Sunday, November 7, 2010

'DEEPAVALI VARTHAKAL' DI MELAKA

JUMAAT, 05 November 2010

Sambut Deepavali? Sudah semestinya ... kitakan 1 Malaysia gitu. Tapi tak adalah aku pergi rumah kaum berugama Hindu, meraikan cuti 1 hari yang diberi kerajaan tu dah cukup satu rahmat untuk aku dan keluarga. Dapat mengeratkan hubungan ... bergaduh, lepas tu suka-suka, bergaduh lepas tu baik balik. Yang tu anak-anak aku, kereta dah ada besar sikit (sikit jer tak ler besar sangat pun) pun nak gaduh lagi. Kau langgar aku lah, kaki kau kangkang besarlah, tangan kau kena badan aku lah .... korang ni bisinglah .... Aduyai! sabo jer lah mak dia, masa kecik dulu ada gak aku bawak rotan masuk kereta. Dah beso-beso ni kena leter jerlah korang. Mana tahu kut-kut insaf dan jadi budak baik. Kejap nyer pun sonyap, lepas tu bising balik. Tapi itu lah pun kemeriahannya.



Kami bertolak keluar Kuala Lumpur pukul 11 pagi, biasalah selepas mengemas rumah dan isi perut ala kadar. Phew! tak sangka JEM Giler .... tapi tak adalah berhenti terus, jalan gak 20Km/Sejam. Belum sampai Nilai lagi dah sesak ... aku yang kengkadang ada rasa kurang sabar ni ... lalu gak kat lorong kecemasan. Nasib baik tak ada Polis. Aku rasa semua orang nak balik kampung kut sempena cuti panjang Deepavali plus Hari Sabtu dan Ahad. Yang kita orang ni merasa lah jugak kesesakan lalulintas di musim perayaan, sebab sebelum ni tak pernah rasa kan.



Lepas jer Tol Senawang baru rasa lega sikit. Tapi kereta still banyak lagi, tak leh la nak memecut. Ingat dah tak jumpa sesak lagi. Satu lagi sesak bila nak masuk Tol Air Keroh ... 1000KM sebelum masuk tol dah beratur panjang. Sabar jer lah. Perjalanan yang singkat, selalunya aku ambik masa dalam 1 ker 1 1/2 jam dah jadi 2 jam. Kami sampai pukul 1.05 tengahari macam tu. Opssss ... lupa nak cerita. Sebelum sampai R & R Seremban boleh Aran kata, "Mak, Aran ada satu masalah besar ni..." Suspen aku,"Kenapa? Aran sakit perut ker? Nak kencing ker?" dah ler masa tu jalan sesak kan. Dia balas balik "Tak ... tak... Aran rasa macam tak bawak kasut @ selipar la ... tadi terus masuk kereta". Ah! sudah ... "Aran tinggal jer lah dalam keta yer" aku menyakat dia ... nasib baik aku ada sandal spare dalam kereta, so dia pakai kasut 'Croc Pink' yang aku pakai waktu tu. Nasib kau ler Aran pakai kasut beso.... hikhikhik

Singgah kat tepi tasik sebelah Zoo Melaka ... carik nasik. Sedap makan kat sini, pemandangan cantik, banyak angin. Selalu kalau datang Melaka mesti singgah sini. Aran jer tak nak makan, sebab dalam keta dia duduk kat stok makanan. Tak berhenti-henti dia pulun makan roti, kuih, keropok, kacang ... sampai makan tengahari tak lalu dah Aran nak makan. Kami ke JJ Bukit Beruang lepas tu, niatnyer nak carik sandal untuk Aran yang tak ada alas kaki tu. Jumpa kat Bata ... kasut Bubble Gum pulak tengah ada Sale waktu tu. Sambil tu carik hadiah untuk 'Merah' anak sedara Ayang. Kami ada jemputan ke Majlis Hari Jadi petang ni. Ingat kalau sempat nak lah singgah.



Kami sampai rumah Angah dalam pukul 3 ++ , nasib baik sempat solat Zuhur lagi. Angah ni my BFF (Best Friend Forever). Nama betulnyer Firdaus Abdullah. Ni ler punca datang Melaka pun. Nak melawat Angah dan rumah barunya yang dah direnovate. Ini kali kedua aku datang, kali pertama melawat banglo dia pada 30 Januari 2010 yang lalu. Sila baca di sini. Kali ni aku datang satu kereta, aku dan keluarga jer Plus Mak Tok ... Wah! cantik rumah Angah selepas direnovate. Bilik Sembahyang kat atas tu pun selesa jer, tema kaler hijau lagi.


Angah sempat buat Krim Karamel sempena kedatangan kita orang. 4 Bekas beso lagi, sampai boleh ler kita orang tapau bawak balik 1 bekas. Sedapppppppp ..... Sambil-sambil Mak Tok borak-borak dengan Angah, aku jadi Paparazi round rumah dia ambik gambo. Tak per yer Ngah aku letak kat sini, aku tak letak gambar bilik tido jer ;D


Ini ruang Toilet Awam dia.
Belah depan toilet ni ialah ruang mendobi khusus untuk basuh baju dan gosok baju.
Kaler Purple ... I Like :D


Ruang Tamu kedua .....
Wing Chair dari Fella Design tu pun dalam kategori .... I Like :D


Ruang Tamu Utama ...
Sofa Lorenzo .... empuk dan lembut sungguh.


Dapur Basah ....
Gambar dapur kering tak dapat ditayangkan
Pertama ... sebab kabinet tak siap lagi
Kedua ... tuan rumah duk bersilat tengah memasak tak pakai tudung ... hehehe


Lupa lak ... siap ada CCTV
Kalau nak masuk kena lambai-lambai tayang gigi kat luar tu dulu
baru leh masuk ... hehehehe
Itu pun kalau kenal, kalau idak ... Selamat Jalan Romeo ler


Angah sempat lagi masak makan petang untuk kita orang. Simple but nice ... Ikan Jenak goreng kunyit, sambal tumis ikan bilis. Ikan Jenak dengan air assam tu sedap sangat. Bila dapat makan kat kat Dining Table dari Lorenzo ni makin ler tambah sedap kan ... hikhikhik. Tapi sungguh, mak aku dah sampai KL pun duk sebut lagi sedapnyer Ikan Jenak tu. Angah kata Ikan tu fresh dari laut. Patut ler manis jer rasa nya.



Lepas makan dah pukul 6 lebih dah waktu tu. Masa kita orang nak balik, baru ler dia orang ni nak main tau. Memula datang tadi enjin memasing tak panas lagi kut. Ditambah pulak dengan Aran dan Man yang monyok sebab tak dapat main 'Go-Kart' kat Air Keroh. Tak sempat ler sayang, nanti next time kita datang yer. Mak Angah dah siap offer duk rumah Banglo dia ni hah. Angah pun jarang datang sini sebenarnya, waktu weekend jer dia datang. Dia ada satu lagi rumah kat Bukit Beruang.


Okay, jom ambik gambo beramai-ramai sebelum balik .... muka dah sememeh dah waktu ni. Nasib baik nak balik KL jalan tak sesak. Sempat lah singgah Solat Maghrib kat R&R Seremban dulu. Aku suka surau kat sini, sebab selesa dan besar selain dari R&R Tapah yang cantik tu. Selamat sampai rumah dalam pukul 8.30 malam. Kena dapatkan rehat sepenuhnya, sebab esok dah kena kerja semula...hukhukhuk.

8 comments:

azieazah said...

Wohooooo itu banglo sangatttlah cantekkk... Kalulah anak aku boleh belikan aku rumah cenggitu.. tak kuar rumah aku. > tu ayat berangan dulu.

Seronoknya dapat berjalan menziarah kawan di waktu cuti. Silaturrahim yang berpanjangan.

Rumah cantik, indah tenang tentulah seisi rumah pun bahagia...
Kita tumpang seronok sama.

mohdandmeriam said...

salam ros..berjalan sakan ya..dengki le..hehe..
cantik dan besarlah rumah Angah you tu..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Acik,

Sukanya tengok rumah tu...

Saya pun macam Kak Azie, tak kuar rumah saya dibuatnya ..hehehe

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA ...

Memang cantek, tertarik DeBOOM ... hehehe. Moga anak akak boleh belikan Banglo sebijik untuk Kak AA nanti. AMIN.

Saya memang suka menziarah kawan, sementelah lagi masa Raya Puasa hari tu tak sempat nak jumpa ANGAH ... tu yang sanggup redah Negeri Sembilan tu ... hehehehe

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik Meriam :). Saya ni memang kaki berjalan jer Mak Cik. Sebut jer lah nak pergi mana, sebab tu turun perangai ker anak-anak. Kalau duk jer rumah tak keluar, jadi macam cacing kepanasan ...

Rumah Mak Cik pun sure besar jugak kan kan kan :D

My Life My World said...

azrina03.07 - Salam Rina

Memang cantik banglo kat kawasan tu... Angah beli pulak dapat tanah paling besar. Boleh bina sebijik lagi Banglo kat sebelah dia.

Hartanah di Melaka masih murah lagi kut. Lebih kurang RM270,000.00 jer masa Angah beli tahun lepas. Kalau kat KL memang tak dapatlah harga tu.

Dr. Rodzila Rodi said...

salam..
akak ku sayang..
ooo tak mau mampir singgahsana beta yer!!
mana la tau leh hantar sebekas dua kek coklat idaman beta..
nak singgah jugak la umah Angah akak..sebab nmpk mcm sedap karamel tu..i loiiikeeee....
*buat-buat malu*

My Life My World said...

Dr Rodzila Rodi - Salam Zila :)

Akak memang ada niat nak hantar kek cekelat kat Zila, tapi sebelumnya Zila kata oncall kan so akak tak mo ler kacau. Insya ALLAH nanti akak buatkan ... ;)

Nak singgah umah Angah ker ... hehehehe, nanti akak kasik tahu ;)