Khamis, 03 Februari 2011
Pembukaan Cuti-cuti Malaysia untuk Tahun 2011 kami sekeluarga mulakan dengan percutian ke LUMUT, Perak. Abang Ngah dan Kak Ngah aku seperti biasa sebagai Ketua Rombongan dari awal bulan Januari lagi dah 'book' kan Hotel di Teluk Batik Resort untuk kami.
Pemandangan dari Tingkat 5 Balkoni Hotel ... full house hotel dan parking
Aku tak kisah pergi mana pun, bawak ler kemana sekali pun ... asal nama nyer bercuti, Acik tetap suka :) Yang kelat sikit dua orang anak dara aku. Yer lah ... tempat ni kan tepi laut yang dikatakan akan menghangitkan warna kulit mereka yang tak berapa nak cerah tu ... dah ler tak ada shopping centre beso beso macam One Utama ker KLCC yang sentiasa sejuk tu; noted yer kedua dua budak pompuan ni shopaholic. Yang sangat sangat teruja sudah semestinyer anak bujang aku dua orang tu ... dah siap masukkan baju mandi. Asalkan ada swimming pool dah cukup untuk budak lelaki ni untuk berkubang sehingga perit perit kulit.
Jeti ke Pulau Pangkor ... kami tak pergi Pulau pun. Cantik Jeti ni
Kami bertolak dari KL pukul 9.30 pagi ... budget sampai tempat nak jumpa abang ngah aku di Bidor dalam pukul 11.00 pagi. Tapi Ya Rabbi! ... jem giler Highway Plus, kereta jalan macam naik basikal. Basikal pun lagi laju kut. Ingatkan dia orang ni balik cuti awal-awal, tapi se'spesis' jer dengan kami yang tunggu raya cina baru nak jalan. Harapkan konon jalanraya dah lenggang ler. End up sampai Bidor pukul 12 lebih gitu. Nasib baik ketua rombongan pun sangkut dalam jem, kalau idak lagi lama tunggu kami. Hehehe. Merungut ketua rombongan sebab jem, kalau tahu kata dia ikut Sabak Bernam lagi dekat, aku mana tahu ikut kau jer Bro ... hehehe. Kami singgah makan tengahari kat Sungai Perak. Sedappppppp ... sebab dah lapo giler, walaupun banyak stok makanan dah abiskan masa tengah jem tuh.
Sampai Teluk Batik Resort dalam pukul 4 gitu, nasib baik Asar sekarang ni dah lewat. Boys apa lagi lepas solat jer terus carik swimming pool. Aktiviti hari ni hanya makan sahaja. Tapi masa nak pergi makan kat pekan Lumut tu ... sekali lagi Jem Giler nak keluar dari Teluk Batik. Punya lah banyak kereta. Kami tersangkut selama 1 jam nak keluar dari simpang Teluk Batik tu. Aku ingatkan ada 'Funfair' ker hapa kat Teluk Batik ni, tapi tak ada benda pun ... memang ini tempat tumpuan orang ramai abiskan cuti. Macam Teluk Kemang kat PD tu ler. Beratus-ratus kereta nak keluar serentak.
Hilman yang kemaruk nak ber'tenet', kat coffee house hotel ada wifi ... pakai PSP pun jadik!
Pose kekenyangan lepas breakfast percuma kat hotel
Maisarah tengah tahan perasaan tak dapat berkubang sebab allergic-nanti kegatalan
Hari ke 2 ... apalagi bebudak pepagi lepas makan, carik swimming pool lah lagi. Gitu ler orang orang tak kaya yang tak ada swimming pool kat rumah, jumpa pool kat Hotel adalah sedikit jakun jugak. Hehehehe... naik hangit muka Hilman, Aran tok sah cerita lah, dah tambah rentung. Tak ada ler nak pakai Sun-Block bagai. Anak lelaki hitam tak per, baru macho kan ... hikhikhik
Mak Tok tengah kusyuk makan sambil melayan cucunyer
Ketua Rombongan dan anak lelakinyer
Sarah dengan Pose ... Kenyang perut senang hati
Lunch kami di hari ke 2 hanya lah di KFC sahaja. Memang agenda jalan jalan carik makan serta nak merayau-rayau di pekan Lumut. Nampak lak KFC ... makanan yang tak perlu tunggu lama-lama dan siap untuk dimakan. Maklum ler bawak budak-budak, yang semuanya sentiasa lapar dan tak suka menunggu makananan. Jadinyer upacara makan KFC secara berjemaah. Sangat-sangat happy ... zasss kejap jer abis licin semua.
Sapa-sapa nak ke Pulau Pangkor - berikut adalah harga tiket yer, sila besokan gambar, tak pun besokan mata ... hehehe
Agenda seterusnya adalah berjalan-jalan di Lumut WaterFront dengan cuaca yang sangatler panasnyer. Lip lap lip lap matahari memancar atas kepala. Nasib baik tak pening kepala ... mana nak pening sebab dah nampak barang murah-murah yang setaraf Up-Town. Maklumler, kami ni mana penah pergi mana-mana up-town kat KL. Jadik bila nampak tempat tempat macam ni ... ehmm rasa sedikit teruja. Sedikit ker, anak-anak aku kalau boleh nak hangkut semua barang kat situ :D
Macam ada pesta ... semua pakat kerumun
Sunset ni jer yang cantik bagi aku di Pantai Teluk Batik
Balik Hotel petangnyer kami ke Pantai Teluk Batik, betul betul depan Hotel ... erk kena jalan 200 meter ke depan. Peliknyer aku tengok berjujut kereta parking. Memang excited nak tahu, apalah dia orang buat kat pantai ni, best sangat ker. Hmmmm ... memang ramai giler orang kat sini. Tak ubah macam Teluk Kemang ... tak ada tempat nak privacy langsung. Beratus-ratus orang kat pantai yang tak sampai pun 1 Kilometer panjang. Bayangkan ... punyerlah ramai. Dengan sampah sarap bersepah, kerusi rehat yang nak guna kena sewa ... berderet, dan dipenuhi orang. Terus terang kata ... ini bukan tempat aku. Aku tak leh la datang pantai macam ni. Masa ni aku terbayangkan Cherating ... dan Pulau Tioman. Pantai dan laut yang tercantik aku jumpa setakat ini. Kak Long tak leh stand for 2 minutes pun. Terus dia blah pergi carik air kat warung depan.
Hari ke 3 - mandi puas-puas yer anak anak ku kat Swimming Pool. Aku tak ikut sebab nak berkemas. Pukul 12.00 check-out. Ketua Rombongan nak singgah kedai-kedai jual T-Shirt, Keropok dan Cenderamata kat Pantai Teluk Batik. Sekali lagi kami ke sini, tapi tak pergi pantai. Sempat ambik gambo kat Dataran Teluk Batik dan makan tengahari kat sini. Makan memang sedap dan murah. As I said before, Ceh! nak speaking London konon... aku tak berkenan dengan pantai dia. Bertolak dah dekat pukul 2 ptg. Kami ikut Sabak Bernam kali ni, pun jem jugak banyak kereta. Tapi bergerak. Tapi aku dengar orang ikut PLUS hari yang sama dengan aku dari Jelapang Perak ker Kuala Lumpur pun ambik masa 10 jam nak sampai. Sampai rumah pukul 10 malam ... nak tahu sebab apa. Aku dah tertinggal kredit kad aku kat kaunter Petronas masa beli minyak. Aku tersedar lepas hampir 40 KM tinggalkan stesyen minyak kat pekan Lumut tu, terpaksa berpatah balik. Hehehehe ... nasib baik aku yang drive kalau tidak mahu berbakul-bakul kena marah. Memang terbukti ler .... terbukti aku dah tuo. Hukhukhuk ...
8 comments:
best .. best .. nnt kita pi Cherating ramai2 nak? hehe .. mmg ar cik zya pun slalu terlupa itu ini kekadang blurr ntah apa2 merepek hehe
sewonoknya kak ! pergi ramai-ramai lagi ...
jeles betul tau. Ntah bila lah dapat bawak anak2 bercuti ni....
Mrs Taz - Jalan ramai ramai memang best. Dapat eratkan tali temali hehehe ... kan dah merepek. Dapat kuatkan ikatan kasih sayang antara anak, mak, nenek, abang, anak sedara, kakak ipar. Bila duk lama-lama dalam keta sama-sama lagi lah rapat ... hehehe.
Betul la Zia, dah banyak lupa sekarang ni. Kengkadang tu nak pergi tempat A tapi sampai tempat B macam mana tu. Tolong!!!!!
azrina03.07 - Seronok sangat sangat. Biar pun tempat dia tak berapa ler nak seronok sangat. Asalkan ada anak-anak dan keluarga di sekeliling itu pun dah cukup.
Masa anak-anak kecik kecik ni ler elok bawak anak-anak jalan, kenalkan tempat pada dia orang. Tapi akak mengaku la, memang penatlah sikit kalau bawak bebudak kecik ni jenjalan. Sebab dia orang semua bergantung pada kita. Nak mandi, nak makan, nak pakai baju semua. Dah kita lak tak serupa cuti... hehehe. Bercakap dari pengalaman masa anak anak kecik dulu.
patutlah lama senyap, coti2 mesia rupanya...saat yang sangat best adalah bila bersama2 keluarga
IXORAROXI - yang sonyap tu sebab cuti yer jugak. Sebab buzy pun yer jugak. Tak sempat nak jengok blog pun. Harap lepas ni adalah masa nak kemas rumah ... ehhh silap. Kemas kini blog :)
Awat tak kabo nak mai..tu le kampong teman...memang kami pun tak pergi teluk batik tu lebih2 lagi kalau cuti, sebab tahu memang ramai org punye...selalu pergi teluk senangin...memancing..tapi sekarang ni teluk senangin pun dah ramai org...tu yg berpindah ke air terjun pulak tu..kat kampung ni banyak tempat air terjun...
Fadzli Amir - Laaaa!!! Iyer ker adik duk kat Lumut. Tak tahu pun, ingat duk kat Seberang Prai ke ... hehehehe. Kalau tahu boleh tanya tempat lagi best, tapi macam tak ada masa lah pulak nak pergi.
Post a Comment