Wednesday, November 3, 2010

SNOW DAN POPIA

Sori ler kawan-kawan, ini sambungan cerita semalam :) bila belek semula baru teringat ada cerita yang tak tersiar lagi. Jenuh dah ambik gambo dengan muka selamba kat orang ramai kan sampai kena tegur 'No picture please' :( Kalau tak tersiar sayang lah pulak kan ... penat tuh tahan muka tak malu ... hikhikhik. Nak cerita pasal Snow ... bukan salji yang turun kat tempat sejuk tu. Tetiba ingat kat MM yang tengah prepare nak tunggu salji turun jauh di Luton Bedfordshire UK dan IEDA di Sheffield UK tuh.



Snow yang ni adalah minuman.
Dia orang panggil Snow Shake.
Anak-anak semua suka perasa coklat mak dia jer suka Honey Dew.


Dia pakai serbuk pelbagai perasa yang di campur dengan ais.
Lepas tu dia orang blend macam snow ... konon nyer lah.
Kat dalam tu dia letak jelly macam rasa cincau. Tapi bulat-bulat ....
Kita dah cuba kat tempat lain, tapi yang paling sedap memang kat IKANO ni.


Aku dah lama nampak stall jual benda ni sebelumnya. Tapi tak pernah nak mencuba sehinggalah diperkenalkan olah anak sedara aku ... Alia dan Sarah. Sedap rupenya, lemak berkrim di sukai ramai :) Hilman tak sempat nak carik tempat duduk untuk minum, sambil jalan pun boleh sedut.



Oh Ya! kami jugak ada beli favourite popia kat satu stall ni. Sedap banget ini Popia, sebab dia ada letak bawang goreng dan kacang ... menambahkan keranggupan bila makan. Dah terliur balik dah ni ... hehehehe.



Makan dah ada, minuman dah ada, tak kan nak main duduk jer kan kat restoran yang ada. Marah lah tuan punya kedai, main duduk jer tapi tak order apa apa. Jalan paling selamat, carik kerusi yang banyak-banyak kat depan IKEA tu untuk melepak dan melantak ... hehehehe


Sopan jer lah konon ... carik tempat duduk baru leh makan dan minum ;D


Masa beli popia tu, dia hanya kasik chopstik jer. Tak ada garpu ker sudu ker. Dah ler anak anak aku tak reti nak pakai chopstik ... nak basuh tangan tak jumpa sink pulak. Maka terpaksalah mak dia jadi sukarelawan menyuapkan ke mulut sorang-sorang. Dah macam mak burung kasik anak makan lak aku rasa. Tapi betul masa ni ada rasa syahdu lah pulak ...hikhikhik... mungkin terasa feel mak burung kut.


Yang ni pulak saje-saje jer letak gambo Dataran Merdeka dah tukar kaler PURPLE. Ni masa nak balik dah. Tentu korang heran kan, apasal ler aku balik Kuang, Sg. Buloh ikut Dataran Merdeka ... hikhikhik. Anak aku ler nih, lepas keluar dari Mutiara Damansara ... dia orang tak nak balik lagi. Nak sambung jalan tengok lampu. Aduyai ... aku ikutkan ajer, dengan syarat., jangan ada yang tidur masa nak balik nanti. Dari Mutiara Damansara masuk Penchala Link keluar Duta, masuk Jalan Kuching terus ke Jalan Tun Razak sampai ler Bukit Bintang. Ecewah! aku rasa macam Rosyam Nor kasik direction sebelum merempit dalam cerita KL Menjerit lak ... hehehehe. Balik ikut Jalan Pudu, terus ke Jalan Tun Perak ... tu yang sampai kat Dataran Merdeka nih. Terkejut kita orang ..... sebab tak penah tengok DM kaler cam gini. Masuk ler kat jalan near Benteng dan DM tu ... ingat nak turun, tapi alahai, ramainyer lah Mat Rempit ... terus kensel. Tak layak lak kalau MAK Rempit nak duduk kat situ waktu dah dekat pukul 11 malam ni.

p/s : Dataran Merdeka purple tu khusus buat tatapan Kak Azieazah ;) dengan ucapan jangan jelez kita nampak dulu ... Muahahahahaha

12 comments:

mohdandmeriam said...

salam ros..memang menyuap makan anak2 yg dah besar kita akan terasa satu perasaan ... yalah dah lama tak suap menyuap ni kan.agaknya bukan emaknya yg terasas begitu,anak2 pun mesti rasa bahagia dan gembira..emak masih suap makan w/p dah besar..sihat pula tu..hehe..

azieazah said...

Weyyyy PURPLE tuhhhh... I like! timakaceh yer anak-anakkkk..:)

Air Snow tu kalu kat area Sg Wang or BB kita orang panggil iceblended. Yang bulat2 warna hitam tu sebenarnya dibuat daripada keledek lah. (kawan Cina bagitau). Rasa kenyal, kan? Tapi memang sedap. Kak Azie selalu order yang asam boi, sometimes honey dew gak.

Popia itu sungguh menggoda, tapi kalu dapat disuap oleh Mak Burung, harus tergoda terus! Ahaks!!

Dr. Rodzila Rodi said...

bestnyer kalau jd anak burung jugak...
rindu nak ronda2 ikea, ikano..curve..
teringat zaman ngedate kat marche ngan tgi friday...
kene ajak pakwe baru ke sana la lepas nih..
tapi SNOW tu make me haus la pulak..

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik Meriam

Betul betul betul (ikut macam sebutan Ipin). Terasu kesyahduan hingga menusuk dada ... rasa bahagia. Anak-anak saya selalu kata,"Kalau mak suap, makanan tak sedap pun boleh jadi sedap" ... lagilah terharu dibuatnya. Tapi saya percaya, benda gini lah yang mengeratkan lagi kasih sayang dengan anak-anak kita kan mak cik.

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA :)pencinta PURPLE.

Oh! baru tahu benda tu dibuat dari keledek rupanya. Betul sedap, tapi anak-anak saya lak tak suka bebola keledek tu ... hehehe... Dia orang minum airnya sahaja.

Akak nak kena suap dengan 'Mak Burung' ker, boleh jer ... hikhikhik

My Life My World said...

Dr. Rodzila - Salam Zila ;D

Biar jadi anak burung jangan jadi anak ayam ... dah lain maksud pulak nanti ... hehehehe. Weih! dah ada pakwe baru ek :). Bawak jangan tak bawak, lepas tu jangan lupa call akak sekali. Bawak ke rumah akak terus pun tak per ... ngeh ngeh ngeh

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak,

Jauhnya pusing.... tapi memang bez bila ada yang teman..


air tu saya selalu minum di Tesco, Rwg tapi abg bising...tiga hinggit reganya...hehehe.. kenyal2 tu buat leka aje...

bukan anak yg suka tapi mak budak..

Mia's Mom said...

Salam Acik :-D

Whoa... kalau snow turun dengan macam2 colour dan flavour, best gak, kan?

Ala... comel sungguh anak2 burung tu. Mak dia lagi comel! :-D

My Life My World said...

azrina.03.07 - Salam Rina :)

Itu sikit jer pusing, kengkadang pusing dari Petaling Jaya, Subang Jaya ke KL lagi. Dia orang ni susah hati kut kalau jalan malam-malam tak dapat check lampu mana rosak malam-malam....

Murah nyer air tu kat TESCO, kat CURVE reganya 4 hengget Rina. Iyerlah kut, tengok tempat agaknya.

Memang seronok kalau anak-anak dah macam jadi kawan. Yang lagi seronok sebab kita dapat membahagiakan dia orang nih.

My Life My World said...

Mia's Mom - Salam MM :)

Tak dapat bayangkan kalau snow kat sana ada pelbagai warna siap ada perasa lagi. Best giler ... keluar umah jer kepal-kepal ais terus masuk mulut ... hahahahaha.... bawak tooping jer letak atas ais kepal tu. Wah! mesti best kan.

Mak burung comel ker ... hahahaha ...Erk! bila U balik Malaysia, ermmmm ... nanti I belanja Snow Shake ek ;D

Mia's Mom said...

Salam Acik :-D

Agak2 kalau jual ais kepal tu laku kut?

Entahlah Acik, tabung buluh I belum penuh lagi. InsyaAllah bila penuh (berapa tabung buluh le agaknya baru cukup tambang 6 orang?) I balik. Hehehe - InsyaAllah, kalau ada rezeki, Raya tahun depan kut - cuma tak sure Raya mana satu - maklumle Malaysia banyak cuti Raya! Kalau Raya Aidilfitri, Acik mesti sibuk gila2, kan? Kihkihkih...Rasa seronok Acik nak jumpa siap belanja I yang serba kurang (rupa, harta, akal) ni...

My Life My World said...

Mia' Mom - Salam MM

Cuba ler waktu winter nih. Jual ais kepal kat mat salleh di sana ... hehehehe ... mana tahu cepat sikit penuh tabung buluh U tu ;D

Insya ALLAH, kalau ada rezeki nanti kita jumpa yer. I pun lagi banyak kekurangannya MM ... rupa tak ada, harta pun kurang. Jumpa dengan orang yang educated macam U lagi make me segan giler kut. Tapi rasa nak jumpa jugak, biarpun lepas tu kelu lidah untuk berkata ... macam orang bercinta pulak dah kita ni ... hahahahahaha