Friday, October 2, 2009

SARAPAN LAUK ORANG KAWIN




Kan semalam baru lepas Jamuan Hari Raya. Kan semalam banyak 'tapau' lauk pauk dan kuih. Kan semalam gigih menghangkut segala makanan ke rumah ku syurga ku. Kan semalam penat sangat sampai leguh kaki lutut (tahu aku dah tua tak yah ingatkan) serta kebuntuan otak dan fikiran ... dan kepenatan itu telah membawa ke hari ini.



Alhamdullilah tak yah buat 'breakfast'. Just panas-panaskan nasi dan lauk jer. Aran seperti biasa, turun dari katil jer akan menuju ke dapur dan selamba bertanya "Mak masak apa? Sedap aaa bau". Dia tak tahu mak dia punyerlah malas giler subuh subuh sepiee ni. Dan sebagai ibu yang prihatin dan tak nak menipu anak yang disayangi (chewah), aku pun menjawab manja (ada ker jawab manja?) "Semalam kan kat opis mak ada makan-makan, mak panaskan lauk semalam, kita sarapan lauk orang kawin ek". Aran dengan tak sabar nyer memanjat meja nak tengok makanan seraya berkata "Hmmm... sedapnyer, tak sabar Aran nak makan" dan di waktu dia menyebut itu, aku pun berperasaan bangga dan terharu. Perasan terlebih, macam ler aku yang masak lauk lauk itu, walhal aku tukang perangat jer. Terharu lak bukan nyer apa, sebab anak-anak aku tak kisah makan lauk semalam dan bekas sisa sentuhan orang. Hua hua hua (ini bunyi nangis yer, kalau terharu sila lah nangis bersama-sama) ... MAK SAYANG SEMUA ANAK ANAK MAK, yang tak demanding dan cerewat. Amin.





Lihat lah mereka makan dengan berseleranya. Alhamdullilah, Syukur pada Allah yang tak putus-putus memberikan rezeki pada kami sekeluarga. Aran berkata lagi, "Nanti kalau ada lebih, mak simpan yer nasi dgn lauk ni, nanti balik sekolah Aran nak makan lagi" ... dan aku pun terkedu sebab ....



v


v


v


v


v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v


v




v


v

v

v
v
v
v
v
v
v


Mak ingat

mak nak makan kasi habis jer semua nasi dan lauk

senang sikit nak basuh - cit alasan tak leh blah sungguh

(tapi tak terluahkan, hanya di dalam hati)

Namun aku tetap simpan untuk Aran jugak ;)

5 comments:

Mrs Taz said...

selagik boleh makan makanan tu cik jangan dibuang .. e eh Aran cam Faris suka nasik orang kawen .. faris kalo ada undangan orang kawen mmg dia tak mo lepaskan =P

My Life My World said...

Sama lah dengan anak-anak Acik, cukup suka pergi rumah orang kawin sebab nak makan lauk orang kawin... lepas makan terus nak balik, ingat umah orang kawin tu restoran kut.

azieazah said...

alhamdulillah.. sama jer dgn akak ko ni... kalu ada majlis keluarga, bila disoh bungkus, memang suker benor,.. sbb anak2 sebiji rumah leh tumpang rasa..

Mana ada ibu yg tidak sanggup berkorban utk anak dia?

azieazah said...

Ehh.. sianyer dia penat..

nanti 11hb kitaorang nak datang, masak lebihkurang dah ler yerrr... Cekodok pun okeh, takda hal...

My Life My World said...

Kuih raya dengan air sirap pun okay gak kan Kak AA. Muahahahaha ....