Monday, April 19, 2010

BAIKI KASUT CIK KIAH

SABTU, 17 APRIL 2010

Aku balik lewat hari ni. Kena attend meeting dan siapkan sikit kerja yang berlambak di meja. Sikit ker??? hehehehe ... lepas solat Asar baru keluar dari ofis. Dengan lenggang lenggok bagai itik pulang petang, aku turun ker tempat basement parking. Terus start kereta ... jalan ... TIBA TIBA ... gedegak geduguk gedegak gedeguk... Ah! Sudah ..... terus keluar keta ... Arghhhh pancit lah pulak ... tayar depan belah kiri. Eeeeee ... macammana ni, dah lah duk kat basement. Hmmm ... apa kata jalan sikit pergi kedai tayar yang dalam 400 meter jer dari opis. Aku dengan konfiden pun cuba keluar dari tempat parking, makin bingit telinga tak leh jadi ni, nanti Rim Tayar jadi kemek lak.




Ambik keputusan mintak tolong Rina yang kebetulan umah dia sebelah jer opis aku. Dan kebetulan lak dia tak ada rumah, tapi on the way balik dari bengkel. Hehehehe ... keta dia pun rosak, baru lepas kena baiki. Aku tunggu ler kejap dia balik. Nasib baik ada BOY boypren dia sekali. Maka dia lah yang berpoluh poluh tolong tukarkan dengan tayar spare, dibantu oleh sorang budak bengkel yang ada kat rumah dia. Lepas dah tukar tayar spare tu, tetiba spare tayar tu mengecut lak ... ish ish ish ... gara gara dah lama sangat terperuk kat tempat spare tyre tu kan. Tapi sempat lah aku sampai kat tempat tukar tayar tu, sebelum dia kemek terus :)








Check punyer check memula tak dapat jumpa kepancitan tayar cik siti ni. Lepas direndam dalam air baru ler nampak buih keluar, dan setelah di post mortem oleh pomen tayar tu, rupa rupanya ada kaca yang dah terbenam jauh ke dalam tayar. Kocik jer kaca tu tapi tajam. Baru teringat aku ada lalu kat tempat eksiden yang ada banyak kaca bertaburan semalam dulu.



Pok Cik pomen kata kena tampal dari dalam sebab besar lah jugak kecederaan nya. Buat lah Pok Cik, asalkan kasut Cik Kiah tidak bocor lagi dan boleh berjalan dengan selesanyer. Sambil tu masukkan angin kat tyre spare sekali. Nasib baik berlaku di siang hari, kalau memalam ... ish mampus aku nak betulkan dengan kedai for sure ler tak bukak. Dah la aku selalu balik memalam. Syukur sangat ....

4 comments:

Mia's Mom said...

Salam Acik :-D

Agaknya Cik Kiah tu jealous, bila nak keluar ajak dia tapi shopping tak pernah ajak sama. Tu yang dia sengaja lalu kat kaca tu, maklumlah dia pun nak juga kasut baru!!! Hehehe!

My Life My World said...

Mia's Mom - Salam MM :)

Baru jer dapat kasut baru Cik Kiah tu. Mahal lak tu kasut dia hehehehe. Tuan dia yang bersalah, sajer cari pasal lalu kat tempat berkaca tu.

Dah la kasut Cik Kiah tu lembut selembut hati tuan dia ... ece ce ceh.... hahahahaha

IXORAROXI said...

dan poket ku merabak sekali lagi!hik hik

My Life My World said...

Ixororoxi - Ix macam tajuk lagu lah pulak bunyik nyer ... hehehehe ...

Nasib baik tampal jer, tak lah rabak sangat, kalau tukar mahu nangis jugak lah ... hehehehe