JUMAAT, 11 Februari 2011
Eh! baru perasan Birthday Kak Long tahun ni nombor dia cantik 110211 :) Hari ni lepas balik kerja kami ke Kota Damansara. Apa lagi pi serang Restoran Ayam Penyet Ajo Lali. Ni ler restoran feberet anak anak aku. Dah penat dah telinga aku hari hari dengar rayuan domba anak-anak kat Caller Ring-Tone Handset aku. Korang tahu sejak aku dapat phone baru, adaler satu hari tu masa jenjalan dalam keta, dia orang nak makan ayam penyet tapi aku tak moh bawak. Datang idea giler Iqa ... "Weih! jom kita rekod kat phone mak nak, nanti biar hari-hari mak dengar suara kita mintak nak pergi makan kat Ayam Penyet". Maka terjeritlah mereka secara duet kat dalam kereta tu "MAK!!! NAK AYAM PENYET!!!". Iqa jadikan jeritan tu sebagai Caller Ring Tone phone aku, dia kata "Selagi mak tak belanja kita ayam penyet, jangan tukar bunyi caller ringtone tu". Okay ler, aku tak kisah. Yang aku kisah tu, adalah satu hari tu aku pergi kaunter CIDB ... punyaler ramai orang beratur sebelah menyebelah aku tetiba terdengar jeritan "Mak! Nak ayam penyet!!!" Aduh, mengelabah giler aku sebab nak mengorek phone dari beg dan tutup bunyik tu. Malu pun iyer gak ... hehehehe
So mak dah belanja makan ayam penyet yer anak-anak ku, opppssssss... sori bukan mak, abah yang belanja sepatutnyer mak yang belanja. Terima kasih yer abah ;) Saksikan lah aksi-aksi terlampau kami makan ayam penyet sempena Birthday Kak Long tahun ini ;)
8 comments:
happy family..
bila lagi akak free ni?nk ajak g borak2 di ayam penyet pulak
whoaaa ... best best .. nape tak ajak ? En Achim bila nak belanja kita makan plak .. ? ;)
Dr. Rodzila Rodi - "Happy Family" Insya ALLAH :) macam main 'card' masa kat sekolah dulu pulak bunyik nyer.
Akak ni kalau nak jumpa, nak kena buat appointment ... hahahaha. Takut ada kerja, maklumlah orang tak berapa nak penting. Bila bila jer orang boleh kerah buat itu ini ;D
Mrs Taz - Best Zia makan ayam penyet. Macam lagu Alleycats tu.
Cinta itu boleh diumpamakan bagai
Makan sambal belacan
Walau mengalir air mata
Masih mahu dimakan jua.
Sebab yang best tu sambal belacan dia, pedas giler hingga berasap telinga. En. Achim bila nak belanja, itu kena ler tanya tuan empunya badan sendiri ;) Ceh! macam nak masuk meminang jer bunyiknyer.
hehehe ... lirik banyak makna tu ;) kim salam achim ..
Insya ALLAH :)
ee xajak pun sedey gile :(
Jaf Farah - Adik... macam mana nak ajak, tak balik Kuang pung ...hehehehe
Post a Comment