Thursday, December 17, 2009

MENUJU PULAU LAGENDA

RABU, 09 DISEMBER 2009


Touch down di Stesyen Keretapi Arau yang cute banget lebih kurang pukul 9.30 pagi. Ambik 2 buah teksi untuk memuatkan kami seramai 9 orang ni ke Kuala Perlis. Memang banyak teksi yang dah stand-by kat sini, jadi perjalanan amat lah lancar. Tambang sebuah teksi dari Arau ke Kuala Perlis adalah 24 hengget. Kat atas ni gambar-gambar anak-anak aku masa dalam teksi. Kak Long nampak jer aku angkat kamera terus menyorok sebab dia kata "Kak Long pantang la, tak nak la ambik gambar kalau tak mandi lagi". Penat ler telinga aku ni dengar rungutan Kak Long, yang rasa rimas dan lemas sebab tak mandi. Tak ada ciri ciri seorang survivor langsung.




15 belas minit lepas tu sampai Jeti Kuala Perlis. Masa ni tengah tunggu 'Tourist Guide' aku, sapa lagi kalau tak Abang Ngah dan isterinya Kak Yan. Dia orang bertolak dari Kuala Lumpur naik kereta dan singgah di rumah Kakak Kak Yan dulu. Jap jer tunggu, tak sempat pun Hilman nak habiskan baki sandwich yang aku bawak untuk bekalan tu.

'Tourist Guide' kami sedang berbincang untuk 'Mangrove - naik bot sekeliling pulau di Langkawi nanti. Dan Hilman seperti biasa masih dengan sikap ingin tahu yang melampau dia (aku mengaku yang ni ikut perangai aku ... hehehe). Masa ni kami dah beli tiket Ferry untuk pukul 10.30 pagi.



Harga Tiket Ferry sehala adalah RM18 untuk dewasa dan RM13 untuk kanak-kanak. Aran dah jumpa geng, Fendi sepupu yang paling kamceng dengan dia. Perjalanan ini terjadi pun sebab Endi dah lobi Aran suruh pujuk aku ikut dia pergi Langkawi. Sebab dia kata kalau Aran ikut dia baru rasa seronok nak pergi. Kalau tidak dia tak ada geng. Demi tak nak menghampakan anak-anak ... aku okay kan ajer lah.
Budak 2 orang ni pantang nampak kamera, Kak Long pulak melarikan diri sebab memang tak mahu nampak kamera sebelum mandi. Tak sabar-sabar dah nak naik Ferry ini 2 orang. Nampak sangat muka tak mandi kan, cuma tak ada air liur basi jer.

Naik Ferry tepat pukul 10.30 pagi, memang full. Cuti sekolah agak nyer. Hilman lepas gian main PSP Aiman. Dia duduk di barisan budak-budak lelaki ... Endi, Aran, Aiman. Budak pompuan duk barisan lain.






Tak berapa seronok sangat naik Ferry ni, sebab tak nampak laut. Disebabkan tingkap dia tinggi sangat, kecuali lah kalau duk kat tepi tingkap. Macam budak kenit berdua nih yang terpaksa berdiri tepi tingkap, memang excited sangat sangat, lebih lebih lagi Aran.





Sampai Jeti Kuah pukul 11.45 pagi. Makan masa 1 jam 15 minit jugak lah. Sempatlah aku terlelap kat dalam Ferry tu. Sampai jeti, Abang Ngah cari Van yang boleh memuatkan kami seramai 14 orang ni. Kalau nak sewa kereta kena ambik 3 buah, jadi untuk penjimatan petrol dan duit, sewa jer Van panjang ni. Waktu nih dah penat dan rimas serta melekit sangat. Tak sabar nak masuk Apartment untuk bersihkan diri. Kak Yan dah booked Apartment 3 bilik kat Century Apartment & Resort dari Kuala Lumpur lagi through internet.


Sampai Century Apartment dalam pukul 12.00 ++. Berkemas, mandi, baring-baring jap sementara tunggu Zuhur. Nasib baik lah ada Abang Ngah dan Kak Yan, kalau harapkan aku sorang memang mati kutu tak tahu nak tuju mana. Abang dan akak ipar aku ni pergi Langkawi macam balik kampung jer, dah jadi Annual Event every year dia orang dah.




Lepas solat Zuhur kami semua keluar cari makan tengahari. Makan nasi campur jer dekat area Airport Langkawi. Sedap jugak dan murah jugak. Kami makan sampai kenyang. Cuaca pulak elok jer panas giler, aku minum air sampai 2 gelas. Licin pinggan makan Aiman dengan Inas, terbukti sodap. Kak Long sampai mintak tambah sambal belacan, aku ambikkan satu mangkuk besar untuk dia. Wakakakakaka.


Tunggu sambungan rombongan pergi naik 'Cable Car' ek ......

No comments: