Friday, January 28, 2011

SAYONARA RIDZWAN



Ridzwan WHO??? Dia kawan baik anak-anak lelaki aku. Sekelas dengan Hilman dan merupakan abang angkat Aran ... sebab dia lebih rapat dengan Aran dari Hilman yang dia jumpa hari-hari. Kawan sepermainan kat tenet main DEADFRONTIER dengan anak anak lelaki aku. Merangkap anak angkat aku :) Biasalah ... kawan rapat anak anak, automatically akan jadi kawan rapat aku jugak. Lagi pulak aku memang suka budak-budak. Bila bersama dengan dia orang ni, aku pun turut jadi budak budak semula. Terasa lah budak sikit walau pun dah kertu ... hukhukhuk





Dia akan berpindah ke Sabah dan bersekolah di sana. Berikutan dari pemindahan ayah tirinyer ke sana. Jadi maknyer ikut sekali. Dah nama pun anak tunggal. Terpaksa lah dia ikut jugak. Dan secara kebetulan Sabah adalah tanah tumpah darah arwah ayahnya, jadi dia ada ramai sedara mara di sana. Kami tak tahu nak hadiahkan dia apa sebagai kenangan. Tapi sempatlah aku, Kak Long dan Iqa ker MPH, belikan Buzz Wire untuk dia bereksperimen nanti.



Kejadian ni sebenonyer berlaku hari Sabtu 22 Januari 2011 yang lalu. Disebabkan aku tak ada masa nak hup-date, jadi kira ni ulasan tertunda lah yer. Kebetulan pulak Hari Sabtu tu jugak Hilman dan Aran ada Kem Pengawas dari pukul 7.30 pagi sampai 5.00 petang di sekolah. Dari MPH One Utama beli buku kerja Kak Long dan Iqa, terus kami kesekolah ambik anak teruna aku yang dua orang ni. Lanjutkan ker rumah baru Ridzwan di Tasik Biru Kundang. Tu yang Hilman dan Aran pakai uniform sekolah lagi tu, tak sempat nak salin baju balik rumah.





Mak Redzwan yang juga dah jadi kawan aku, jugak jemput kami sekeluarga ke rumah nyer untuk Farewell makan makan. Nice view rumah dia, di Tingkat 7, betul betul mengadap Tasik Biru ... yang tenang dan damai tu. Menu nyer sedap banget. Mak Wan tempah Nasi Dagang Mek (Batu 16), Spaghetti, Kek Keju ... arghhhh semua makanan feberet. Sampai senak perut makan, dah ler sebelum tu aku dah tibai makan kat rumah mak aku. Tapi bila nampak nasik dagang perut kenyang pun jadi lapar semula. Sungguh tamak haloba di situ.



Lamalah jugak kat rumah Wan, sempat solat Asar sampai ker Azan Maghrib baru balik. Bukan apa, kasik budak lelaki ni main puas-puas dengan Wan. Lepas ni lambat lagi nak jumpa. Itu pun kalau Wan balik Kuang ke rumah nenek nyer. Mak Wan orang Kuang. Dah janji dengan Wan, kalau balik nanti datang tidur rumah aku lagi. Boleh budak berdua ni lepas rindu pada dia. Dan kalau ada rezeki kami, boleh lak kami ke Sabah jumpa Wan. Sob sob sob ... sedih lah pulak. Insya ALLAH panjang umur nanti kita jumpa yer Wan :D


p/s : aku tak sempat nak buat 'watermark' kat gambo, tadi dah buat mana lak menghilangnyer. Lantak ler ... dah malas nak bega semula.

6 comments:

Fadzli Amir said...

Terkadang yang elok tu cepat je berlalu...dan susah nak dicari ganti.....apapun selamat jalan tuk adik wan, dan tuk anak2 kak ros, insyaAllah,akan ada penggantinya...

My Life My World said...

Yang patah akan tumbuh berganti, tapi tak tahu lagi yang ganti nyer macam mana rupa ;) Insya ALLAH akan jumpa ramai pengganti :)

Yan said...

Sekarang ni tak susah, internet jd penghubung. Pasti tak putus persahabatan diarang.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

harapnya persahabatan dorang berkekalan.

My Life My World said...

Yan - Betul tu Yan, kawan dia pindah pun dia orang still boleh main FB games. Sorang kat sini, sorang kat seberang laut sana. Dah ler bebudak sekarang ni masing-masing ada handphone sendiri. Tak macam kita dulu dulu

My Life My World said...

azrina03.07 - AMIN. Begitulah hendaknyer Reen.