Monday, November 22, 2010

MANTIN - JUMPA KAWAN LAMA

AHAD, 20 November 2010

Aku bangun awal, sebelum subuh dah bangun. Buat kerja dobi mendobi ... lipat kain, basuh kain, kemas kain. Sambil-sambil tunggu Subuh. Nikmat bangun pagi, tenang jer ... tak ada hiruk pikuk, tak ada pergaduhan, tak ada yang terkorban... oppsss yang nih tipu. Sementara anak-anak tak bangun lagi ni memang best buat kerja. Sempat bakar kek lagi, buah tangan untuk kawan yang dah lama tak jumpa. Excited giler sebab lama dah tak jumpa. Seawal pukul 11.30 pagi dah keluar rumah. Singgah hantar kek kat A'abdah (kawan sekolah di CBN), singgah McD Bukit Rahman Putra dulu, melayan nafsu serakah Kak Long then baru bertolak masuk PLUS Highway.



Dah janji nak jumpa another kawan, Feri @ Farizal di R&R Dengkil dan berkonvoi sama-sama ker MANTIN. This is my roomate masa study di ITM dulu. Sekarang nih H&R Manager di Gardenia, kilang roti tu. Asal Pasir Mas Kelantan, dah lama bermastautin di Shah Alam. Tapi masih takut nak redah jalan kat Kuala Lumpur sorang-sorang ... hikhikhik


Sampai Mantin dah pukul 1.30 macam gitu. Aku tak pernah sampai sini, main redah jer ikut signboard kat tepi jalan tu. Kami ikut Nilai 3 ... dekat jer ghupernyer, rumah dia dengan Nilai. Tapi tak singgah pun Nilai 1, 2 dan 3 ... sebab poket dah nipis .... hehehehe. Yang kat atas tu ler 'My Long Lost Friend' ... Rozilin, aku panggil dia Gee @ Ucu. Kawan masa sama study kat ITM Dungun dulu. Bukan kawan sebilik, tapi dia selalu jadi setinggan kat bilik aku yang sentiasa Havoc ... hahahahaha. Lama dah aku tak jumpa minah nih, adalah dekat 17 tahun kut.



Ucu ada 3 orang anak, yang paling tua tengah nak tempuh SPM di Sek Agama Labu. Yang bertudung hitam tu No. 2 ... Mimi. Dan Amar berbaju merah baru 4 tahun. Best nyer ada anak-anak kecik macam Feri dan Ucu ... seronok tu melayan kerenah dia orang ni.


Kami dijamu dengan Nasi Beryani, yang dikawinkan dengan ayam masak merah, kari daging dan acar rampai. Phew! dah ler sampai time makan tengahari pulak, memang kenalah dengan selera kita orang nih. Thumbs Up ler Gee, pandai sungguh kau masak... sedap sangat. Boleh buat bisnes macam nih. Kita orang semua dengan tidak malunyer makan bertambah-tambah. Sepatutnya ada dua tiga orang lagi geng janji nak datang, tapi last minute, kensel. Along tak sihat, Angah lak suspek Denggi, Yong ada kenduri kawin kat Penang, Baa ada kenduri kat Melaka, Zia ... anak nyer ada match bola, Imah pulak ada hal. Yang jadik aku dengan Feri jer lah. Bila ler nak dapat kita berkumpul semua nih.


Gee siap buat desert kuih sagu yang ada kaler-kaler nih. Katanye cilok resepi dari Channel AFC kat Astro. Sodap ... tengok jer lah gambar sebelum dan selepas tu. Hampir licin kita orang kerjakan. Berborak tak hengat dunia, dari bersila, naik duduk kat kerusi. Abis ler bukak semua cerita-cerita lama, kisah masa study, masa kerja dan masa-masa yang ditinggalkan dulu-dulu. Bandingkan pulak body yang dah tak serupa dulu ... hahahahaha. Kisah anak-anak yang semakin membesar. Dari Waktu Zohor sampai lewat Asar baru reti nak balik. Pandailah anak-anak aku duk diam-diam, sebab dah kena sogok dengan cerita 'Lagenda Budak Setan' semua jadi baik jer tengok DVD... hehehehe.


Seronok nyer dapat jumpa korang, dapat lepaskan rindu dendam gelora di jiwa. Harap lepas nih boleh lah kita selalu-selalu jumpa yer. Jangan lah pulak nak kena tunggu 17 tahun akan datang. Masa-masa time anak-anak kita nak kawin baru dapat jumpa ... hehehe mintak dijauhkan ... Semoga kita selalu bergather-gather lepas nih yer :) Sayang korang muah muah muah

8 comments:

azieazah said...

Wahh best tu dapat jumpa balik kawan2 masa sekolah, masa remaja sama-sama menggatal dan menggedik.. hehehe ada ke gedik tu? hahahaha!

Tu kalu dah jumpa, leka borak berjam-jam, silap-silap lupa suami yang lapar nak makan...

mohdandmeriam said...

salam ros..bestnya dapat jumpa kawan2 lama..berborak sampai tak ingat dunia..ini yg best tu..macam2 cerita terkeluarkan..makcik baca pun boleh terasa keseronokkannya..

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA :)

Gedik's ??? Of course ... hahahahaha, memang sangat gedik dan gatal. Bila teringat balik rasa lawak jer. Kalau dah jumpa kawan lama ni, kalau boleh nak buat macam dulu dulu, tidur baring berborak sakan. Betul tu, memang boleh lupa orang keliling, rasa macam muda balik ;D

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Makcik Meriam:)

Salah satu nikmat jumpa kawan lama, tak yah nak control ayu dan cun. Tak yah nak tunjuk baik giler. Sebab kawan kita kenal kepala kita, dan kita dah kenal perangai dia orang. Cara tidur dan bahasa badan pun dah boleh kenal. Tu yang best giler tu, kalau gelak dan borak tak hengat dunia ... hehehehehehe

anymz said...

salam,waaaaah akak tak tau pun member ada blog..kihkih..
akak dah folo dah.akak letak dlm bloglist mykitchen akak ya..rajin2 memasak kita jumpa di sana..di sana..di sana...

IXORAROXI said...

uishhhh nampak awak slim skit drp kekawan awak tu,jangan putus asa tau!

My Life My World said...

anymz - Salam akak :)

Terima kasih banyak-banyak la akak sebab follow saya dan add dalam list akak. Terharu nyer ... Segan nak kasik tahu ada blog sebeno nyer. Tak lah canggih macam blog akak yang ada banyak resepi tu. Blog saya banyak merapu jer ... hikhikhik

My Life My World said...

IXORAROXI - Salam Ix :)

Blushing blushing .... hehehehe ... kita orang semua ni membesar bagai Johan. Tapi kira saya ni saiz M, antara yang kecik sikir ler kalau duk ramai-ramai dengan dia orang. Hahahaha... perasan tak hengat dah nih. Terima kasih yer Ix kasi semangat tak berbelah bagi kat saya.