aku angau dengan Ayam Penyet ni kan .... adalah sebab sambal belacan dia, tahap kepedasannya bisa membuatkan telinga berasap dan boleh memerahkan mukalah tanpa memakai blusher. Siap dengan sound effect sekali bunyik menahan pedas. Itu yang buat lagi sedap tu.

Lepas makan, on the way nak carik surau untuk solat Maghrib, kita orang lalu kat Restoran Bubba Gump Shrimp Co. Restoran ni sempena cerita Forest Gump lakonan Tom Hanks yang Box Office tu. Aku suker gambo ni ... nampak best jer, walaupun si Hilman tu sebeno nyer di suruh untuk bergambar serupa itu ... hahahaha... jahat sungguh mak dia. Tapi rela pulak tu Hilman ni :) walaupun muka poyo giler tahap dewata petala langit ker tujuh.



Keluar dari Surau, jumpa lak kedai Mainan di Metrojaya. Budak tiga orang ni tak ada kerja dah, Kakak nyer siap boleh posing luar kedai. Yang Aran duk belah dalam duk pakai topeng 'Woody' Toy Story. Kakak dia tu konon nyer teruja ler. Sungguh Drama Queen tak jadi.


Best jalan-jalan kat area The Curve waktu gini.
Boleh duk melepak sambil dengar Live Band.
Suara dia orang not bad, sedap telinga mendengar.


Hat ni tengah melangut dengan Live Band.
Sambil tengok gelagat orang ramai dari atas.
Sampai tak sedar mak nyer tengah tengok gelagat dia.


Meriahkan .... ada Street Market lagi. Tak ada lah mahal sangat harga nyer. Kat sini lah nak rasa ala-ala pasar malam. Macam macam ada. Asyik ler duk langgar bontot orang, tak leh nak jalan tanpa henti. Jap jap stop ... bukan sebab nak tengok barang dan beli barang pun. Tapi sebab orang kat depan stop u-sha barang terpaksa ler orang belakang pun stop jugak.




Singgah kat Toys'R'Us di Ikano. Aran seperti biasa nak menjenguk Senapang Nerf di sini. Yang mak dia tak approve-approve untuk dibeli, walaupun pakai duit dia sendiri. Sambil-sambil mencuba topeng Holloween yang ada. Ini aktiviti wajib kalau masuk Toys'R'Us. Mesti ler nak bergambo dengan topeng topeng tu. Tak beli pun, try jer. Harus mak dia tak akan luluskan kalau dia orang berdua nak beli pun. Yang ni aku tak paksa dia orang ambik gambo yer. Tapi dia orang berdua ni yang paksa aku suruh ambik gambo dia orang. Perasaan Super Hero ler tu :D

Sebagai mengakhiri lawatan Cik Kiah ke The Curve dan Ikano ... masuk ler Popular Book Store dulu. Ini pun acara wajib kalau gi Shopping Centre. Mesti nak carik kedai buku. Mak dah tak larat nak jalan dah waktu ni. Duduk jer kat bangku luar tunggu korang. Penat giler kut kaki aku berjalan dalam 4 jam ni... aduyai. Dah ler kaki mak ni dah tua tak macam korang. Kaki jer dah tua, mak perasan muda lagi... hehehehe

6 comments:

azieazah said...

Seronok tau dapat keluar jalan-jalan-ronda-tak hengat dunia dengan anak2 macam tu.

Kalu buat rutin tiap bulan, guard Ikano mesti kenal punyaaa... hahahaha

Meriah jer sebab anak2 dah jadi kawan, kita kena sporting la jugak, kan?

Ayat last tu tak leh tahan, kaki tua hati muda. Yesss! Setujuuuu...!

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak :)

Memang pun, kalau time jalan-jalan kita pun jadi budak budak sama. Lupa diri gak kengkadang tu. Sporting mesti sporting, tapi mesti ler ada batasnyer. Tu yang kengkadang anak anak lak lupa diri yang kita ni mak dia. Mahu lepas tu dia orang ni kena tarik teling ... hikhikhik

mohdandmeriam said...

salam ros..dengkilah tenguk you and family bersuka2an dan berseronok2an di situ..2 tempat ni menjadi kesukaan makcik..lepas round2 IKEA jenguk pula kesitu..tak pernah pergi malam,siang hari je..

Mrs Taz said...

cantik2nya gambar acik amik ... ni komen untuk yg kat taman taiping tu jugak .. leh jadik professional photgrapher la ... hehehe

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik :)

Oh! iyer ke? Mak Cik suka pergi IKEA yer. Cuba lah datang memalam pulak kawasan ni, memang happening. Cantik dan bercahaya. Macam-macam ada :)

My Life My World said...

Mrs Taz - Salam Zia :)

Toce toce Zia ... hehehehe ... Jadi Pro Photograher jauh lagi kut. Kamera pun tak canggih ;D