Monday, November 8, 2010

'PIZZA' DI PAGI AHAD

AHAD, 07 November 2010

Bangun seawal pukul 6.oo pagi ... mood masak jatuh merudum, terus ... Zero. Tapi mood makan naik mencanak. Punyerlah malas nak masak. Lastly angkut semua anak-anak burung keluar makan. Sambil tu nak carik Bank untuk bayar keta. Dah ler semua Machine Public Bank kat Sungai Buloh out of service. Lastly pergi Taman Tun Dr Ismail ... pun out of service. Ish! harus kena keliling satu KL macam ni. Dah dekat sangat kan Taman Tun dengan OU ... anak anak duk menghasut suruh singgah OU.


Kami sampai OU dalam 10.30 pagi.
Lihatlah pemandangan Parking kat luar OU yang selalu sesak tu ...
lengang giler boleh main kejar-kejar kat situ.


Dari dalam kereta dah bising ... nak makan Pizza. Hilman lak sibuk nak makan nasik. Memang macam ni ler selalu, tak pernah sekepala. Aku pujuk Hilman ... Kat Pizza pun ada nasik. Nanti boleh Man makan nasi. Kami sampai kat Pizza Hut pun lenggang giler, tak ada orang. Aku rasa kita orang lah pelanggan pertama kut. Selalu nak masuk sini kena beratur panjang.


Appetizer sudah mari.
Ini feveret Aran ...
Sup tu kena pulak makan dengan Garlic Bread, perghhhh ...


Sekejap jer abis semangkuk sorang....
Macam Ikan Piranha lapar sebulan tak jumpa makan ... hehehehe
Iyerlah pun, bukan selalu mak belanja makan sarapan mahal macam ni.


Agak lama jugak lah menunggu Pizza ni sampai ke meja
Mungkin sebab oven tak panas lagi kut masa kita orang masuk restoran ni.


Tukang rasmi potong Pizza.
Pizza tu penuh dengan Chesse ... tapi aku tak berapa suka sangat
Rasa masin yang amat.
Suka yang biasa biasa jer


Yang ni pulak Nasi Pilau untuk Hilman.
Kakak kakak dia punya lah dengki,
tak kasik langsung dia sentuh Pizza yang ada ...
sebab Hilman kata sebelum ni dia tak nak Pizza


Ini budak memang tak peduli apa dah.
Restoran Eksklusif macammana pun kalau makan mesti nak pakai tangan.
Air kosong mesti ada tepi, sekurang-kurangnya 2 gelas beso.
Sungguh serupa orang kampung masuk bandar.
Eh! lupalak ... memang orang kampung pun ... hikhikhik



Aku tak berapa sihat sebenarnya.
Dedar jer dan pening .... tak lah panas sangat.
Tapi aku gagahkan juga bawak anak-anak ni keluar.
Kak Long ... awak dah berjaya sebarkan virus kat mak .... hukhukhuk


Muka dua orang budak yang dah kekenyangan
Dan sangat gembira sebab mak belanja makan Pizza...


p/s : hari minggu kami tidak berakhir di sini ....

6 comments:

azieazah said...

Amboiiii... sarapan pizza tuhhh. Jelez kita.

Tabik lah HILMAN, masuk restoren canggih tetap carik nasik makan dgn tangan lagik. Lelaki Melayu sejati ni.

okeh, pasni ke mana pula gerangan?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

oh kak,

macam berjanji pulak kita tapi saya makan malam minggu tu..

Tapau aje..

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA :)

Memang dah lama kita orang ni tak makan Pizza ... Yang ni Brunch namanya ... sebab masa lunch kita orang tak makan dek sebab kenyang sangat.

Hilman memang gitu, kalau satu hari tak jumpa nasi, menggelupur dia dibuatnya. Tak boleh hidup dia tanpa nasi.

Lepas ni??? .... tunggguuuuuuu ;D

My Life My World said...

azrina03.07 - Salam Rina

Hehehehe ... serupa ler, kita orang malam minggu pulak bantai makan nasik kat rumah nenek Klang, nenek buat Tetel masak asam. Feberet cucu-cucu nya.

ayang said...

Makan tak ajak eeh.. Tak tau pun ada nasi sbb selalu mkn order pakai phone je.. Keje dok order piza je la..
Cayalah hilman.. Kak Ayg suka cara u.. Kita adalah kita...Tak hipokrit kan.. hahahahaha

mohdandmeriam said...

salam ros..suka sangat baca dan tenguk gambar2 tu..nampak kehappyan semua.
wow bersarapan barat ye..tak apa asalkan anak2 bahagia..
bagus hilman tu ya..suka makan dgn tangan..buat apa nak tiru mereka kan,sebenarnya lebih terasa makanan kita dan lebih mudah kenyang..eh betul ke..