Tuesday, January 4, 2011

KEMBALI KE SEKOLAH

ISNIN, 03 Januari 2010

Edisi kembali ke sekolah untuk tahun 2011 bermula hari ni. Aku cuti ... tapi hari ni cuti yang tak cuti sebab kena uruskan anak-anak. Bermula lah kembali aku menjadi bibik dan supir di pagi hari ... hehehe. Tapi aku suka job ni :) Alangkah bestnyer kalau tak yah pergi kerja, duk uruskan anak-anak sendiri. Tapi sapa lak nak kasi duit kat aku lepas ni. Kensel anganan.

Aku ni last minute baru ler aku nak keluarkan baju anak-anak dari plastik semua. Walhal dah lama pun beli. Baru ler nak start mengosok baju dan menjahit lencana. Bab-bab jahit lencana dan Tag nama memang aku tak buat awal-awal pun. Anak-anak pompuan yang dah beso ... korang jahitlah sendiri. Part budak lelaki jer lah aku tolong jahitkan. Hilman nyer tak payah jahit, sebab dia pakai vest tahun lepas punyer. Nasib baik dia tambah kurus dan bukan tambah debab. Kalau idak kena ler beli vest baru. Pakai jer lah yang lama yer Man ... lagi pun tak sampai setahun jer lagi. So jahit Aran punyer jer...



Oh ye ... Aran start jadi Pengawas Sekolah tahun ni. Jadi nyer tak yah nak jahit lencana banyak-banyak kat baju sekolah. Cukup jahit kat Vest dia jer. Hensem lah pulak aku tengok Aran berpakaian pengawas ... sori ler puji anak sendiri. Sapa lagi lah nak puji kan kalau tak mak yang mengandungkan nyer ...kan... kan ... kan ;) Dan dia sangat-sangat bangga terpilih menjadi Pengawas. Aku boleh rasalah aura bangga dia tu ... hahahaha. Dengan vest, tali leher dan kasut hitam nyer ... aku suka dia pakai kasut itam, tak adalah nampak kotor nanti. Kalau selalunya dia pakai kasut putih, baru sehari dah kotor lunyai jadinyer.



Dan baru hari ni jugaklah aku terjah kedai buku SK Kuang untuk beli buku Aran. Hilman punyer buku, aku kasik jer duit suruh dia beli sendiri. Lagi pun dia yang mintak nak beli sendiri. Pandai dah berdikari anak bujang aku yang sorang nih. Si Aran aku tak harap lagi, nanti salah kasik duit, tak pun salah info mintak buku. Lain lak jadi nyer. Journey pagi bermula dengan hantar Hilman ke SK Kuang ... lepas tu ke SMK Bukit Rahman Putra, hantar Kak Long dan Iqa lak. Balik umah gosok baju, kemas rumah. Lepas tu keluar balik, pergi kedai runcit sebab nak masak untuk anak-anak. Siapkan Aran sebab dia tak reti lagi nak pakai baju Pengawas. Lepas tu keluar balik ... hantar Aran masuk sekolah. Balik rumah balik ... masak. Lepas tu keluar balik ambik Hilman ... ambik Kak Long dengan Iqa. Balik umah sambung masak. Makan ... terlelap jap sebab penat. Join anak-anak tengok movie. Sedar sedar dah pukul 6.30 kena keluar ambik Aran balik.



Malam nyer sibuk lak menulis nama pada buku tulis dan buku kerja. Balut buku pinjaman yang tak ada pembalut. Kerah anak-anak study ... tahu-tahu jer Aran dah lena kat meja. Alahai, cian lah pulak. Aku kejut banyak kali pun dia tak sedar. Baru pukul 8.30 malam dia dah terlena. Penat agaknyer ... dia bercerita petang tadi dengan penuh excitednyer. Kena tolong cikgu ambil buku, jaga murid dan tak disangka-sangka dia kena baca ikrar kat depan perhimpunan petang tadi. Saya sangat bangga okay ... satu pengakuan. Sebab dia tak rasa takut langsung dan mengambil cabaran yang cikgu suruh walaupun di hari pertamanya. Teringat kata-kata cikgu kelasnyer tahun lepas, "susah nak ambik dia jadi pengawas sebab dia pendiam" ... Aran dah buktikan nya Aran BOLEH ... Malaysia Boleh. Eh ! tetiba lak masuk semangat bola ... hihihihi

9 comments:

mohdandmeriam said...

salam ros..segak anak teruna u tu berpakaian pengawas..disini makcik ambil kesempatan mengucapkan selamat hari jadi..bertambah usia n didoakan agar ros diberi kesihatan yg baik,dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur..

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik Meriam :)

Alhamdullilah... ada gak yang kata dia segak, ingat mak dia jer yang perasan ... hehee

Terima Kasih Mak Cik atas ucapannya dan Ameen atas doa Mak Cik. Ni yang tambah sayangggggg kat Mak Cik ni :)

Dr. Rodzila Rodi said...

salam akak!!
perghh..saya yang baca pun cukup bangga kak!!
terkenang2 zaman pengawas jugak..hahaha...
akak kene tunjuk kehebatan anak akak, yang baik boleh dijadikan teladan, pada pembaca semua..
yang geram baca ni, lantak pi sama depa...
kalau la blog ni ada lagi dlm 10 tahun akan datang, Aran mesti cakap.."eh, aku ke ni??" hahahaha
good luck utk menjadi supir ya buk..

My Life My World said...

Dr. Rodzila Rodi - Salam Adik :)

Mak dia masa sekolah tak merasa jadi Pengawas, anak-anak lah jadi penyambung cita-cita ... hehehe. Blog ni lebih umpama diari pada akak. Supaya itu pun tujuannye, nanti di masa depan boleh bukak balik dan tengok gambar-gambar lama. Mesti anak-anak akan gelak beso bila tengok gambar dia orang masa kecik ni.

Yang tak suka tu ... hmmm nak buat macam mana yer. Silalah kasi ubah chanel blog lain pulak ;D

IXORAROXI said...

bebudak ni kalau amik gambar masa tidur pun nampak comel, cuba try test, depa amik gambar kita, masa kita tidur:D

maklang said...

Anak maklang Angah pun jadi pengawas... Excited sangat2 dia...samalah maklang pun tak pernah jadi. Pengawas

My Life My World said...

IXORAROXI - saya sokong IX ... lebih lebih lagi kalau hat baby tu. Kalau ambik gambo kita masa tidur mahu rosak kamera kut. Hikhikhik

My Life My World said...

maklang - sampai kita pun tumpang excited sama kan Mak Lang. Hari hari ada jer laporan terkini tentang apa dibuatnyer kat sekolah :) Angah Mak Lang tu memang sebijik macam Along dia bila pakai baju pengawas, macam tak ada beza pun. Senang cikgu nak cam adik sapa.

azieazah said...

Tahniah ARAN. Memang hebat dan terbukti boleh...!

Bila dah start bersekolah, rutin kita akan menjadikan kita bertambah letih, takper itu biasa...

Dan semestinya kita bangga!