Wednesday, December 23, 2009

BERAS TERBAKAR DAN MAKAM MAHSURI

RABU, 09 DISEMBER 2009




Lepas 'Mangrove Tour' sempat ler singgah kat kawasan bersejarah 'Beras Terbakar'. Bukan nak tengok beras terbakar sangat pun, 'mission' utama disini adalah untuk mengisi perut dan membeli kain batik. Kak Yan kata kat sini murah. Memang murah pun, tapi tak adalah banyak sangat pun beli. Beli untuk diri sendiri, anak anak pompuan serta Mak Klang dan Cik Yah Klang jer. Tempat ni sekali pandang dah macam Rantau Panjang kat Kelantan, jual barang pun lebih kurang sama jer.



Anak sedara aku, Farisha di board penerangan tentang 'Beras Terbakar'. Anak anak sibuk ler bertanya aku, apa benda 'Beras Terbakar' ni? Aku pun tak reti nak explain. Aku suruh jer dia orang baca kat papan kenyataan tu - so faham ler mereka dan juga aku (aku sebenarnyer tak tahu jugak...hehehehe). Yang kelakar nyer, kawasan yang dipagari konon nyer ada beras terbakar tu, tak ada langsung pun berasnyer. Yang ada hanya lah se pinggan yang diletakkan dalam bekas kaca bawah papan kenyataan.


Perjalanan seterusnya, selepas melihat SEPINGGAN 'Beras Terbakar' adalah Makam Mahsuri. Sibuk ler dia orang tanya 'Cantik sangat ker Mahsuri tu?' ... Aku jawab, "Cantik lah masa zaman nyer dahulu, kalau tidak tak kan orang cemburu". Nak masuk sini kena bayo, masa aku datang 10 tahun dulu, free jer. Cuaca amat amat lah panas nyer, pantang berhenti mana-mana kita orang mesti cari air.



Kat sini pun dah malas nak explain, korang baca jer lah apa-apa kenyataan yang ada kat situ. Kita orang bernasib baik, masa masuk kat Muzium Mahsuri tu, kebetulan ada macam pawagam kecil yang menayangkan cerita Mahsuri, bebudak apa lagi, semua berkerumun depan Kaca TB yang beso tu. So faham ler mereka cerita pasal Mahsuri ni. Aran dan Hilman bergambar depan Makam Mahsuri. Ala cian Aran .. dah penat yer.





Dah ada banyak bangunan kat dalam ni, bukan hanya ada Replika Rumah Mahsuri tapi ada Rumah Tok Penghulu, Zoo Mini dan entah apa apa muzium pun ada. Aku pun tak tahu apa kena mengena gambar kereta kuda ni dengan Mahsuri, tapi sebab dia cantik dan anak aku begitu teruja sekali nak naik dan mengabadikan gambar dia, maka terjadilah gambar ini.




This area masa nak masuk kat Kampung Mahsuri... okay lah. Comel jer kampung ni.
Tak macam model gambar ni, semua dah comot dan sememeh.





Yang ni masa nak masuk Mini Zoo, dah tak tahu nak ambik gambar macam mana lagi.
Ikut suka korang lah. Tapi cantik gak gambar ni.






KUANG - anak anak baru nak berkenalan dengan Burung Kuang, kat sini ler agaknya area kampung kita dapat nama kan anak-anak.



Perigi Mahsuri

Mak Tok basuh muka dengan air dari telaga mahsuri. Ambik berkat.. hehehehe... mana tahu boleh buat awet muda kan. Aku tukang timba air jer, syiok oooo sebab dah lama tak timba air perigi kan, dah lama jugak pun tak jumpa perigi. Pendek jer 'post' kali ni, sebab sebelum nyer dah melalut panjang sampai aku mabuk Laut Andaman (kan Kak AA ... hahahahahaha)

11 comments:

azieazah said...

Semua tempat di atas tu Kak AA dah pernah pegi gak ler dulu.. Sempat bergambar di atas rumah (replika) asal Mahsuri tu.. (masa tu lum ada blog, so pic tu banyak masuk Kgmms jerrr)

Beras terbakar tu konon kesan sumpahan. Dolu2 memang ada beras tu, warna hitam tapi tak hancur. Sekarang mesti lah dah makin pupus tu. Dulu depa jual dalam kotak mancis, tak ingat berapa harga... RM1 kot...

dalam tu memang ada bazar jual. Tshirt pun murah2. Kat luar lak jualan mcm pasar malam, ada juga yang amik peluang niaga piring bergambar. Depa snap dan terus buat kat piring dan stand.. RM10 cost, tapi Kak AA tak buat pun dulu.. Tak heran akuuu... :D:D

Wehhh... Gathering di FRIM 26hb nanti nak pi tak.. Kak AA nak pegi tauuu... jom aarrrrrr....

My Life My World said...

azieazah - akak saya nak cut and paste comment akak masuk blog saya boleh. Info padat tu ....

Rasa macam nak pergi, kebetulan kak long tuition kat Kepong, kalau pergi pun tak lama... tapi pukul berapa ek?

azieazah said...

Suka hati ko lah Nyahhhh.... hehehe

ops! silakan ACIK... tak seberapa pun tu..

Dulu, masa lagi rajin dari sekarang berjalan sana sini sinun, lum lak ada blog. Kalu tak, lagi best berceritaa...

Gathering nanti Kak AA ikut Kak Cik Seroja. Kitaorang will gerak kul 9 pagi. Sebb Mazidul kata dia ada sana jam 10 pagi.
Penganjur kata start kul 10 pagi sampai 2 ptg. Tapi kalu dah jumpa geng mesti leh lepak sampai petang tuhhh..
Datang tau.. Depa buat pot luck. ACIK leh bawak Kek Coklat Tersohor..hehehehe > memandai jer akuuuu...

My Life My World said...

azieazah - akak baru teringat hari sabtu ni kena kerja, huwa huwa huwa
tapi nanti saya adjust time ek, mana tahu lepas kerja ker, tapi takut akak lak tak ada sana, nanti saya tak ada geng lak.

azieazah said...

Kak Azie pun memang takdak geng, tapi aku selamber badak jer tuhhh...

memang dok agak, Sabtu ACIK biasanya kerja. Cuba ler. Apapun nanti, tepon la ek...

eelobor said...

salam.....tempat yang menarik untuk di lawati. pernah pegi suatu ketika dulu....20 tahun lepas. bincang dengan wife utk pergi, tetapi program asyik tertunda jer. tak tau bile bole pergi lagi.

My Life My World said...

eelobor - Salam jua untuk awak. Pergilah ... lebih bagus kalau berdua sahaja. Honeymoon kali kedua. Best banget.

Mrs Taz said...

Acik,

masa zia gi sana pn tak reti nak explain nasib ada neneknye bekas guru sejarah explain tuk diorang ahahaha ...

My Life My World said...

Zia - sama ler kita. Dah sejarah pun cukup cukup makan jer ... Acik ler. Mesti seronok kan kalau nenek dah start bercerita, dah lah nenek simpan banyak fakta. Acik baru tahu nenek anak anak Zia bekas guru sejarah. Wah! mesti best.

mizadgreat said...

chik oiii rindunya aku kat Langkawi....4 tahun aku dok sana tau....gambar dah upload kat mysecretlife...

My Life My World said...

Mizadgreat - Miza, jom kita pergi Langkawi ramai ramai nak, mesti seronok. Kau kan dah terror selok belok kat sana.