Wednesday, December 16, 2009

LANGKAWI KAMI DATANG

SELASA, 08 DISEMBER 2009


Aku baru boleh bernafas sejak pulang dari Langkawi. Tak ada masa langsung ... bertimbun kerja kat ofis menunggu. Memang lambat aku up-date percutian kami, tak cukup tidur, balik sangat-sangat lambat dari ofis ke rumah, skip makan malam, sakit badan tok sah cerita lah. Asyik duduk mengadap paper work yang tak pernah abis. Terpaksa pulak cover kerja orang yang bercuti. Rasa nak jerit jer. Giler Stressss ....Ni pun tak habis sibuk lagi tapi cuba jugak meng'up-date'. So untuk menjimatkan masa aku dan masa korang untuk membaca, ada ker yang baca nih :)... aku buat Laporan Bergambar je lah yer.






Perjalanan keluar rumah adalah lepas Asar, ke Komuter Kuang yang tak sampai sebatu pun dari rumah aku. Kalau ikut jam kat belakang tu, keretapi dari Rawang tiba pukul 7.00 malam. Ini ler rombongan Cik Minah ke Langkawi. Kami sembilan orang. Kalau naik satu kereta memang tak muat. Tu yang ambik keputusan naik keretapi. Wajah-wajah ceria diatas adalah tak sabar-sabar nak pergi makan angin sampai kembong. Semua happy jer macam baru jatuh cinta. Dari kiri adalah Iqa yang tutup hidung sebab cover jerawat beso, Mak Tok, Hilman, Mak Su, Aran, Inas, Kak Long dan Iman.




Muka-muka teruja tak sabar nak naik train ...



Kak Long dan Inas ... dia orang ni sebaya dan beza umur pun cuma sebulan. Tapi saiz tak sama. Saiz Inas sama macam Hilman. Tapi untung ... aku belikan tiket komuter/train kanak-kanak jer untuk Inas. Save banyak tuh. Dan kerap aku ingatkan dia "Inas, kau baru darjah Enam tau". Tengok ler Kak Long ... tahu tak apa kat dalam tu buntil bantal tu ....




Haaa ... ini ler isinyer. Bantal busuk Kak Long, dia kata tak leh tido tanpa bantal ni. Dari Kak Long baby sampai beso dia mesti ada bantal busuk. Then ada selimut dengan Bantal leher (peminat kaler Pink). Tak ketinggalan 'Novel' ... dia tak leh hidup tanpa 'Novel'. Yang tak kelihatan dalam buntil ini adalah bekas air dia.




Mak Tok tengah pening kepala tengok perangai cucu/anak pompuan dia yang bikin havoc dalam komuter. Macam orang tak pernah naik komuter. Ginilah ghupanyer dia orang kalau dah berjumpa sesama sendiri ... lupa orang keliling.




Hilman posing serupa bos yang kena halau dari Merc. dan terpaksa naik Komuter, tapi masih mampu tersenyum. Aran dah siap bersila dah. Hilman berjalan jauh pun pakai Sandal jer, aku suruh pakai stokin sebab takut sejuk dalam Train nanti. Aran malu nak pakai dulu, tunggu sampai naik train dulu. Aku pun seperti biasa buat muka tak malu, asyik jer lah nak ambik gambo biar pun ramai orang kat dalam Komuter tu. Mesti dia orang ingat kami semua jakun macam tak pernah naik Komuter.



Kami sempat sampai 5 minit sebelum keretapi bertolak ke Utara. Sempat ler pergi toilet dan 7 Eleven lagi. Keretapi Ekspress Langkawi bertolak tepat pukul 8.oo malam. Aran ni kat Coach(bukan jenama beg) tempat tidur dia. Dari sembilan orang, 5 orang dari kami duk kat Koc Katil. 3 orang kat katil bawah (Aku, Mak Tok dan Mak Su), 2 orang kat atas (Iqa dan Aran). Tempat Aran kat atas Mak Tok. Punyer ler 'excited' giler budak nih. Asyik ler turun naik tangga.


Yang ni dia turun pulak balik kat katil aku. Lastly dia tido kat katil aku. Aku pun memang nak dia tidur dengan aku. Mana lah tahu, bila siang tengok katil dia kosong jer. Seriau aku. Bebudak kecik2 macam ni senang jer orang nak angkut. Lagi lah pulak sekarang macam macam boleh berlaku. Tapi kena jugak beli tiket kan, sebab dia dah lebih dari 6 tahun. Nanti kena halau lak.




Sori ler, aku banyak ambik gambar budak kenit nih sebab aku suka tengok dia senyum, sebab aku tahu dia tengah 'Happy Giler'. Bila dia happy aku lagilah happy. Itu pun agenda hidup aku ... untuk membuatkan anak-anak bahagia sedaya mampu aku. Mak tak mampu ler sayang nak beli tiket kapal terbang, lagi pun plan huru hara. Gini ler jadi nyer. Naik lah keretapi jer.



Iqa kat Koc Katil dia, tak abis abis dengan Handphone, bukan call sapa sapa pun. Sibuk Camwhored dan dengar lagu. Iqa best, dia tidur nyenyak giler, tak bangun bangun sampai pagi. Tak heran ler pun, dia memang kaki tidur. So bila bangun pagi dia rasa segar jer.



Mak Tok kat Koc Katil dia lak. Dah siap siap dengan selimut Oren. Kat meja kecik tu adalah bekal nasi Mak Tok yang di bawa dari rumah sebab dia kena makan dulu sebelum makan ubat. Mak aku ni memang kuat disiplin makan ubat Darah Tinggi dia dan ubat-ubat lain. Asyik ler tanya pukul berapa dan favourite words dia "Dah pukul berapa ni? Aku tak makan ubat lagi" Yang best nyer, bekal dia tu kan dia makan sikit jer, kita orang yang kasi perabih. Hahahaha... walaupun aku siap bawak bekal sosej dengan sandwich. Nasi jugak yang laku. Aku tak ambik gambar kat budak budak yang duk kat kerusi, sebab malas nak jalan. Tapi malam tu jer yang rajin berjalan dari koc kami dan koc duduk adalah Hilman. Ter'over' excited kot. Bagi aku for first time naik keretapi Koc Katil ... aku suka, boleh tidur lah, walaupun tak nyenyak sangat.



Yang ni dah siang pun, muka muka tak mandi ... Iman Iqa, Inas dan Mak Su. Waktu siang ni about pukul 7.00 pagi, baru sampai Sungai Petani. So budak budak yang duk kerusi datang tempat kita orang. Banyak dah katil katil yang kosong sebab ramai turun kat Butterworth. Start ler bising balik bila dah berkumpul.


Pemandangan dipagi ini adalah indah. Sebab keretapi melalui tengah-tengah bendang sawah antara Kedah dan Perlis. Perjalanan kami atas keretapi jer adalah 13 jam. Lama kan ... sebab dia singgah bandar bandar ... macam Ipoh, Taiping, Butterworth, Sg. Petani, Gurun, Alor Setar ... lepas tu baru ler sampai Arau. Stesyen keretapi Arau amatlah kecil (KTM should do someting about this..., lagi besar Stesen Keretapi Kuang. Tapi kat Arau lah paling ramai orang turun. Majoriti nak ke Langkawi, kita orang jumpa ramai saing sama sama naik keretapi kat Langkawi.


Akan di sambung lagi ......

10 comments:

Imn said...

AA bestnyaa :)

azieazah said...

Wooo pi Langkawi rupanyaaa... patut lama tak update blog.

Tak sabar nak tengok percutian ACIK sekeluarga. Ada singgah Cenang Beach? Wet World?

Pekan Kuah? Kilang gamat?

cepat la sambungggg...

Norfatin Suraya said...

eeee jelesnye tk join xp

My Life My World said...

Acik said to IMN
Best giler Iman ... kalau awak ada berbaloi baloi best -O.O-
^^^

My Life My World said...

azieazah - Akak ... kunci blog hilang kat Langkawi kak, baru jumpa balik ;)

Sabar ek saya up-date. Pantai Cenang hmmm lalu jer waktu nak ke Gunung Mat Cincang, sebabnyer kapal layar yang ditempah belum siap lagi...hehehehe

Wet World tak pergi sebab dulu dulu dah pergi (10 tahun lalu ... tak sempat sebenonyer)

Pekan Kuah ... harus sampai, syurga coklat nih dengan pinggan mangkuk.

Kilang gamat - lalu jer waktu nak ke Makah Mahsuri, lagi pun Stok Mintak Gamat banyak lagi kat rumah kes tiap kali orang pergi Langkawi, ini lah jajan nyer.

Akak follow ler selalu blog saya yer nak tahu dah sambung ke tak ;)

My Life My World said...

Fatin - eerrkkk ... nak jelez apa nyer sayang oiiii, awak pun sampai Langkawi 2-3 hari lagi awal dari Auntie kan. Siap leh tengok LIMA lagi, auntie dapat naik van yang ada stiker LIMA jer ... huk huk huk

Auntie lah yang patut jelez kat awak tau ...

IXORAROXI said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh bestnya coti2 mesia eikk

My Life My World said...

ixoraroxi - gini ler ... Ix mampu setakat coti coti Malaysia jer, nak coti coti luar Malaysia macam Abang Bhai awak yang berbaju oren tu tak mampu lagi ler ;)

Norfatin Suraya said...

hahaha ape yang best nye tengok LIMA auntie, biasejeaaa. menjerit jakun je lebih, hehehe.

My Life My World said...

To Fatin - ada jugak spesis macam auntie anak beranak yer ... auntie dengan anak anak memang Jakun selalu ;) hahahahaha