Saturday, January 22, 2011

MUSIM MANGGIS DAH TIBA


Sangat suka bila satu pagi tu tengok Aran terbongkok-bongkok mengutip buah manggis jatuh dengan penuh konsentrasi. Bukan main semangat lagi budak kecik nih. Tak adalah banyak sangat pun dia kutip. Aku tanya dia, "Boleh makan lagi ker buah manggis yang jatuh ni" ... dia jawab boleh, sebab kulit dia masih lembut dan tak keras lagi. Mungkin baru jer jatuh kut. Sebab buah manggis ni kalau jatuh, isi dia tak berapa nak elok ... jadi lebam atau memang keras kulitnyer. Selalunyer dia makan dengan kawan yang selalu datang rumah.


Rumah aku ni dikelilingi pokok buah. Maklumlah tanah pusaka. Ikut cerita abah aku, tanah ni dibeli oleh ayahnya dengan tujuan memang untuk tanam pokok buah. Siap Atuk aku dulu upah tukang kebun lagik. Masa tu dia tak duk Kuang, dia kerja kat Kuala Lumpur. Sesekali balik Kuang. Dulu masa aku kecik tok sah cerita lah. Kalau musim buah memang tak yah nak beli. Durian, Manggis, Rambutan, Rambai, Pulasan dan Nenas ... memang melata sekeliling rumah. Tapi sekarang, kesan dari pembangunan ... Ceh! nak jugak guna ayat nih. Makanyer pokok pokok buah sudah berkurangan. Yang banyak tinggal adalah pokok manggis. Yang usianya lagi tua dari umur abah aku. So, buahnyer tidak ler berapa nak cantik dan banyak semacam dulu. Tapi boleh ler nak makan dan kasi sedekah kat orang keliling. Tapi sekarang ada gak mak dan abah aku tanam semula pokok-pokok buah manggis dan rambutan serta durian. "Untuk anak-anak cucu nanti, biarlah mak dan abah dah tak ada masa tu" ... gitu ler lebih kurang kata mak dan abah aku. Sedih lah pulak aku dengar. Gitu ler orang orang tua, sentiasa ingat kat anak, cucu dan cicit.



Aku suka manggis, tapi aku lagi suka rambutan. Yang sebakul ni orang sebelah kasik. Ada lah orang yang menyewa rumah abah aku tu main baling-baling jer biji rambutan lepas makan, tetiba boleh tumbuh lak. Elok jer hidup kat belakang rumah sewa tu. Dah boleh makan pun hasilnyer. Lama tak lama ker orang yang duk umah sewa Tok Abah tu. Sampai boleh tanam pokok rambutan lah. Hehehe... tangan sejuk kut. Tangan aku ... tak tahu lagi sejuk ke panas. Tapi tangan ni kalau tanam pokok pokok bunga boleh gak hidupnyer, cuma malas tak malas nak menyiram jer ... tu yang boleh bawak maut pokok pokok tu. Kekurangan kasih sayang dan belai manja ... hikhikhik. Ni kalau Min kat Ozz dengar ni mesti marah ;D rumah laman beso tapi tak dimanfaatkan.

19 comments:

azieazah said...

Wahhh seronoknya ada pokok buah keliling rumah.
Fresh, dari ladang tuuu...

Kak Azie tanam bunga tak tahu.
tanam pokok buah tak pandai.
Makan buah jer yang handal.

Dr. Rodzila Rodi said...

terbaekkkkk dari ladangg...
bak mai sikitt..
aran tu cam tak nak bg kat org je..hihihihii...

orang tua mmg ingat kat anak cucu dia..tapi kalau kita tak ingat kat depa lagik..maknanya kita lom tua....kan?hihihi

Fadzli Amir said...

ada dusun pusaka kat kampung, pun penuh ngan pokok durian , manggis dan langsat...rindu rasanya..tapi selalu masa balik pegi temgok,elom musim...nanti balik CNY nak pi tengok lah...mungkin ada manggis

mohdandmeriam said...

salam ros..wow bestnya rumah dikelilingi dgn pokok buah2an..makcik suka manggis..yg hairannya satu pokok manggis dibelakang rumah ni tak suka berbuah..agaknya takut tuan rumah dapat makan free..

anntaj said...

saya suka sangat buah manggis ni...
kalau mengadap satu guni leh habis....

Lady Lavender said...

addoii..tayang buah manggis la pulak cik puan ni..saje kasi kita terliur le tu heehee..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kak !!

balik ni saya nak singgah !
saya hantu rambutan dan maggis tau..

IXORAROXI said...

Bestnyaaaaaaaaaaaa
Di rumah IX pokok buah2an tak der, adapun jambu madu, pokok bunga kering, memang banyakkkkkkkk:D

My Life My World said...

azieazah - Betul tu kak, tapi pokok semua dah tua tua, tak ada lah banyak sangat hasilnyer. Boleh ler nak buat rasa-rasa.

Kalau ada lebih nanti saya calling calling akak yer, tapi dengan syarat ler ... kena panjat sendiri ;)

My Life My World said...

Dr. Rodzila Rodi - meh ler sini, tunggu bawah pokok ... mana tahu leh gugur. Dah serupa tunggu buah durian lah pulak kan.

Akak suka ayat Zila u "kalau kita tak ingat kat depa lagik ... maknanya kita lom tua" hehehehe

My Life My World said...

Fadzli Amir - tak ada orang tunggu ker kebun tu FA ... pakat kalau berbuah gini, orang buat harta ler kebun kat dusun pusaka tu ek. Hehehehe ... tahu tahu lepas tu, kita pulak terbeli buah dari kebun sendiri. Kat sini gitu, nak kena tunggu, kengkadang tu ada jer orang yang nak tolong kutipkan buah kita buat jual.

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik Meriam. Hehehe ...jahat pokok manggis tu yer. Pandai derhaka kat tuan dia. Entah-entah pokok manggis tu mandul tak mak cik :)

My Life My World said...

anntaj - Salam kenal Ann :) terima kasih sudi datang dan tinggalkan jejak bertapak di sini. Nanti akak pergi terjah rumah Ann yer.

Biar betul kau Ann ... ada bela hantu raya ker hapa, boleh abis satu guni ... hehehehe . Akak gurau jer ;)

My Life My World said...

Lady Lavender - Sori ler LL ... kesian awak ek, dah kempunan. Nasib baik dah beso kalau tidak dah kena pakai 'BIB'. Nak gak akak pos, tapi takut dah sampai sana tak ada rupa manggis lagi ...huhuhu

My Life My World said...

azrina03.07 - Rina!!! ... takat ni tak masak sangat lagi, dia tengah buang yang busuk-busuk. nanti kalau masak akak inform Rina, jangan lupa singgah bawah Abang, Angah dengan Adik sekali ek ;) oppsss jangan lupa Cik Abang, tukang panjat pokok ...hehehehe

My Life My World said...

IXORAROXI - terbalik aaa, Umah kita, pokok bunga memang langsung tak ada. Harap bunga pokok pisang tut belakang rumah jer .... cantik bunga nyer, warna pink ;D Tak pun bunga plastik dalam umah .... banyakkkkkkkkkk :D

julia tantiana said...

Bile la kat sarawak ni ada manggis...aduh,,mengidam nak mkn manggis...lame dah cari, tapi belum musim di sarawak ni...nak diliver dah hujung bulan 3.....tengok gambar manggis pun jadi la...:(

My Life My World said...

Julia Tantiana - Hi! Julia ... ala ala ciannyer dia. Meh ler datang Semenanjung. Air Asia kan ada ... 'Everybody Can Fly Now' hehehehehe

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

InsyaAllah kak ;)

saya datang....