Wednesday, April 14, 2010

KERETA BERHIAS

SABTU, 10 APRIL 2010

Ni cerita masa pergi Ikano ... tak abis lagi hehehehe ... Masa kita orang pergi tu, parking penuh sangat, sampai kena berlegar legar 2-3 kali. Masa tengah berlegar legar tu kan dari jauh nampak satu Pajero ni, nampak pelik bebeno. Anak anak aku pun nampak, sebab memang obvious sangat. "Apesal nampak pelik sangat Pajero ni, dia buat kereta berhias ker" aku lah yang berkata kata tu. Masa ni tengok dari jauh. Sebab nampak macam dia letak bunga bunga kat belakang dia. Sekali tu bila kita orang lalu kat belakang keta tu, "Wah!comel sangat" Korang tengok ler sendiri.




Cantik kan, walaupun pelik. Memula tu tak cam, apa benda lah ni. Rupa rupa nyer segala gala patung yang kecik kecik tu dia cantum cantum dan ini ler ghuper nyer. So awesome dan cool sangat.







Yang ni belah bawah tayar spare dia. Kat rumah aku pun banyak patung patung kecik ni, hasil dari pembelian di Mc Donalds dan KFC, lepas tu dapat mainan atau patung kecik kecik tu kan. Tapi tak pernah lah nak buat gini. Kreatif sungguh pemilik keta ni. Kebetulan kita orang dapat parking berhampiran keta ni. Kita orang yang memang muka tak malu ni apa lagi, peluang kan. Terus snap snap gambar macam bergambar kat Monumen Bersejarah. Rupa rupa nyer bukan kita orang jer yang bergambar, ada lah 2-3 keta yang berhenti dan ambik gambar benda ni jugak. Sekurang kurang nyer kita orang tak lah terasa JAKUN sangat ;)




10 comments:

azieazah said...

Yang heran tu, tak pulak ada yang kena curi tu kan? Mudah jer kot kalu ada budak2 nakal yg geram, rembat seketul dua?

hehehehe... Macam aku plak yg rasa nak pi rembat..!

IXORAROXI said...

JAF, seharusnya NO PLET keta tu ditutup.rajin benor pemiliknya yer :D

Azman Jaafar said...

merembat tu dah sah-sahlah salah

Anonymous said...

salam ros..memang kreatik pemilik kete tu..tapi sanggupkah kita drive keta yg ada benda2 macam tu dibelakang..tak terseretke menda tu atas jalan..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kak,

kalo anak2 saya nampak menda comei-comei camni mau dicabutnya..


memang kreatif...sayang nak buang agaknya tuh..

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA, dia letak gam kuat kak, susah nak jatuh benda kecik kecik nih.

Agak nyer kalau akak ada situ mahu dah rompong kan kena rembat dengan akak ... hahahaha

My Life My World said...

Ixoraroxi - Salam IX :)

Alamak lupa lah pulak, dah malas dah nak edit. Thanks Ix, kasi peringat. Next time saya tutup yer. Tapi pemilik keta ni tak saman kut saya snap gambar keta dia masuk blog. Harap nyer tidak lah.

My Life My World said...

Azman Jafar - Salam kenal Azman, terima kasih sudi mengomen di sini.

Tu hah! marah Kak Azieazah tu hah, asyik nak merembat jer kerja dia. Biasa dia tu, babab kang baru tahu ;)

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik/Pak Cik

Tu lah kan Mak Cik, tak pernah terfikir pun nak buat gitu. Tuan punya keta ni mesti yang suka glamer ni. Bila orang tengok keta dia, mesti nak tahu dan tengok siapa driver dia.
Tak yah nak bawak keta grand grand nak tengok sapa driver dia.

My Life My World said...

azrina03.07 - Salam Rina :)

Tak yah kata anak awak rina, anak semua orang pun ... hehehe. Kat rumah saya bersepah benda ni, dia orang main campak campak jer.

Tapi bagus gak kan kalau kita leh buat macam gini kat rumah, lekat kat pintu kat bilik anak ker, kat meja ker. Mesti comel ;)