Sunday, October 11, 2009

ARAN DAN LUKISANNYA


Di bawah dan di atas ini adalah lukisan Aran yang di lukis menerusi "Paint" yang ada kat Komputer. Dia selalu nya kalau guna Komputer kalau tidak untuk main games atau main Habbo Hotel mesti lah nak melukis. Dan everytime lepas lukis, mesti panggil aku suruh komen. Bagi aku untuk budak berumur 7 tahun cantik lah, lagi pun dia kan anak aku, mesti ler aku kata cantik selain untuk memotivasikan dia. Nanti kang kalau aku kata tak cantik, terus tumpul semangat dia untuk melukis lagi. Bagi korang mungkin biasa biasa jer.




Dia siap kata "Mak, nanti mak masukkan lukisan Aran dalam Blog mak yer" ... Ialah sayang, ni mak dah masukkan pun. Zia, ini ler salah satu lukisan Aran, hobi dia pun sama macam Faisal gak. Banyak dah dia lukis, tapi yang ni jer yang sempat 'save'.



Yang ni pulak lagi satu hobi dia, kalau aku masak walaupun hanya menggoreng telur pun, mesti dia nak tengok aku masak. Dan selepas itu tak sabar sabar nak makan ;P

6 comments:

Mrs Taz said...

acik,

upload le banyak2 gambar lukisan dia .. cantik bangat =D seronok tengok diorang melukis kan? w/pun guna komputer .. idea diorang tu yg buat kita cam teruja =D

My Life My World said...

Ialah, masa kita tak ler macam dia orang ni. Pegang komputer pun tak reti. Tak ada komputer pun zaman zaman kita tu. Tu yang buat budak budak sekarang ni terlalu advance. Aran, dia tak suka sangat lagu melayu, dia suka lagu omputeh. Siap hafal lak tu. Terkejut gak kalau tetiba dia nyanyi. Zaman kita, nak menyebut perkataan omputeh pun tak reti :)

azieazah said...

ACIK... CHAK tu suka gak ler melukis.. tp anak pompuan dgn anak lelaki memang beza lukisan depa..

My Life My World said...

Kak AA - memang budak lelaki dengan budak pompuan berbeza sangat. Anak lelaki sesama anak lelaki pun berbeza gak. Hilman langsung tak ada bakat, dah la tulisan dia tak cantik langsung, lawa lagi tulisan Aran. Tapi kelebihan Hilman kat 'Gadjet' memang tiada tandingan lah kat rumah tu. Semua dia tahu, tanya je dia. Aran lebih berseni, Hilman pulak lebih teknikal.

IXORAROXI said...

kalau nak lagi nostalgia, print colour dan frame gambar tu.Hidayah pun suka sangat melukis dan mewarna..baru2 ni dia lukis poster untuk kempen anti dadah, bila tunjuk kat ibu, komen tak lawa, dia langsung tak nak submit.Nak lukis yang baru coz tahun lepas dia menang melukis poster tu..nak menang lagi lah tu..tulah namanya anak dan emak..sekian :D

My Life My World said...

Ixora - Hidayah budak rajin, sebolehnyer mesti dia nak menang dan tak kisah buat banyak kali pun. Ix, mana cerita dia dapat Anugerah tu, tak sabar nak baca. Cepat ler post :)