Monday, December 28, 2009

AKU JAWAB TAG YANG KAU BERIKAN

Macam tajuk lagu daa...Atau 'Tag Mu Tag Ku Jua' ...hehehe. Nasib baik bukan 'Smartag'. Aku tak pernah jawab 'Tag', ni lah Tag pertama aku setelah diberikan oleh Kak AA dan Anakanda Anis.... Lagi pun aku tak sempat nak update post. Jawab Tag ni senang sikit, itu pun kena belajar dari Kak Long macammana nak jawab.


Adakah anda rasa anda hot!?
-Hot sangat sangat ... masa anak anak tercinta menghuru harakan rumah, dan tak dengar kata.

Upload gambar kegemaran anda.


Cerita pasal gambar?
- Ini lah buah hati, jantung, limpa, paru-paru, darah, daging dan hidupku. Kerana mereka ini lah aku terus hidup dan bernafas. Aku sayangggggggggggggg anak anak ku sangat sangat.

Bila kali terakhir anda makan pizza?
-Masa gambar kat atas ni di ambil. 01 November 2009, Ahad... nak masa ker...hehehe

Lagu terakhir yang anda dengar?
- Mawarku ... Siti dengan 2 By 2 ....Retro beb! Hahahaha

Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag?
Assingment yang baru dapat pagi tadi dan kena selesaikan minggu ini jugak. Baru ingat nak relax menuju ke tahun baru ni, tapi tak jugak dapat. Huwa huwa huwa ... tapi sempat lagi jawab tag ni

Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
Jaf, Ros, Fairos, Kak Cik, Acik, Mak, Mak Lang, Auntie Fairos, Puan Fairos ...

Tag lagi 6 orang
- Aku tak tahu nak tag sapa, sebab bukan ramai pun yang baca Blog aku, dan yang aku tahu pun dia orang dah buat tag ni. Tibai jer lah yer ... sapa rasa nak buat tu buat lah, kalau tak nak pun tak per ;)

amri
Zia
Ixoraroxi
Hanis Zalikha.....Wehahahahha
Ayang Safiah
Iqa


Siapakah orang no. 1 pada anda!?
kawan anak aku, seorang budak lelaki yang amat baik sangat, rasa nak buat anak. Hahahaha ...

Kata sesuatu mengenai orang no. 5
seorang yang amat matang tak padan dengan usia, dan seorang sahabat ketawa dan menangis aku

No. 3 ada hubungan dengan siapa?
Hubungan dengan KGMMS - selalu bersapa melalui laman sesawang sahaja. Aku baca blog dia, dia baca blog aku. Kekadang jumpa kat Tanling.

Bagaimana pula orang no.4?
Famous Blogger yang Blog nyer selalu aku baca, sebab suka cerita ceriti dia, dan tengok dia yang cantik sangat dan bijak juga... aku memang dah tak tahu nak bagi sapa, for sure Hanis Zalikha tak akan jawab tag dari aku. Hahahahahaha

Pesanan kepada orang no. 6!?
Iqa ... jawab ler Tag mak ni, lagi pun Iqa dah lama tak update Blog kan. Please!!!!!!!!!!!!

Apa kelebihan yang anda nampak pada orang no.2 ini!?
Cantik, lemah lembut dan sangat sangat rendah diri dan tidak lupa bumi yang dipijak walaupun saya tahu hidup dia macam mana.


p/s : Hari ni aku 41 tahun. Kalau terbalikkan baru 14 tahun. Tapi tak nak lah jadi 14 tahun. Jadi 41 tahun best.... sebab banyak benda yang aku dah lalu, dan ianya amat amat berharga dan tak ternilai. Alhamdullilah, syukur pada MU kerana aku masih sihat dan waras. Semoga aku dan anak anak sentiasa di dalam Rahmat dan Kasih Sayang NYA. Amin

22 comments:

CikMinahSayang said...

HAPPY BIRTHDAY AUNTY .

My Life My World said...

Thank you Iman :)

-Amri- said...
This comment has been removed by the author.
-Amri- said...

aiyooo
habes la sye
ade due org mak la cmtu
hehehe

SELAMAT HARI LAHIR YG KE-41 AUNTY

OPSSS SILA KE-14

HEHEHE

My Life My World said...

Amri - Tak sudi ker ??? Hahahahaha
Terima kasih atas wish :)

azieazah said...

Blog ACIK takda tajuk kali ini.. nak cepat ler tu..

MAAF sbb terlambat nak ucapkan selamat. Sibuk lak seharian ni.
Selamat Ulangtahun Kelahiran, moga terus sejahtera ceria dan kuat menempuh kehidupan..

dengan anak-anak tersayang yang semakin hari semakin menjadi rapat.. lebih dari jiwa dan raga, lebih dari nyawa dn badan..

Hmmm.. dengar pagi tadi, si Abah belikan hadiah kamera yerrrrr....

-Amri- said...

sudi
sudi sgt2
hehehe;P

azieazah said...

ACIK...
Khamis ni jom turun TANGLING.. lunch. Encik HASHIM nak open table dengan geng lama bawah pokok..

Jom aaarrr... lama tak lepak bawah pokok..

Anis Rusham said...

happy birthday auntie...
semoga panjang umur dan murah rezeki..
auntie,
amri tu jadikan menantu terus...
kan senaaang..haha

My Life My World said...

azieazah - iyerlah Kak AA, lupa nak letak. Akan diperbetulkan, serupa jugak dengan hidup, perlu juga ada koreksi. Terima kasih wish yer, dah semakin hampir pada kematian kak hidup saya ni.

Pagi tadi!!! Fuyoo!, akak lebih laju dari saya, saya malam ni baru dapat. On behalf anak anak juga.

Tangling Khamis... saya kerja kak tak boleh nak tinggal,kirim salam semua yer. Makan banyak banyak tau ;)

My Life My World said...

Amri - terima kasih atas kesudian anda ... Sila ke rumah Auntie Wehehehehe

My Life My World said...

Anis - Amin untuk doa Anis. Amri jadi menantu ek ... hmmm kena tanya anak dara Auntie pulak, sudi ker? Hahahaha... Amri dah ada girlfriend kot.

IXORAROXI said...

Happy belated birthday my dearest friend FAIROS...semoga sentiasa bahagia, sejahtera dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa..amin
adoiiii kena jawab ke tu?:D

My Life My World said...

Ixoraroxi - Amin atas doa. Terima kasih yer Ix. Tag tu, tak nak jawab pun tak per, tapi kalau dapata jawab lagi best :)

atuk santai ( AMIN) said...

goddag
n
wahhh :D

azieazah said...

ACIK.... Kak AA tanya tokey penaja tu sebaik saja dia landing kaki di airport. Punya ler suker tu, sbb nak pi beli hadiah.. So sudah bocor ler itu rahsia surprise.. hehehe jangan marah aaarrr...

Hmmm Open Tangling tu Kak AA mcm biasa jadi Tukang Keloi jer.. Pegi belum tentu lagi...heheh...

HaziqahHashim (: said...
This comment has been removed by the author.
-Amri- said...

menantu tu berat sangat tu zaty
btol tak aunty???
hehehe

iugjug said...
This comment has been removed by the author.
My Life My World said...

Amri - we'll see. Tapi Amri berat tak? Muahahaha

Ralat, sebelum ni terkomen atas nama Kak Long, tak ada kena mengena pun dengan dia. Maaf ............

-Amri- said...

berat la jgak
dakt 60-70 kg cmtu
hehehe

ayang said...

hehehe... ayg tersenarai dlm tag akak eeh. org ke 5 eeh..
Cam na nak jwp tag tu eek.. wahai sifu ku...