Wednesday, April 7, 2010

PINGGAN ANAK ANAK

Ingat lagi tak dua hari lepas yang cerita aku pergi satu kedai ni, nama dia Romantika. Ala yang jual barangan 'household' tu. Yang buat anak anak lelaki aku kebosanan sebab kena ikut nafsu serakah mak dan mak tok nyer ;). Bebudak lelaki mana suka gi tempat pinggan mangkuk ni kan, yang dia suka pergi tempat jual alatan letrik, gadjet dan kedai jual CD game PS2.

Dan sebagai mak yang bertimbang rasa ece ce ceh ... lagi baik ati.... ;)... dan penyayang ...okay okay dah stop tekan button lif. Aku kena beli balik hati mereka. "Okay sayang sayang mak semua, korang cari lah pinggan satu sorang yang korang suka untuk diri sendiri" ... "Ye ye ...betul ker mak?" ... "Iyer, Cepat! sebelum mak tukar fikiran" .. Laju jer dia orang mencari pinggan yang memenuhi citarasa. Lagi pun bukan mahal pun pinggan tu. Paling mahal 3 hengget. Berani ler mak dia buat offer, cuba satu pinggan 30 hengget. Mak dia mahu fikir berjuta juta kali ... hahahaha

Meh aku tunjuk pinggan yang dia orang pilih. Sapa sapa yang pandai menilik tu, sila lah tilik, perangai anak anak aku mengikut pinggan yang dipilih. Eh eh ... ada ker macam tu ... hehehehe


Pinggan pilihan Kak Long - berat pinggan ni. Yang ni aku suka, kaler dia cantik dan meriah.




Pinggan Iqa ... yang ni paling murah sehengget jer ;)



Pinggan Hilman, yang ni ada cop 'Hallmark' dengan resepi kat belakang dia




Aran dan pinggan macam nak sambut Krismas ... hik hik hik

16 comments:

Mia's Mom said...

Salam Acik :-D

Uuuuhai! Kalau gitu tiliknya - Kak Long suka shopping, Iqa ada sweet tooth, Hilman suka barang berjenama & Aran hehehe... nak datang Dundee main sledge masa winter nanti!!!

Sorilah kalau tak betul, dah pukul 12.00 malam kat sini - study dah tak berapa masuk dalam kepala, tu yang singgah melawat blog kawan2 dan merapu :-D

Mrs Taz said...

acik,

setuju ngan mia's mom hehehe ..eh cantik2 pinggan dia ek ..nak gi wat lawatan ke sana la .. =P

My Life My World said...

Mia's Mom - Salam MM

Fuyooo ... U memang betul. Tepat sekali. 10 markah. Tapi kan kalau boleh bukan Aran jer nak datang Dundee, mak dia pun nak gak ... hehehehe

Ish kalau study dah tak masuk kepala, pergi tidur jer, nanti bangun awal sikit - subuh subuh hening tu sambung study lagi ;)

My Life My World said...

Mrs Taz - Salam Zia ;)

Memang betul tilikan Mia's Mom tu. Zia, best banget kedai tu, acik dengan mak acik macam tak mau keluar, hahahaha ... kalau tak kenangkan anak anak merengek mahu berjam lagi kat dalam tu. Satu satu item kita orang belek hik hik hik :)

azieazah said...

Wahhh so cute kan? Suker tengok..

Ketara si sulong dah matang, ada gaya mengikut EMAK dia yg suka the great sale.. hehehe

Yang lelaki, memang sesuai sungguh dgn karakter masing-masing.

Agak-agaknya kalu makan tu, mesti nak kasi cepat habiskan, sebab leh nampak kartun tu...

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA :)

Sekarang sarapan pagi pun dia orang bersemangat, sebab rasa pinggan dia lah yang paling lawa sekali. Tak yah nak berebut rebut pinggan lain sebab dah ada pinggan sendiri.

Kak Long tu memang giler shopping. Kalah mak dia. Mak dia dari tak mo beli barang, mesti kalah dengan pujuk rayu kak long.

Mia's Mom said...

Salam Acik :-D

OK je! mak dia pun sangat2 dialu2kan di Dundee ni! :-D

My Life My World said...

Mia's Mom - terima kasih MM sebab sudi menerima kehadiran kami :)

Anonymous said...

salam ros..cantiklah pinggan yg mereka pilih tu..tentu berselera makan dalam pinggan pilihan n idaman sendiri..hehehe..

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik :)

Sebenarnyer kalau pinggan tak cantik pun dia orang tetap berselera.

Tapi keseronokan makan tu bertambah la sebab syiok ada pinggan kepunyaan sendiri...hehehehe

mizadgreat said...

wah wah cik caya lu.....blog from yr true heart.....tak kira sehinggit ker 2 hinggit asalkan buat anak2 gumbira.....yang masalahnya dah jadi mak-mak mcm kita nanti lain lak taste nyerr.....miza suka.........tapi...huwaaaaa mahalnya sebijik.....

My Life My World said...

mizadgreat - aku main sehinggit dua hinggit jer. Kalau beratus ratus tu mintak mahap jer lah :).

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kakkkk....
saya nak pegi jugaklar..
kat umah tu pakai melamine jek .. dah naik kuning dahh..

budak2 dah pandai sikit niy bolehlah tukar..

kat tingkat brape kak ?


pst: sebenornya dok berkenan kat vantage & arcopal tp mak ooi reganya...

My Life My World said...

Salam Rina, pergi jangan tak pergi. Memang murah murah giler. Akak dah ada 2 set vantage dan 1 set arcopal. Rasa nyer dah cukup lah tu.

ROMANTIKA ni kat Selayang Mall, tingkat 3, sebelah area tempat makan dan sama floor dengan bowling. Memang boleh meroyan masuk dalam ni. Sapa yang suka hiasan English Style tu memang sini ler tempat nyer :)

Hehehehe bila pulak ROMANTIKA ni lantik akak jadi duta dia kan.

iDAN said...

Si Aran tu macam nak meantau jauh jer!...

My Life My World said...

Idan - Salam Bang Idan :)

Kalau merantau jauh untuk pendidikan, sejuk perut mak dia ngandungkan dia dulu. Kalau untuk kerja pun, untung mak dia boleh travel visit dia selalu. Harap nyer gitu lah. Amin ;)