Melihat pada gambar Trio kat atas ni membuatkan aku rasa sangat bangga dan bahagia. Tetiba dah jadi macam sebaya jer korang ni. Dari kiri, Iqa dah nak masuk 16 tahun, Hilman baru nak masuk 13 tahun dan Kak Long tak lama lagi Sweet 17. Rasa macam sekejap jer, tetiba dalam hati terucap .... Eh! dah beso anak-anak aku. Pandai gak aku bela yer. Hahahaha. Dah sama besar. Dah lagi tinggi dari aku. Dan sekarang dah satu sekolah. Semua dah masuk sekolah menengah yang sama. Boleh share story sama-sama, bergosip sama-sama. bergaduh tok sah cakap lah. Tapi adik beradik kan, gaduh kejap jer, tak sampai 5 minit dah baik balik.
Dah boleh jadi 'Image Consultant' antara satu sama lain. So kalau nak pergi carik baju, semua orang nak kena ikut. Kakak-kakak tolong carikkan baju anak lelaki. Anak lelaki pulak jadi pengkritik kalau anak pompuan nak beli baju. Lepas tu anak lelaki dan anak pompuan jadi pengkritik dan Imej Konsultant untuk mak dan adik kenot dia pulak. Hehehehe ... Paling tak boleh lupa, bila sorang try baju, yang lain mesti tunggu depan pintu 'Fitting Room' tu. Walaupun nak beli baju sekolah. Hahahaha ... Tak termasuk masa nak beli baju raya lagi. Semua orang mula gaduh nak mak dia pilih kaler pilihan masing-masing. Tapi biasalah mak juga yang ada kuasa VETO kan :)
Eh, pagi tadi bukak FB terjumpa benda ni. Sangat-sangat COOL walaupun buatan negara jiran. So untuk anak-anak mak, tahu korang suka ni ;)
No comments:
Post a Comment