Monday, December 21, 2009

MANGROVE TOUR DI KILIM GEOFOREST PARK

KHAMIS, 10 DISEMBER 2009

Lepas bersarapan roti canai yang aku pergi beli dengan Kak Long kat Pekan Kuah, dan selepas anak-anak puas main air kat Swimming Pool Apartment, kami satu Van berangkat ker Tanjung Rhu yang memang ada banyak pokok Rhu kat situ. Aktiviti hari ini adalah 'Mangrove Tour'. Apa bendalah 'Mangrove Tour' ni .... tapi 'Tourist Guide' aka Abang Ngah dengan isterinya kata benda nih best so, aku pun ikut lah.



Masa ni dalam pukul 12.oo tengahari, kami baru sampai di Tanjung Rhu. Iqa ter'hyper' sampai melompat kesukaan, sementara yang lain blur tak tahu apa yang menanti dalam perjalanan 'Mangrove' tu nanti.




Waktu ni tengah tungguh Abang Ngah berurusan dengan orang yang jaga Bot.
Sempat lagi acara bergambar beramai-ramai.




'Package Price List Board' yang ada di Jeti Tanjung Rhu. 'Mangrove Tour' ini adalah lawatan di sekitar Kilim Geoforest Park yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai taman 'geoforest' yang ker 52 di dunia. Antara benda yang akan kami lalui masa 'Mangrove Tour' ni adalah .... ikuti ler gambar dan cerita seterusnya ;) Kak AA jangan jelezzzzzzz hokey ...




Kak Long dan Iqa dengan latar belakang bot bot yang terdapat kat Jeti Tanjung Rhu. Banyak betul bot yang parking kat situ, ada macam macam saiz dan bentuk.




Masa ni dah nak naik bot. Pemandu Bot kita orang a nama nyer Fakhrul, muda sangat sangat lagi. Orang tempatan Kilim. Cantik dan bersih bot nyer. Laju jugak. Bila dia start speeding, budak budak suka ler.





Dalam bot waktu baru keluar dari jeti, dan semua orang diwajibkan pakai baju keselamatan. Inas kebal tak yah pakai pun kan. Hehehehe ... tapi memula jer dia orang ni pakai, lepas tu campak kemana-mana tah baju ni.


Aktiviti PERTAMA : di bawa menyusuri Sungai Kilim yang cantik dan agak besar lah jugak.




Aktiviti KEDUA : melihat pemandu bot memberi makan burung ini



Burung apa ????
Burung Helang yang tinggal di kawasan sekitar Kilim Geoforest Park ni,
dan yang banyak membuat sarang dicelah bukit bukit batu kapur yang banyak terdapat kat sini



Banyak sungguh burung ni, dan sangat besar jugak. Kaler dia berbagai dan cantik cantik. Kita orang 'speechless' dan kagum sekejap ... whooo ... wah .... wow ... segala bunyi keluar dari mulut sebab terkagum dan jakun. Benda tak pernah tengok depan mata lah kan. Memang best sangat sangat.



Bila pemandu bot campak makanan dalam air, dalam sekejapan jer burung burung helang yang besar berterbangan di udara tu menjunam untuk mendapatkan makanan tersebut. Pemandu bot kata 3 kali dia orang bagi makan ... pagi, tengahari dan petang, Kebetulan kita orang datang waktu tengahari so boleh la tengok burung ni makan. Makanan yang diberikan pulak adalah dari kulit ayam, dan segala isi perut ayam. Ada teknik jugak untuk panggil burung ni makan, pemandu bot akan main main dengan enjin bot sampai keluar buih buih yang banyak.





Aktiviti KETIGA : menyusuri Sungai Hutan Paya Bakau


Monyet kat atas ni tinggal kat kawasan paya bakau, dia tengah ucapkan Selamat Datang kat group kami. Hahahaha... macam ler kat rumah aku tak ada monyet, kalau kat rumah sampai dah menyampah dah nak tengok.


Nasib baik kami semua banyak bawak 'jajan' @ monyet ini bernasib baik sebab kami bawak jajan (mana mana lah) ... ingat nak makan dalam bot, tapi kesian lak tengok monyet-monyet yang kelaparan ni. Kami sedekahkan jer lah segala keropok yang kami bawak tu. Pemandu bot asyik 'warn' suruh jaga kamera dan beg, sebab monyet di sini agak agresif. Dia boleh berenang kat sungai dan naik atas bot lagi. Apa lagi menjerit lah bebudak semua. Siap tinggalkan najis atas bot lagi monyet ni, nasib baik pemandu bot tu cepat cepat bersihkan.




Meneroka kawasan paya bakau yang sukar dikunjungi kecuali dengan hanya menaiki bot bot kecil ... ceh ayat skema sungguh :) Nasib kita orang amat baik, sebab cuaca amat cantik dan sungai ni tak berapa cetek. Ada sekali tu bot kami tersangkut sebab sampai kawasan cetek, suspen gak, dan pemandu bot yang terror tu arahkan sebahagian dari kami undur ke belakang. Dia orang yang lain semua dah ejek aku sebab kata 'Mak Lang la ni berat sangat, sebab tu 'stuck'" huwa huwa huwa ... sadis sungguh kata kata itu.


Endi macam Nakhoda lak duk kat depan bot tu.
Orang lain pulak yang suspen tengok telatah dia yang tak reti takut



Hutan paya bakau ni terletak di kawasan pembentukan batu kapur yang timbul dari Laut Andaman yang terdiri dari rangkaian rangkaian sungai dan teluk teluk kecil yang terdapat pelbagai habitat dan spesis yang tinggal kat sini.... Edisi kali ni adalah lawatan sambil belajar sekolah rendah dan menengah. Penat mulut aku nak explain kat Hilman dan Aran. Macam macam ler dia tanya. Nasib baik aku ada belajar geografi masa sekolah dulu.




Aktiviti ke EMPAT : Terowong Gua Buaya Putih/Gua Cerita

Masa ni kami baru melepasi Gua Buaya Putih, nampak tak lorong kecik kat belah kanan tu. Kat sini ada banyak kelawar kelawar iaitu sepupu Vampire 'Edward Cullen' (nak jugak tu menyampuk) tengah lepak lepak. Batu bergerigi ni adalah macam gigi gigi buaya yang dah reput, maklumlah dah lama pun Lagenda Buaya Putih ni. Yang lubang tu adalah hidung kat muncung dia. Ni pemandu bot yang cerita, kalau bohong dia bohong lah aku.





Masih di sungai hutan kayu bakau ...
sanggup berpanas Endi dan Hilman sebab nak nampak pemandangan yang menarik



Aktiviti ke LIMA : Floating Fish Farm



Ada macam macam jenis ikan kat dalam Sangkar yang dah dibina bertahun tahun ni. Antara nyer Ikan Sumpit. Nama nyer gitu sebab dia kalau nampak makanan kat atas air dia akan menyumpit supaya makanan tu jatuh dalam air. Aiman kat atas ni tengah letak roti kat hujung jari dia, sekejap jer ikan tu target. Habis basah muka Aiman kena sumpit jugak. Banyak yang anak-anak dapat belajar kat sini. Boleh pegang dan main-main dengan ikan pari, belangkas, siput besar, ikan buntal dan macam macam lagi .


Aktiviti ke ENAM : meneroka Gua Kelawar


Masa nak masuk ke Gua Kelawar ni dikenakan bayaran RM1 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak. Ada lampu suluh juga yang disewakan dengan RM1 untuk satu. Habis kita orang ambik semua lampu suluh yang ada kat situ. Anak-anak sekolah rendah dalam kumpulan kami ni suka benar nak menyuluh. Kat atas ni adalah antara 'stalaktit' besar yang terdapat kat dalam Gua Kelawar ni. Puas ler pulak nak explain apa itu stalaktit dan stalakmit kat budak budak ni. Kelawar tok sah cerita lah, memang banyak melepak kat sini.





Yang ni pulak bergambar sewaktu dalam perjalanan ke gua satu lagi yang terdapat kat situ. Masa ni Iqa baru lepas kena 'u-sha' dengan monyet monyet yang ada kat situ.



Lastly sampai jugak ke Jeti Gua Kelawar, setelah puas berkenalan dengan kelawar dan monyet-monyet yang ada kat situ. Mak Tok tak ikut masa kita orang masuk Gua Kelawar tu, dia lepak dengan orang yang jaga tiket tu.



Perjalanan bersambung lagi dari Sungai Kilim ke Lautan Andaman.
Nampak kan kat hujung antara dua pintu anjung tu menuju ke laut.




Masa dalam perjalanan ke laut tu, ada banyak kapal-kapal pelayaran yang besar besar parking kat muara Sungai Kilim ni. Mungkin nak elak dari bayar sewa parking kat Marina, (bukan nama orang yer tapi tempat kapal pelayaran berlabuh) atau nak elak kan ribut atau ombak besar. Sebab kawasan ni tersorok dari laut, dan dikhuatiri selamat. Ada yang bertahun-tahun dibiarkan kat sini sebab tuan dia tak datang. Menurut pemandu bot, ada orang yang diupah untuk jaga kapal kapal ni.





Pendek kata aku berbanggalah sebab dapat sampai kat sini. Sebelum ni, tanda nama ni aku jumpa kat Billboard besar masa dalam perjalanan di Lebuhraya dari Shah Alam nak ke Putrajaya. Aku ingat kan tempat tu kat Australia, rupa-rupa nyer di bumi bertuah ku Malaysia ... hehehehe.


Aktiviti ke TUJUH : meredah Lautan Andaman




Dan setiap kali aku sebut Lautan Andaman ni kan, aku teringat cerita novel BAGAIKAN PUTERI, CINTA SANG RATU DAN HIJAB SANG PENCINTA ... Ramli Awang Murshid. Perjalanan Laksamana Sunan mencari Ratu Utara di salah satu Pulau di Lautan Andaman.



Aran sempat diberi peluang memandu Bot ni masa melalui Lautan Andaman balik ke Tanjung Rhu, suker giler dia.





Hilman lak bila nampak jer adik dia drive bot ni, dia dari depan boleh terus menuju kebelakang. Masa melalui laut ni, Maxis bagi signal said 'Selamat Datang ke Thailand' dan suruh hubungi Embassy Malaysia di Thailand kalau ada apa apa yang berlaku. Memang nampak benar pulau pulau di Thailand dari laut ni, dekat sangat sangat.





Kami dah selamat sampai semula ke Jeti Tanjung Rhu setelah melalui pengalaman yang amat menyeronokkan dan amat berharga selama 2 jam setengah. Dan perjalanan ke 'Kilim Geoforest Park/Mangrove Tour' ni memang berbaloi, walaupun kena bayar mahal sikit. Tapi tak lah terasa sangat, sebab kami ramai, jadi memang 'WORTH IT'. Umpama menonton saluran National Geographic secara live tanpa memerlukan TV. Banyak pengajaran untuk anak-anak dan mak bapak anak anak juga. Yang ni pun rasa nak pergi lagi ....


Laporan akan bersambung lagi ;) ....


p/s : hambik kau ... banyak giler gambar 'post' kali ni, sebenarnya ada lagi banyak kat FB, sudi sudikan lah bukak FB yer ;)


8 comments:

azieazah said...

ACIKKK...ini bukan kira jeles lagi dah niiihh... ini dah rasa nak meletup dengki dah nihh...

weyyy pegi 2 jam setengah, citer macam Hikayat Seribu Satu Malam nihh.. mana aciii...kelentong yerrrr...

Tak kira..! tak kira..! tahun depan nak pegii..! nak pegiii...!

Gua cemburu sama lho..!

*pesanan penaja buat budak2 sekolah rendah tu.. Korang untung arr ada Cikgu baik hati mcm ni.. Bawak korang jalan-jalan naik bot turun bot, drive bot tolak bot...
heheh.. dah besar nanti, belikan bot besar kasi dia tauuu...
Bleh dia drive sendiri bawak Makcik ni plakkkk....

My Life My World said...

azieazah - akak pergi 2 jam setengah ... cerita tu summary jer.

Muahahahaha ... mission buat akak jelez berjaya jugak.

Betul kak Langkawi tu best, tak yah lah pergi luar negara walhal banyak sebenarnya tempat menarik tak habis teroka lagi kat Malaysia... saya pun tak tahu sebenarnya. Nanti pergi lah, ramai ramai lagi seronok dan save cost.

Kak, pesanan penaja tu saya sukaaaaa banget... hahahahaha

My Life My World said...

azieazah - opppssss silap faham lak yang pasal 'pegi 2 jam setengah, citer macam Hikayat Seribu Satu Malam' heheheheheheh ... cerita macam hikayat meleret leret yer ... tu lah saya rasa seribu satu perkara ada dalam masa 2 jam setengah tu, sebab tu ler cerita melalut lalut. Tapi ada bukti kan dengan adanyer gambar gambar itu (kan dah melalut lagi ... saya memang kekadang non stop, kuat berimiginasi)

azieazah said...

Hahaha... bleh biul otak baca nih... macam orang mabuk Laut Andaman... hahahhaa... kelakor ler ACIK niihhh...

IXORAROXI said...

berpinau mata makcik baca postings JAF ni hahahaha yang bebenornya jeles!

My Life My World said...

ixoraroxi - tak pening tak per. Nanti Imran dah besar sikit boleh bawak dia explore tempat ni.

Rasa lain jer IX bila awak panggil saya JAF ... dah lama tak ada orang panggil saya JAF. Dulu dulu kalau ada orang datang rumah cari JAF ... mesti mak akan tanya, JAF mana, sebab kat rumah saya ramai JAF ... hehehehe

azieazah said...

Wehhh komplot aper nih.. JAF tu aperrrr...

ada yg aku tertinggal nihh...

My Life My World said...

azieazah - akak kena tanya IX macam mana dia dapat korek nama JAF tu ...

Nak tahu selanjutnyer, nanti kita story kat FRIM ek kalau sempat jumpa ;)