Memula tu macam dah malas jer nak penuhi permintaan anak-anak, tapi sebab dia dah jual nama nenek dia, tak sampai hati lah pulak. Lepas solat Maghrib kami keluar. Masuk Plus Sungai Buloh, keluar Tol Subang, masuk Subang Jaya, lalu kat Sunway Piramid. Banyak betul lampu lampu ... termasuk ler lampu lampu jalan dan lampu lampu kereta. Tak termasuk lampu isyarat jalan lagi tuh .....
Dari Sunway masuk Federal Highway, sampai bulatan kat Kampung Attap, masuk Jalan Kinabalu, lalu kat Stesyen Keretapi lama dan Masjid Negara, lalu depan Daya Bumi, lepak kejap kat Dataran Merdeka. Gambar yang blur ni di ambil oleh Aran. Teruja dia nak ambik gambar dari bumbung keta masa jem tu.
Satu lagi gambar yang blur, tak per lah Aran, asalkan nampak bumbung masjid negara yang biru tu pun jadi lah kan. Seronok jalan malam-malam. Banyak kerlipan lampu yang pelbagai warna.
Dah tutup dah jalan depan Dataran Merdeka ni. Sebab ada acara besar pagi Ahad nanti. Ala...yang menari nari Satu Malaysia tu. Sempat lepak jap jer kat sini, sebab semua tak nak keluar kereta. Masing-masing pakai 'terlebih' lawa ... tak sanggup nak keluar. Memang baju macam duk kat rumah jer, nasib baik tak ada kain sarung jer.
Menara Kuala Lumpur dari Chetty Street. Ini pun hasil kerja Aran... nasib baik tak blur. Tiap kali lalu Chetty Street ni teringat masa zaman sekolah sekolah dulu. Ini ler laluan aku hari hari nak ke Bukit Nanas. Sempat ler bawak dia orang ke sekolah lama di Bukit Nanas. Turun balik ke The Weld terus ke Bukit Bintang, lalu sebelah Pavillion.
Sajer jer tempah maut, lalu tempat jem giler di malam Sabtu. Happening tempat ni malam-malam. Ramai sungguh orang. Dengan pelbagai perangai dan ragam. Ada yang tengok live music tepi jalan tu. Ada yang duduk duduk jer, sambil minum minum. Kita orang ni cuma menambah kan peratusan orang yang jalan jalan tanpa haluan kat situ, semata mata nak tengok lampu. Macam kat rumah tak ada lampu kan. Gheeeeee....
Tapi memang cantik cantik lampu kat situ. Belum lagi nak Musim Christmas tu ... harus kita orang keluar sekali lagi. Sebab masa nak Christmas nanti, lagi banyak lampu-lampu cantik.
Masa lalu kat BB Plaza tu, kat depan Restoran Nasi Ayam yang famous tu kan, adalah kita orang terpandang satu lembaga bewarna emas yang berlagak jadi patung. Cantik ... dia tak bergerak-gerak, kecuali kalau ada orang hulur duit mesti dia gerak sikit, dan boleh ambik gambar dengan dia. Kita orang tak sempat lah pulak nak ambik gambor, sebab jurugambar tetap masa tu tengah tunggu lampu isyarat , dan yang lain tu pulak terpegun tengok orang emas tu. Sayang jer ....
6 comments:
Sian drebar... lagi setia.. gitulah jadi supir yg super.. hahahha..!
kat area BB Plaza tu meriah sejak petang lagi. Kadang2 Kak Azie balik keja lambat selalu gak round2 kat situ jalan kaki jer dari ofis. Orang pendek emas tu memang selalu ada, kadang2 dia jadi orang kilat warna HIJAU sampai semua muka..
ambik gambar boleh tapi kena bayar laa.. boh ler sengget tu dua hengget kerr.. biasanya tourist jer yg jakun..
Best ek tengok lampu... lampu kat reban ayam belakang umah tak tengok sekali ker.. hehehehe...!
azieazah - ialah kak, best tempat tu. Kita orang ingat nak pergi lalu kedai Rizalman, tapi tak jumpa jalan lah pulak. Jalan Imbi tu dah jadi lain.
Kita orang ni pun dah jadi jakun kak, kira kita orang ni kategori tourist lah ek....
Lampu kat reban ayam yer kak, but masalah nyer tak ada reban ayam kat belakang rumah. Ayam kat sini tidur atas pokok manggis jer ;)
Budak² ni ada talent jd professional photographer , kena beli DSLR ni ;P
mintak abah belikan ....
ops lupa lak ..nnt kita naik hop on hop off nye bas ramai² nak keliling KL ??
Wakakaka.. ayam tidur atas pokok manggis yerrr...
Rizalman Atelier tu bukan kat tepi jalan macam yg dulu (yg dulu dia sewa memang tepi jalan, berdepan Sakura Restoren tu jer). Yang baru ni memang tak nampak dari tepi jalan.. Kena masuk dalam Walter Grenier, pastu jalan tu jalan mati..
ACIK ingat lagi tak dulu pernah hantar Kak Azie balik ofis dari Tangling? awak berentikan keta betul2 depan Rizalman Atelier ler tuu.. (dulu restoren)
ehhh.. nanti 13hb Ahad awak pegi ek kenduri LemonGrass kat Ijok tuh? Kim salam kat dia ek..
pastu amik gambor banyak2... boh dlm blog
Kak Azie ada program Tautan Kasih di Dengkil pada tarikh yg sama... wuaaaa...!
Bestnya , ada bumbung tingkap !
haha
uihhhh rajinnya ronda malam2...IX ni selalu gak tengok lampu2 jalan malam2 melalui jalan2 yang awak lalu tu sebab balik keja malam..hehehe
Post a Comment