Monday, October 5, 2009

RAYA RAYA DI KUANG



Mak Tok buat Open House hari ni, sempena dah tamat Puasa Enam dia. So aku pun turut masak sama. Tak ler masak banyak pun. Cuma takut saudara mara yang datang rumah Mak Tok, selalunyer akan datang juga ke rumah aku. Aku jemput juga orang Klang dan Gombak beraya sekali ke rumah. So, tak kan ler aku nak hidang semekut raya dengan air jer kan. Kalau tahun lalu aku contribute masak hantar ker rumah mak tok, but this year aku masak tapi hidang kat rumah sendiri lak. Tapi contribute ler jugak kek cekelat ke rumah Mak Tok.




Seawal 8.45 pagi aku dah terconggok kat Pasar Tesco, sebab semalam cari barang kat Giant banyak yang dah habis. Hari ni Iqa sorang jer sudi teman aku, terima kasih Iqa. Ini adalah sebab yang lain sibuk nak memenuhi tuntutan temu janji dengan Internet dan PS2. Anak-anak aku boleh main benda ni waktu 'weekend' jer, tu yang sayang nak tinggal tu. Sampai rumah jer, kerah semua anak-anak aku kemas rumah, lepas tu tolong aku kat dapur.




Bestie Hilman yang memula sampai, pukul 10.30 pagi macam tu. Nasib dah abis masak. Redzwan datang dengan mak dia yang jelita dan cun. First time jumpa, aku boleh layan borak dengan mak dia sampai pukul 1.00 macam tu. Ponet, Uncle (anak-anak panggil pak cik dia) dan Ain sampai dalam pukul 1.30 macam tu dari Gombak Setia, dia lepak dulu. Sebab nak tungguk Mak Klang, Hussein, Sharifah, Joyah , Mak Ijah, Hariz, Hazman, Huda dan Hana datang dulu baru nak makan. Group ni dari Klang ke rumah orang kawin dulu kat Setapak baru datang Kuang.







Dalam pada tu ramai jugak ler sedara yang datang. Si kembar tak seiras Ina dan Muni serta hubby masing masing dan anak-anak dia orang. Kak Zarah dan jiran, Mak Pah serta anak-anaknya Liza dan Noni serta husband dan anak-anak dia orang. Kawan-kawan Mak Su. Along dan kawan-kawan. Zila, hubby dan anak-anak. Abang Long, Kak Long, Iman, Inas, Iessa, Iris. Abang Ngah, Kak Ngah, Aiman, Farisha dan Fendi. Ayang Sepiah, En. Zulhan dan anak-anak En. Zulhan yang handsome dan cantik. Sumi, suami, anak-anak dan kaum kerabat. Aku sampai kena 'Top-Up' masak sekali lagi. Sedap hidangkan masa panas-panas. Lagi pun dia orang bukan makan sangat pun, sebab dah kenyang makan kat rumah Mak Tok. Ngeh ngeh ngeh...




Bebudak ler seronok, jumpa dengan sepupu sepupu Kuang dan sepupu sepupu Klang. Aran suker ler sebab Uncle rajin melayan. Tak sabar-sabar masa pagi nak tunggu Uncle datang. Aku pun seronok jugak, sebab ramai puji kata aku masak sedap sampai mintak resepi lagi. Hahahaha ... maaf ler aku perasan lagi, apa kan daya dia orang yang kata, aku tak cakap. Rasa terharu jugak ada, sebab sudi dia orang semua datang ke rumah aku yang tak seindah mana ni. Sampai Hariz dengan Hazman tak nak balik sebab leka main. Dia orang kata nanti cuti sekolah nak tido Kuang.








Aku memang tak buat Open House, tapi kalau sesiapa yang sudi datang tu, Kecik tapak tangan Nyiru aku tadahkan. Aku suka sangat. Tak buat Open House sebab aku tak leh concentrate nak melayan semua orang serentak. Kalau datang in group yang dah kenal antara satu sama lain senang sikit. Korang pun leh layan sesama sendiri kalau aku tak sempat nak layan korang. Tak ler blur sorang-sorang tengok orang yang tak korang kenal. Aku tak kisah ada orang nak datang tiap-tiap minggu beraya ke rumah pun tak per. Aku rela. Aku suker. Setiap tetamu yang datang tu kan rezeki, melimpah-limpah hendak nyer rezeki aku. Amin.

5 comments:

azieazah said...

Nanti diaaa... giliran kitaorang lak nak serang umah diaaa....heheheh.. InsyaAllah.. sampai nanti.

Kitaorang pandai selerakkan dapur umah orang tauuuu....

IXORAROXI said...

uishhh meriah

My Life My World said...

Kak AA - Pandai selerakkan dapur umah orang? Nak tolong masak ek, pucuk di cita ulam mendatang. Sama-sama lah kita nantikan Kak AA selerakkan dapur saya. Hehehehe

Ixoraroxi - Tak der ler meriah sangat. Itu pun ada yang belum datang lagi. Kalau jemput semua mau tiga hari tiga malam tak abis- abis masak ;)

Mrs Taz said...

tak ajak kita pung ......

My Life My World said...

Zia - yang ni untuk sedara mara jer. Kita memang kan dah ajak awak. Tapi awak nak suruh set dengan Along dan Angah dan Imah dan Baa. Dia orang tu pulak punyer lah sibuk. Acik dah call dia orang ajak datang umah, tapi dia orang kata nanti ler dulu - semua tak dapat tetapkan masa :( Apa kata Zia tolong setkan dengan dia orang. Acik buat khas untuk Geng ITMT kita, baru ler best. So bila nak datang ;)