Orang duk sibuk buat cara-cara pakai tudung, aku lak pecah tradisi dengan cara-cara memakai kain sarung. Tetiba lak datang tebiat entah dari mana. Dah tu ada orang yang sudi jadi model kan, akak apa lagi tidak melepaskan peluang ke'emas'an ni, dah lah akak ni kebuntuan tak ada bahan nak menulis. Yeah seperti biasa, mari kita mulakan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Memperkenalkan model cilik aku a.k.a buah hati aku yang tercinta ...
.
.
.
.
.
.
.
.
Memula sarungkan kain sarung atau kain batik - ikut suka asalkan kain.
Dan belah atas sekali kepit dengan dagu.
Tangan kanan dan kiri memegang bucu hujung kain sarung yang di pakai
Kendian hujung belah kiri kain bawa kat part tengah
Di ikuti belah kanan juga temukan ke tengah juga
Ikut suka ler tak kisah lah nak kiri dulu ker kanan dulu ker, yer tuan puan
Lepas tu gulung gulung ler kain yang ditemukan
dari belah dada turunkan ke pinggang
kemas kan sampai rasa selesa
Tara! .... dah siap pun
Selamat Mencuba hokey ;)
CERITA DI SEBALIK TIRAI
Aku baru balik kerja petang tadi, datang lah Aran berlari lari ke dapur nak tengok aku buat apa, dengan sarung nyer yang masih belum di pakai. Aku tanya dia, "Kenapa malam ni pakai kain sarung lak?" .... "Aran pakai seluar pendek jer, nanti nak solat dengan ngaji" dia jawab... Oooooo okay ...
Aku tengok comel lak dia bersarung, macam anak jantan sejati ...hehehehe. Terus suruh dia pakai sambil aku snap gambar dia step by step. Senang cerita dengan Aran, tak banyak soal. Dengan senang hati dia mengayakan cara cara nyer.
Eh ! Korang rasa, mmmm....ada tak orang kat dunia ni 'Google' post aku kali ni, yer lah dia orang nak belajar pakai kain sarung kan ... hahahaha ... dah ler Google sekarang ada translate translate, mesti entah dari negara mana mana lak yang meng'Google' post aku, sori aaa ayat perasan lak :)
10 comments:
Agak-agak lepas dia makan nasi nanti, terlerai tak kain sarung tu? hahaha...
Terus tingat dan bayangkan si BLACK_CANARY or BHAIYA pakai kain pelikat berkemban sambil jemur kain di ampaian.. harharhahar!
salam ros,singgah rumah mami terjumpa n3 ni..lekas2 balik tapi tak ada agaknya tak sampai lagi..terus cabut pergi rumah mami...tak sabar nak baca n3 ni..hehehe n3 pasal pakai kain sarung..baguslah model cilik you tu..sanggup..anak yg baik n mengikut kata emaknya..
azieazah - Salam Kak AA
Rasa nyer lepas makan ikatan kain lagi kuat kut, sebab perut dah sendat ... hehehehe. Lama jugak lah dia pakai tak terlondeh. Sampai bawak tidur okay lagi, tak tahu ler bangun esok pagi pergi merantau ke mana lak kain sarung dia tu... hahahaha
Bhaiya dengan BC macam tu ke? Tak dapat nak bayangkan. Kalau Bhaiya tu okay lagi sebab dia slim. Tapi Black Canary tu yang tak tahan tu, hehehehe kut kut sampai ke dada kain dia :D
mohdandmeriam - Salam Mak Cik
Suka tengok dia pakai sarung. Saya tak sangka, dia kecik kecik ni suka pakai sarung. Katanya best sebab berangin jer :) hehehe
Kecik kecik ni memang dia suka jer ngikut apa yang kita suruh, tunggu besar sikit lagi ;)
Salam Acik :-D
Suspend juga tengok mula2 tu sebab kain pelikat lagi tinggi dari tuan. Agak2 mesti tebal kut gulung kat pinggang tu! :-D anyway, Aran tetap comeyyyy!!! Oh ya, kat sini kan ada tau Arran Road dengan Arran Place!
Clap4X, pandai Aran pakai sarung eh! nampak ketat sungguh, memang gerent tak terburai lah tu, hehehe..
Kalau my Hubby yg pakai, I yg duk sebelah dia asik gatal tangan nak ketat kan aje sbb takut terburai.
Sape mau jawab kalau terburai depan orang you!!! Terus takde ong orang yang ternampak! Wahahahaha
Aran ada pakai seluar pendek kat dalam kan?jadinya tak perlu risau kalau2 kain sarung terlucut dari pinggang hehehe
Mia' Mom - Salam MM :)
Wah! dia mesti suka kalau tahu kat sana ada nama tempat macam nama dia ;)
Kain pelikat tu sebenarnya Hilman punya, guna masa bersunat. Abang Man dah beso, 'servis bertukar tangan' ler kita pelikat tu. Bersunat nyer belum lagi. Tengah praktis ler tu ... hehehe
lemongrass - Salam LG :)
Boleh tahan ketat la Aran pakai. Macam mana ler rupa TOH kalau pakai pelikat kan ... hehehe ...
LG, anak dara U kan, ada tak U ajar pakai kain sarong. Mesti dia orang comel sangat kalau pakai kain sarung. Teringat masa kecik kecik, kain sarung tu I ikat leh transform jadi telekung ;)
Ixoraroxi - Salam IX :)
Dia ada pakai seluar pendek kat dalam. Kalau tak pakai, mahu abang dia sure asyik menyakat nak tarik tarik kain dia jer .... hahahaha
Post a Comment