Saturday, February 19, 2011

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-12 MUHAMMAD HILMAN

SABTU, 19 Februari 2011



Hari ni anak lelaki sulung aku genap 12 tahun usianya. Dah besar anak mak, tapi tetap manja seperti dulu ... seperti waktu kecil dulu. Tak ada satu pun berubah. Banyak cakap dan banyak makan, itu lah trademark Hilman. Satu yang buat aku bangga, dia suka dengan tanggungjawab dan akan menunaikan nya walau dalam keadaan yang sukar. Dia jenis yang tak malu. Suruh lah buat apa sahaja, dia pasti akan buat yang semampunya. Sebab tu dia kesayangan cikgu disekolah kut. Dan sudah pasti kesayangan aku dan adik serta kakak di rumah.







Dia ada banyak persamaan dengan aku. Citarasa kami serupa. Perangai dan keinginan pun lebih kurang sama. Senang nak tidur, letak kepala kat bantal tak sampai seminit boleh berdengkur ... erk macam mak dia juga. Dia pun peminat Biru ... tak leh hidup kalau tak dapat makan nasi. Tak minum air berkarbornat dan gula gula berangin macam mak dia jugak. Tak minum kopi, dan sangat suka air kosong. Sangat ' adventurous', aku harapkan dia dan Aran jer lah teman aku kalau nak pergi air terjun, panjat bukit, naik basikal keliling taman. Kakak dia memang tak der lah nak temankan aku. Kami juga suka lagu yang sama. Malam tadi kita orang berdua duk menggodek nak carik lagu yang dia dan aku minat dalam kereta, sampai adik dia tertidur tak sedar diri kat seat belakang. Dia minat lagu slow rock tahun 90an ... sama macam mak dia jugak. Tapi dia lagi minat lagu omputeh ... hat ni ikut kakak kakak dia.





Yang tak sama dengan aku ... dia tak suka membaca. Suka baca komik jer. Yang tu buat aku bimbang sangat. Buku pelajaran bukan suka nak bukak kalau tak disuruh. Tapi Alhamdullilah, Tuhan anugerah kan otak yang baik untuk dia. Dia cepat tangkap dan hafal, sekali dengar jer dia boleh ingat. Sebab tu aku selalu suruh dia jadi Co-Pilot aku kalau pergi mana-mana. Dia suka baca peta dan hafal jalan walau sekali lalu jer. Mamat ni giler main internet. Gila main Habbo Hotel dengan Dead Frontier. Siap carik kod-kod permainan tu lagi. Budak lelaki semua gitu kut. Sanggup bangun pukul 12 malam sebab nak main internet tanpa diganggu. Sampai kena marah dengan aku.



Hilman memang 'SPECIAL' untuk mak ... sentiasa istimewa. Anak yang mendengar kata, tak pernah melawan kata-kata mak dan senang nak jaga. Sejak dari keluar perut sampai lah hari ini. Pandai bawak diri. Dan jarang sakit dan demam. Harapnya berkekalan lah hendaknya. Selalu banggakan mak, bila dapat jadi wakil sekolah untuk pelbagai event dan yang paling membanggakan dan mak kira hadiah yang paling besar untuk mak setakat ini bila Hilman berjaya dilantik jadi Ketua Pengawas di sekolah.




Semoga anakku ... Muhammad Hilman Bin Hashim menjadi anak yang soleh dan berjasa pada ibu bapa, agama, bangsa dan negara. Berjaya mendapat 5A dalam UPSR akhir tahun ni. Dan masuk sekolah yang Man idam-idamkan. Semoga sayang mak sentiasa didalam Rahmat, Perlindungan dan Kasih Sayang NYA selalu. Sentiasa berada di landasan ALLAH yang betul, tidak tersasar dan alpa dengan mainan duniawi. Mak sayang Man sangat sangat.

p/s : Malam tadi dia suruh aku cium dan wish dia bila tepat pukul 12.oo malam. Terpaksalah aku yang kuat tido ni bersengkang mata. Demi anak mak ... apa saja sayang :)

15 comments:

lemongrass said...

Selamat hari jadi Hilman. Semoga segala doa ibu bapa, family and bloggers dimakbulkan Allah dan menjadi kenyataan.

IXORAROXI said...

happy birthday Hilman

My Life My World said...

lemongrass - AMIN atas doa Min. Terima kasih :)

My Life My World said...

IXORAROXI - Terima Kasih IX :)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Selamat Ulang Tahun Hilman. Semoga sentiasa berjaya dan dapat menggembirakan hati ibubapa.




*ensem2 dan comel-lawa anak2 akak.

solo mum said...

happy belated b'day Hilman.

Dr. Rodzila Rodi said...

happy birthday hilman..
cik zila doakan cita2 hilman tercapai..
perghh...ni Paan jd pengawas sbb ada kroni la ni eh..hehehe..gurau je kak..
Hilman memang anak yg hebat..
lagi entri terharu kak..bukan senang anak lelaki nak mintak cium dr maknye yg kuat tido..hehehe..
err..hilman tak mintak hadiah lain ke? (batu api nih..hehehe)

kak Erna said...

happybirthday hilman..semoga menjadi anak harapan ibubapa..

My Life My World said...

azrina03.07 - Terima Kasih Reen atas ucapan dan AMIN untuk doa nya.

Anak-anak Reen pun comei comei jugak :)

My Life My World said...

solo mum - terima kasih atas ucapan. Nanti kita kasik sampaikan ek ;D

My Life My World said...

Dr. Rodzila Rodi - Terima Kasih Zila. Aran jadi Pengawas sebab Hilman??? Tidak sama sekali ... hehehehe, tapi tak tipulah kalau dia beria-ria nak jadi pengawas sebab tengok akak dan abang yang berjawatan pengawas.

Akak dah lobi dari tahun lepas sebenarnya, suruh cikgu kasik dia peluang ... Muaahahahaha ... Biasalah ibu akan buat yang sebaik mungkin untuk anak-anaknya ;D KANTOI !!!

Hilman baik sangat, sampai tak cerita pun nak hadiah apa ... hehehehe

My Life My World said...

kak Erna - Terima Kasih Kak Erna, Amin atas doanya :)

Fadzli Amir said...

Hepi belated besday Hilman...sedih pulak tak semena2 baca entry akak ni...mudah2an anak2 saya pun macam tu amiiinnn

My Life My World said...

Fadzli Amir - Terima kasih on behalf. Alahai, sentimental betul adik akan ni kan. Mesti romantik juga dengan isteri tercinta.

Fadzli Amir said...

Bukan sentimental pun orgnyee..rock2 gak, tapi kalau cakap bab anak2 ni...teringat dan rindu anak2 kat umah..tu je....