Thursday, January 6, 2011

CARA BUAT KEK YANG PALING SEMPOI

Aku tersangatlah letih malam ni. Balik kerja tadi, temankan anak anak study. Lepas tu start mendobi, lipat kain dan gosok baju. Jadinyer kepala adalah buntu nak pikir apa nak update. Jalan jalan kat FB ... jumpa lak dengan Video Clip cara buat Kek Molten (Zia, tetiba teringat umah nenek Zia kat Kg Morten tepi Sungai Melaka tu). Giler kentang .... memang paling mudah yang penah aku tengok. Ingatkan buat kek cekelat aku tu dah paling simple ler, rupanyer ada lagi simple. Aku memang suker sangat ler cuba resepi mudah macam ni kan, biasalah orang yang tak berapa nak rajin macam aku nih. So kawan-kawan mari kita tengok ;D Benda-benda yang baik macam ni elok di kongsi bersama.



Senang sangat kan :) Tapi seperti biasa entah bila ler aku start nak buat... ngeh ngeh ngeh.

10 comments:

azieazah said...

Kalu ACIK yang dah biasa buat kek, ada basic plak, setakat kek yang simple tu, sambil layan FB pun bleh buat tuhhh...

Hmmm... raya nanti bleh try.

My Life My World said...

azieazah - Insya ALLAH :) tengah bersemangat nih. Semangat nak makan sebenonye. Nak tunggu raya lambat lah lagi. Tengok lah weekend ni, tak pun suruh jer anak dara dua orang tu masakkan. Mak nyer nak makan jer ... hahaha. Amacam! best kan idea ni :)

Yan said...

Salam Acik,

akak dah masukkan dlm draft. Nnt bila senang nak buat. i like dessert.

My Life My World said...

Yan - Salam Kak Yan ... nanti kalau buat kasik tahu kat blog yer kak ;)

Mrs Taz said...

sedapnya nampak .... terliur zia .. hehe tetiba teringat Kg Morten ek? =D

My Life My World said...

Mrs Taz - Acik pun terliur gak Zia, lebih terliur bila dia letak eskrem tuh. Kg. Morten dah jadi Kg Warisan sekarang. Cantik ...lagi lagi waktu malam waktu naik bot Sg Melaka tu.

Mr Shop said...
This comment has been removed by the author.
Mr Shop said...

Tuan Blog Saya nak minta izin iklan satu produk Cupcake disini boleh tak.hehe..

Sesiapa yang ingin belajar membuat cup cake sendiri dari A-Z boleh dapatkan Video CD nya di Blog Cara Membuat Cupcake. Harga RM90. Video ini dihasilkan oleh Puan Shida (pembuat cupcake)

Dalam video itu akan ditunjukkan step by step cara membuatnya. Saya jamin anda akan berjaya membuatnya sendiri dirumah selepas mengikut cara2 yang ditunjukkan.

My Life My World said...

Mr Shop ... boleh jer tapi tak tahu macam mana nak masukkan. Akak ni tahu tulis blog jer ;)

Aliahusmak said...

mcm best jer..blh try