Tuesday, February 1, 2011

SELAMAT HARI WILAYAH 2011


Hari ini aku cuti sempena Hari Wilayah Persekutuan. Memang terasa sangat bercuti setelah berhempas pulas kerja. Hari Sabtu dan Ahad pun kerja sampai ke malam nak siapkan assignment. Jadi bila ada cuti rasa sangat sangat lah dihargai cuti ini. Nak bercerita pasal Kuala Lumpur ... yang memang dah sebati dengan aku.

Mak aku orang Kelantan, Abah aku orang Selangor ... tapi aku membesar di Kuala Lumpur. Seawal tahun 1975, aku masuk Tadika Kanak-Kanak Nirmala di Batu 3 Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Di tahun ni ler aku macam start ingat segala-gala, sebab dah pandai membaca dan tahu tahun. Lepas tu aku ke S.R.K. (1) Batu 4, Jalan Ipoh Kuala Lumpur, sampai Darjah 6 ... kehidupan masa kecik aku memang banyak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Tempat ni macam dah jadi Kampung untuk aku. Pekan dan Pasar Batu 5 Jalan Ipoh tu tok sah ceritalah, memang tempat mainan aku ... selalu jer mak suruh ulang alik pergi kedai beli barang.


Masa kecik ini lah satu-satunyer Shopping Centre yang ada kat Kuala Lumpur.
Abah selalu bawak kami sekeluarga di sini.
Best giler masa tu, sebab kat atas ni ada amusement park yang tak ada kat tempat lain.


Abah aku kan askar dan kerja kat Batu Kentomen masa tu. Lagi pun sedara mara abah ramai jer yang duduk kat muka pintu nak masuk Batu Kentomen tu. Ada satu perkampungan melayu di situ. Sekarang ni masih ada lagi, tapi tak sebanyak dulu. Dah banyak tanah dijual dan dibuat kedai kedai besar. Nilai tanah disini sangat sangat mahal. Abah ada lagi sekeping tanah disini yang belum dibuat apa-apa pun.

Masa Form 1 hingga Form 3 jer aku terpisah dari Kuala Lumpur, sebab ikut abah posting ke Kota Kinabalu. Tapi balik semula masa Tingkatan 4 dan 5. Masa ni dah duduk Kuang, tapi bersekolah di Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Bayangkan aku berulang-alik dari Kuang ke Kuala Lumpur setiap hari, naik bas dengan orang dewasa yang nak pi kerja, belum kira berebut dengan Mak Cik yang jual Lemang kat Chow Kit lagi tu. Naik bas seawal pukul 5.30 pagi ... sampai Kuala Lumpur pukul 6.30 pagi. KL masa tu gelap pekat lagi, lampu jalan pun tak padam. Tapi suasana masa tu sangat tenang dan indah. Masa tu aku turun kat Wilayah Shopping Kompleks ... menapak jalan kaki ke Jalan Ampang. Nak ke sekolah aku naik melalui Bangunan AIA ... sebab masa tu pintu masuk sekolah dari Jalan Ampang yang serupa tangga Batu Caves pun tak bukak lagi. Balik pulak ... menapak lagi dari Bukit Nanas ke Pudu Raya. Hari hari masa tu aku lalu kat Menara Maybank yang masih dalam pembinaan. Tak siap pun lagi waktu tu. Entah mana datang keberanian aku masa tu aku pun tak tahu. Sorang-sorang jalan pagi pagi buta dan petang-petang setiap hari di tengah tengah Kuala Lumpur tu. Agaknyer masa tu tak ramai orang jahat dan orang giler kot.


Rasa selamat jer dulu dulu ... itu lah bezanyer Kuala Lumpur dulu dan sekarang. Kuala Lumpur yang memang nostalgik untuk aku. Aku membesar seiring dengan kemajuan di Kuala Lumpur. Sehingga sekarang aku masih mencari rezeki di Kuala Lumpur. Iya ... aku sangat berbangga. Berbangga sebab berpeluang melihat semua kemajuan ini.

p/s : belum masuk kisah kerja dan bercinta masa di Kuala Lumpur lagi tu, mahu sampai esok pun tak abis cerita ... hehehehe

14 comments:

Fadzli Amir said...

Huii bestnye kalu ingat dan dengar org cerita pasal dulu2 ni...walaupun tak tinggal di kuala lumpur, banyak gak habiskan masa kat KL.....apa2 pun selamat bercuti dan menikmatinya dgn hati yg gembira..!!!!

Noorul Wawan said...

Selamat Bercuti!! Noorul pun cuti jugak hari ni.. Walauponnn keje kat PJ hahaha

-Amri- said...

Saya pun cuti jugak aunty..
hahaha
Maklum la sama tempat..
huhu

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kak,

ampang park tu dekat sangat dengan rumah saya dulu. Kitorang pergi jalan kaki.. Jauh jugak sebenarnya dari Ampang Boys School tu.

Teringat semua tu..Bestnya ! Paling suka main lompat-lompat dalam belon besar tu ! Akak main tak ?

IXORAROXI said...

agreed!KL memang Best!saya pernah bekerja di JB for 2 years, kg halaman sendiri tu, tapi tak boleh lahh..tak ada jiwa, sudahnya patah balik ke KL:D

Panglima Muda said...

melihat kepada jalan ipoh mengingatkan saya tentang bas mini

taz said...

Lirik Lagu Sesat di Kuala Lumpur - Kembara

Sesat di Kuala Lumpur
Dosa dan pahala bercampur
Tapi kita perlu hidup
Kita perlu terus hidup

Terima kasih tuan dan nyonya
Doa sejahtera kami pohonkan
Pada Tuhan Maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa

Mungkin kita kan temui kebahagiaan
Di Kuala Lumpur
Dan mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi kaya dalam lumpur
Mungkin kita akan terpedaya

Mungkin ada jalan di Kuala Lumpur
Jalan bahagia
Mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
Dan Mungkin kita kan terpedaya
Mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
Mungkin kita lupa pada asalnya

lagu dari penyanyi febret achik...

My Life My World said...

Fadzli Amir - Akak masih ingat kisah FA pergi Menara Maybank carik tanah untuk samak tangan ... hehehe. Kenangan terindah di KL jugak kan tu ;D

My Life My World said...

Noorul Wawan - Selamat Bercuti jugak untuk Noorul ... dah abih cuti pun kan ... hehehehe

My Life My World said...

Amri - Kita sama-sama cuti Amri ;D Next time leh tumpang aunty okay

My Life My World said...

azrina03.07 - Reen orang Ampang yer. Betul tu ... akak kalau pi Ampang Park naik atas tu mesti lompat-lompat dalam belon beso tu. Hehehe ... agaknyer kita penah lompat sama-sama tak. Tergolek sama-sama ... hahahaha

My Life My World said...

IXORAROXI - Yes! Betul KL memang best ... macam macam ada :D

My Life My World said...

Panglima Muda - Salam Kenal. Jalan Ipoh bukan hanya ada Bas Mini ... Bas Selangor, Bas Len Seng, Bas Sekolah pun ada ... hikhikhik

My Life My World said...

taz - Terharunyerrrrr ... ingat kat lagu feberet dan penyanyi feberet acik ... hukhukhuk. Terima kasih.