Sunday, April 4, 2010

HERO SELALU KALAH DULU

Malam tadi kami anak beranak duk depan TV tengok saluran ESPN, dah lama tak bukak saluran ni sebenonyer ;) Tapi disebabkan malam tadi ada 'Match' Besar kat EPL antara Man. U dan Chealsea, maka aku pun terheret sama. Kat rumah pulak memang ada 'Big Fan Man U' dan 'Small Fan Chealsea'. Hilman jer yang sokong Chelsea, yang lain pro ker Man U.


Bersemangat sungguh Hilman nonton bola. Aran pulak boleh ler tertido depan TB. Kita orang kejut bagai nak rak pun dia tak reti reti bangun. Tido mati betul dia ni. Yang kelakar ada satu part tu kan bila Chelsea masukkan gol, Hilman sonyap jer (dia duk depan, kita orang duk belakang). Aik, apasal dia tak 'excited' langsung nih. Kita orang lak yang bising, ghupa ghupa nyer dia dah terlelap ... hahahah. Anak aku memang tidur awal kalau malam. Bila kita orang kejut dia kata Chealsa dah 'score another goal' baru dia nak jerit ... hahahaha


Si Iqa lak, dari minat Man U sikit sikit terus tukar sukar Chealsea lak. Lalang sungguh minah ni... nak tahu kenapa cinta dia beralih arah. Sebab nyer kat Chealsea ramai pemain yang hensem hensem ... aduyai tak leh tahan aku. Jangan dia terkena 'Virus Halimahton' udah ler. Cit cit cit ... touch wood...touch wood ... cari kayu jap.


Game amat menyeronokkan, kita orang kat rumah pun seronok jugak, tapi Man U kalah :( sedih gak. Kak Long dah takut nak gi sekolah hari senin sebab dia sure kena ejek punyer. Mana tak nyer, game baru abis jer dia dah dapat sms dari classmate yang ejek dia sebab Man U kalah. Hilman lak suker, dia kata nanti boleh balas dendam kat budak yang selalu ejek dia sebab sokong Chealsea. Hilman ni memang fanatik Chealsea, Beg Sekolah, Botol Air, Jam, baju dia semua nak Chealsea. Mana orang tak tahu dia giler Chealsea.


Tak per, Hero memang selalu kalah. Siap ler bila Wayne Ronney dah sihat nanti, mesti Man U boleh menang balik punya. Mesti lepas game pemain Man U ni kena marah giler giler dengan Fergie agaknya kan ;) adalah kasut bola yang melayang layang ... hehehe


p/s ... terima kasih en. google untuk gambar gambar di sini

4 comments:

Anonymous said...

salam ros..peminat bola ya..dirumah makcik hanya seorang je peminat bola MU ..kami suka tenguk ragbi..ikut minat anak2 yg dua2 giler ragbi...

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik ... kita orang kat rumah ni ikut arus ... hehehe ...

Bola tu memang ada peminat. Bermula masa saya mengandung 7 bulan anak pertama dulu memang selalu ke Stadium Shah Alam tengok Selangor main. Lagi seronok kalau dapat tengok LIVE ;)

Ragbi pulak tak reti nak tengok ...

IXORAROXI said...

ex big boss dulu fanatik MU, aduhyaiii jenuh kita orang kalau MU kalah, siap panggil dia Sir Alex lagi hehehehe

My Life My World said...

Salam Ix - Nasib baik dah jadi x boss, kalau idak mesti mood dia tak baik punyer di pagi isnin ni, sebab Man U dah kalah ;)