Thursday, February 17, 2011

JALAN JALAN DAN MAKAN MAKAN

SELASA, 15 Februari 2011

Hari ini cuti sempena Sambutan Maulidur Rasul. Aku dah janji dengan Kak Long ... dia ajak pergi shopping since Ahad lepas lagi, tapi aku malas nak keluar sebab nak kemas rumah. Janji kenalah dikotakan, walaupun dengan anak sendiri. Jadi hari ni mak kotakan janji yer anakku. Kami tiba awal di Sungai Wang Plaza Bukit Bintang, seawal pukul 11.30 pagi. Awal ker tu, boleh ler consider awal kan sebab banyak lagi parking yang kosong. Canggih sekarang parking kat Sungai Wang, siap ada lampu-lampu merah/hijau, tanda ada kereta ker tak ada. Sama macam kat parking Sunway Pyramid. Tapi tetap lah panas parking kat sini. Macam duk dalam oven ...



Lama sungguh tak sampai ke sini. Kalau sebab Kak Long tak ajak, memang tak sampai pun. Malas nak tempoh jem dan orang yang sesak kat sini. Tapi kalau keluar awal pagi tak per lagi. Masa anak dara dulu, ini salah satu tempat favourite aku, datang sensorang pun dah biasa sangat. Berani semacam jer dulu aku ... hish. Anak pompuan aku tu memang Shopaholic. Pantang ada duit dalam tangan, memang menggatal jer lah nak carik baju. Aku tak berani laa nak lepaskan anak dara aku tu shopping sensorang kat tempat yang tak biasa datang macam ni. Takat kat OU dengan kawan-kawan tu tak per lagi. Aku masuk semua kedai yang ada kat situ ... hambik kau, nak sangat kan. Sampai lastly aku lak yang lenguh melayan... mana lagi penat duk dengar pot pet pot pet mulut Hilman buat ulasan selari yang tak berhenti-henti mengadu lapar. Siap dia keluar statement "Mak! kalau Hilman tak makan 5 minit lagi Hilman boleh pengsan kat sini" ... hehehehe melampau sungguh mamat ni. Dia memang ler kuat makan. Baru keluar rumah tak sampai 5 minit dah merengek lapar dan dahaga. Sebelum pergi makan sempat lah Kak Long rembat Jeans dengan tudung.







Kami singgah makan di Nasi Ayam Bukit Bintang. Lokasi kat hujung BB Plaza. Memang dah lama berhajat nak bawak anak-anak kesini, sebelumnya selalu dengar kawan-kawan opis kata Nasi Ayam kat sini best. Sebab kita orang ni asyik jer lah makan kat Chicken Rice Shop, tukar tukar lah selera sikit. Boleh tahan lah sedapnyer, yang bestnyer ayam sepinggan untuk sorang. Tak yah share-share. Puas makan, sampai Aran tak abis makan ayam sepinggan tu. Nanti nak datang lagi lah sini. Sapa nak ikut angkat tangan ... hehehehe




ABC tu pencuci mulut kita orang. Tapi belinyer satu jer, share ramai-ramai ... hehehe, bukan apa takut tak abis kalau order banyak. Memang pun, lastly mak dia jugak kasik abis, sebab anak-anak ni tak suka makan seradak ABC yang ada kacang merah, cincau dan segala jelly pelbagai warna. Dia orang makan air batu dengan ais krim tu jer. Tapi syiok ooo makan share share ni, rasa rapat jer ikatan kasih sayang. Tolong suap menyuap lagi antara satu sama lain, sebab sudu tak cukup ... hehehehe


Lepas makan Aran sempat ajak singgah kedai AL-Ikhsan. Dia nak carik bola. Ikut suka lah sayang mak ... Tapi jalan-jalan kami tak setakat ni jer. Kak Long tak puas ati, dia nak gak pergi One Utama. Mak ikutkan jugak lah. Sekali jalan, kasik puas ati. Lagi pun mak ni memang suka jalan-jalan nih ;D cuma kederat tak cukup kuat macam dulu jer. Tapi kita kena carik masjid untuk solat zuhur dulu. Tak lalu ler mak nak solat kat Bukit Bintang yang sempit nih.


Masa nak balik dari BB jumpa ler tanglung tanglung cantik kat depan Cycle & Carriage. Sempat lagi tu hambik gambor. Kami singgah Masjid Bukit Aman jer, on the way to One Utama Damansara. Suka masjid ni sebab tempat nak ambik wudhuk dan tempat solat tak jauh sangat. Lagi tak sesak dan tempat parking dekat jer dengan masjid. Tak yah menapak jauh-jauh.

Lastly sampai gak OU ... aku kalau ke sini mesti parking kat One World Hotel. Sebab aku malas nak buang masa melilau pusing-pusing carik parking. Kalau kat One World parking berlambak, cuma kena masuk lobi hotel dulu sebelum nak ke OU. Tapi tak ler jauh sangat, sebab dia dekat dengan OU Old Wing nak ke New Wing jer. Bayar parking pun standard jer, kalau hari minggu atau public holiday, tetaplah sehinggit jer. Budak lelaki dah malas nak keluar masuk kedai carik baju melayan nafsu serakah kakak dia dua orang ni, awal-awal lagi dah larik pergi CC dekat GSC ... okay lah satu jam pakai internet RM4 hengget jer. Aku memula tu layankan lah jugak budak pompuan ni masuk Forever 21, Cotton-On ... bla bla bla. Lastly aku pun surrender ... terus join carik budak lelaki kat CC. Dengan aku-aku sekali main internet ... hehehehe.


Kak Long sempat beli hadiah Doodolls di Memory Lane dengan baju kat Dorothy Perkins. Iqa lak beli topi di FOS. Aran dengan Hilman share beli 'Pen Karen' nak kenakan orang kat kedai trick depan FOS. Kami akhiri ronda-ronda hari ini di Kebab King ... dah lapo balik anak-anak aku nih. Duk Kebab King beli kebab nyer 2 jer, lepas tu pergi beli ayam goreng kedai sebelah ... pun makan kat Kebab King buat muka tak bersalah dengan selamba jer kita orang nih. Hehehehe. Lantak lah, bukan tak beli apa-apa kan ada gak beli kebab dengan mineral water. Sampai rumah pukul 7 pm dengan senang ati sebab anak-anak dah dapat barang yang dihajati, perut pun dah kenyang. Sekian, terima kasih ... Eh! laporan apakah ini ???

p/s: Zia ... Tolong!!! anak anak pompuan aku dah ikut jejak langkah kau. Hukhukhuk. Masa acik serupa umur dia orang, acik tak kenal pun Forever 21, Dorothy Perkins, Top Shop, Zara, Roxy ... ikut perangai sapa lah ni. Acik shopping kat Petaling Street jer dulu ...

13 comments:

IXORAROXI said...

wahhhhhhhhhhhh syiookkkk tu...

Mrs Taz said...

acik ,
zaman dah berubah acik .. tak leh ikut zaman dulu lagik .. hahaha zia dulu bukan je petaling street , tak pernah beli baju sendiri pun sume mak belikan .. apa dia beli zia pakai .. dah kawen ngan yan je baru pandai hehe

apapun comel la korang ;)

Mrs Taz said...

eh lupa , lenkali calling2 la kalo nak shopping ehehe

Dr. Rodzila Rodi said...

pergghhhh
sy yang dah keje pun segan2 masuk DP, ROXY..etc..
hehehe..
memang tak pandai bergaya kot..

like mother like daughter ..hehehe..but i loikeeee...
dah dekat la tempat pengembaraan kita tu kak! tp..saya bersama anak cik tum ..ngeeeee

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

wahhh.. kak.

shopping dan jalan sakan.
opsss lupa..makan sakan jugak ..
hehe..



walawei kak..remaja lagi dah ber DP. Rezeki anak2 kan kak?

kasihibu said...

bestkan dapat jenjalan dengan anak anak ;p
nota: dtg tengok serangga yg encem tu

My Life My World said...

IXORAROXI - Syiok sesangat :)

My Life My World said...

Mrs Taz - Betul lah Zia, dulu-dulu macam tak penah dengar jer benda-benda branded nih. Tak macam sekarang, budak sekolah pun nak pakai branded. Acik bagi syarat, nak branded boleh, tapi pakai lah duit sendiri. Sanggup berlapar tu sebab nak beli baju

Zia, anak anak boleh lah dikatakan comel. Mak nyer dah comot ... hehehe

Eh! nak ker shopping dengan kita orang nih? Kita orang kalau shopping kecoh semacam, macam 'Kxxxxx' karam ... hehehe

My Life My World said...

Dr Rodzila ROdi - Zila ... meh sini. Nanti akak suruh anak anak pompuan akan ajar kau masuk butik butik tu semua ... hehehe

Mak dia tak adalah nak beri barang branded branded nih. Baju gi kerja pun jarang bertukar. Hukhukhuk ... carik duit sekarang ni hanya fikir untuk bahagiakan anak-anak jer :)

My Life My World said...

azrina03.07 - Itu lah Reen, tapi ber'Dorothy Perkins' pun tak adalah harga hundred above. Takat 'RM75 for two' jer. Nasib baiklah saiz anak dara 2 orang ni sama, boleh gak tukar-tukar baju sesama sendiri. Rezeki dia orang Reen. Alhamdullilah.

My Life My World said...

sayangsayang ibu - Salam Kenal. Terima Kasih pada serangga yang hensem dan Reen kerana menemukan kita.

Makan, Jalan dan Tidur ... ni ler antara benda best yang nak dibuat bila cutikan :)

Fadzli Amir said...

lama tak lepak bukit bintang...lot 10...teringat zaman mude2 dulu....hehehe....

My Life My World said...

Fadzli Amir - Sekarang pun muda lagi kan. Boleh jer nak melepak kat situ, sekarang ni lagi happening dik :)