Thursday, December 31, 2009

HUKUM PIAT TELINGA

Beberapa hari yang lepas, masa tengah tunggu mak nak masuk kereta, terkeluar ler ayat ini dari mulut comel Aran "Mak! Sampai bila dia orang ni nak kena gantung mak? ... Kesian dia orang". "Dia orang (orang ker ????) tak kering lagi lah Aran", jawab mak nyer. Ada lah pulak yang menyampuk "Kesian kan dia orang kena hukum gantung, kat telinga pulak tu, mesti sakit"




Seperti biasa kita orang ni, kalau sorang dah start merapu... ada jer yang lain tukang sambung menyambung. Imigination entah hapa-hapa. Tapi seronok melayan ke'merapuan' dia orang ni. Bear bear kecik ni baru jer lepas keluar 'washing machine', annual year shower. Ini sebahagian jer, ada lagi terselit lagi entah mana-mana. Kesian kan 'dia orang' mesti pening berputar putar dalam 'washing machine'.




Lama dah aku simpan 'dia orang' nih sejak anak-anak tak reti bercakap, sampai ler anak anak aku dah terlebih cakap. Kebanyakkan 'dia orang' ni datang dari McD jer. Ada sikit jer yang aku beli. Nasib baik anak anak aku bukan jenis ganas, kalau tidak lama dah 'dia orang' ni terkorban. Paling paling pun aku campak kan jer kat tong sampah. Rasa-rasa cucu aku sempat tak main dengan 'dia orang' ni? Muahahahaha





Psssttt ..... nak bagi tahu ni, Mickey dan Minnie kat atas tu dah ada masa gambar budak dua orang ni di ambil. Lama ke tak lama tuh ... Apasal ler masam sangat Kak Long dengan Iqa nih, mesti kena paksa nak ambik gambau dengan mak kan ... hehehe

9 comments:

ANIS said...

auntie,patung2 tu comel giler...
haha..tadi pergi rumah auntie sempat amik gambar..haha

My Life My World said...

Anis - datang rumah Auntie apasal tak kasi tau! Boleh masak lebih sikit pagi tadi. Nampak kan masih tergantung patung patung itu ;)

azieazah said...

ACIK... Sian budak-budak tu tadi. Lama kena tunggu kitaorang borak-borak. HILMAN 2,3 kali dah goyang ABAH dia ajak pi shopping.. hehehe.. sian...

My Life My World said...

azieazah - Hilman memang gitu, cepat boring. Aran cool jer. Kenyang tak tadi? Ker kenyang gelak jer :)

ANIS said...

ala, auntie.singgah 'sekejap' je nak berborak dengan kaklong tu.haha.susah susah je auntie nak masak untuk anis.
patung patung tu masih elok lagi.bolehla guna untuk generasi akan datang.haha

azieazah said...

Yelah ACIK.. ARAN memang cool lahh..
Selamba jer depa makan dengan kicap yg botol besar kat tengah meja.. heheheh..

kami semua makan kenyang.. sebab pastu sambung dengan Cucoq Jagung lak. Tingat kat ACIK.. tingat kat ACIK..!
(masa tu dok pegang hp nak sms lagi dgn ACIK, tapi bateri kong teruk... gambar pun pinjam kamera hp orang lain...)

My Life My World said...

Azieazah - alahai, terharunyer ... sekurang kurang nyer ada juga orang kat Tang Ling ingat kat saya ;)

Uncle Lee said...

Hello Lady, just busybody into your blog and love your sense of humour re your profile status,
'Tukang Masak, Tukang Dobi, Tukang Kemas Rumah, Cikgu Tution Anak-anak, Supir, Jam Loceng, Siren Amaran, Nurse, Penasihat, Pendengar = IBU'.

Ha ha....a Jill of all trades.
Being a mother is one of the highest salaried jobs in any field, since the payment is pure love.

You stay young, keep well and keep a song in your heart and have a great new year. Best regards, Lee.

My Life My World said...

Uncle Lee - Thank you Uncle Lee :) Please do come again, you are always welcome here.