Tuesday, November 23, 2010

SENJAKALA DI PAVILION



Ni pun cerita hari Ahad lepas. Masa on the way balik KL dari Mantin ... macam ada yang tak kena bila Aran senyap jer. Ishhh, aku dah naik cuak dah. Sepanjang jalan aku tanya dia, kenapa Aran senyap jer. Untuk makluman, anak-anak aku ni memang tak pandai diam dalam kereta, semua nak bercerita. Bila ada sorang yang diam, memang rasa lain. Dan aku rasa tak sedap ati. Rasa badan Aran tak panas, takut gak dia tak sehat. Bila tanya kenapa, dia kata tak ada apa-apa sambil tersenyum. Lastly bila dah kena paksa by kakak dan abang baru nak cakap ... "Aran nak pergi jalan-jalan lagi, tak puas nak jalan lagi" .... Hamboi, kemain lagi dia yer.


Keluar Tol Sg. Besi, selamba jer aku drive masuk Tol Smart ... Anak-anak semua dah excited semacam, kecuali Iqa yang sibuk nak balik umah, sebab nak charge handphone. Semua duk berteka-teki mak nak pergi mana, Sebelum tu aku siap kasik syarat,"Boleh jer pergi jalan lagi, tapi mak tak nak keluarkan duit" ... hehehehe ... kan dah kata poket tengah nipis. Ikut Terowong Smart masuk lane nak ke Bukit Bintang ... waktu ni baru kasik tahu kata nak pergi Pavilion. Kak Long pulak tahu jer apa dalam kepala mak dia, "Pandai yer mak bawak kita orang kat Pavilion, dah sah-sah ler barang kat situ mahal macam Jin, so tak adalah nak shopping" ... tahu pun mak pandai kan ... hahahahaha


Tak susah nak carik parking, berlambak kosong. Tengah-tengah bulan, mungkin ramai yang sengkek macam aku kut...hukhukhuk. Hmmm ... nak makan perut dah kenyang balun nasi briyani kat Mantin. Tak ada lah orang yang merengek kelaparan dan kehausan lepas ni. Bertawaf jer lah kita orang kat Pavilion, buat Window Shopping sambil tengok decoration untuk Krismas yang bakal tiba lagi sebulan lebih. Awal sungguh dia orang ni, kalau musim raya kita tak adalah awal sangat macam ni.


Aku suka gak tengok decor sambut krismas ni. Meriah sungguh, pokok krismas setinggi rumah 3 tingkat. Belum lagi dengan Rusa terbang ke bulan, dan salji palsu yang pegun jatuh dari bumbung shopping centre ke lantai. Berwarna-warni ... cantik. Decoration macam dalam Fairy-Tales jer. Acik suker :)


Masa jalan-jalan dalam tu, nampak ada benda menarik kat luat Pavi ... terkeluar ler kejap tengok Sony tengah promote TV 3D ... cun gak. Tengok jer lah yang mampu ... nak membeli ... nehi nehi nehi .... hehehehe.


Eh! Kat luar Pavi ni pun cun jugak, tetiba banyak lak tumbuh pokok krismas kat keliling bangunan Pavilion nih, berkaler-kaler lak tu. Meriah sungguh. Ingat aku sorang jer jakun sibuk nak ambik gambo, rupenyer ramai lagi spesis aku kat luar nih.


Tak sedar sampai kat hujung jalan Pavi tu nampak lak Butik ni ... UNIQLO. Oh! ni ler butik baru yang ramai orang cerita tuh. Jom! lintas jalan .... terkedek-kedek macam anak itik pulang petang. Hmmm ... tak ada benda ler sangat kat UNIQLO nih, baju remaja terkini yang selai jer harga dia boleh dapat berhelai-helai kalau pergi beli kat Hari-Hari ... hikhikhik. Tak ada ler beso mana butik nih, tapi seronok bila dia punyer SA tersangat lah hyper, setiap saat mengucapkan "Hello, Welcome to UniQlo" ... "Thank You, do come again". Masa ni terasa ala-ala "Kerana Diri Mu Begitu Berharga" bila dapat ucapan macam ni. Eh! apasal tiba-tiba Tag iklan Maybelline pulak masuk dalam kepala aku ni :)


Aku tak familiar sangat area Bukit Bintang nih. Tapi aku rasa UniQlo ni dulu KL Plaza. Ada ler aku ter'merayau' masa-masa tengah remaja belia dulu. Dia orang dah renovate bangunan ni. Kak AA mesti tahu ni kan ;) Cantik gak Deco Christmas kat bangunan nih, tapi sedih bila tanya surau kat mana orang tu kata tak ada lagi, sebab baru renovate. Kebetulan masa tu dah masuk Maghrib. Ingatkan bangunan baru renovate nih, mesti surau dia cun gak kan :(


Ini ler benda yang paling menarik kita orang jumpa masa pusing-pusing carik Surau kat bangunan ada UniQlo tu. Comel kan kan kan.... kalau letak kat rumah aku nih mesti lagi cun :) Kita orang balik ker Pavi lepas tu carik Surau. Cantik dan Selesa gak surau kat Pavi. Lepas Solat around pukul 8 malam, dah malas nak jalan sebab anak-anak nak balik cepat lak, internet melambai-lambai kata dia orang.... macam-macam ler bebudak nih :D

4 comments:

azieazah said...

Wahh cantik ek PV tu waktu malam.
Sebenornya Kak Azie pun baru 1 kali jer pergi PV tuh. Itupun anak dara yg bawak.

UniQlo tu yg benornya kata orang kat Farenheit. Dulu KL Plaza meriah, pastu sunyi sejak naiknya Times Square kot..
Skang dah ada PV, lagi lah muram KL Plaza tu. Kami pun jarang meronda situ dah.
Tapi rasa FOS masih ada, seronok pi situ sbb orang tak ramai compare BB Plaza.

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA

Hehehehe ... saya silap lah yer. Ni yang nak kena tanya pakar macam akak ni. Dah nama pun tempat kerja akak dulu kat situ kan ;D

Saya pun Pavi tu baru sampai untuk kali ke2 kak. Bukan apa, Pavi tu bukan tempat saya, mahal sangat ... tak mampu. Sekadar nak beli Donut J.Co dan buku kat MPH tu okay lagi kut :)

azieazah said...

Oh ya, lupa nak kongsi satu perkara.

Memang semua butik baju di PV tu sangat mahal. Tak mampu kita.

tapi,
rasanya Kak Azie pernah sebut, ada satu butik yang murah dan selalu sesak dgn para remaja. Butik COTTON ON tu harga mampu dan fesyen dia selalu uptodate. KAKLONG dan IQA Acik tu mesti suka.

Bila2 try ronda dan tengok harga. Mungkin leh puas hati...

Butik tu popular di kalangan remaja KL.

IXORAROXI said...

kalau nak shoppping kat situ at least kena bawok seguni RM!:D