Friday, October 22, 2010

INTERNET DAN P2



Teruja betul Hilman dan Aran tiap kali dah hari Jumaat ... sebab dah tiba masa boleh main 2 benda ni esok hari. Teruja macam nak sambut Raya Puasa lah gitu... hehehehe. Minggu lepas, line Streamyx kat rumah buat hal lah pulak, sepanjang hari Ahad tak boleh ber'tenet' langsung. Muka semua dah monyok macam ayam kena virus selsema burung.

Lepas repot line elok balik hari Rabu ... yang ni hari dilarang main. Dah macam cacing kepanasan jeling jeling kat PC dan sengih sengih kat mak, nak bodek ler tu. Sibuk nak bukak sebagai ganti tak dapat main hari Ahad. Tapi mak dia ni jenis hati kering... a big 'NO' yer anak anak :)

Hilman tak putus asa, hari Jumaat lepas balik sekolah dia terus SMS .... Mak boleh tak main computer. Kalau boleh Y kalau tak N :) Ecewah, nak balas SMS pun pakai simbol Y dan N kau. Macam nak bagi command dalam computer jer. Abih tu, mak dia tak der nyer nak jawap Y atau N pun. Siap mak dia membebel kat dalam SMS .... hahahahaha. Nasib kau ler Man dapat mak macam radiogram buruk yang tak boleh nak slowdown volume.

Dua benda ni lah pengikat anak anak aku tak boleh berenggang dari rumah. Kalau nak pergi mana-mana pun sure asyik teringat nak balik rumah jer lah. Bagus jugak, tak adalah aku risau anak aku merayau kat mana-mana kan, ada depan mata jer :)


Ehmmm...sila abaikan tudung saya yang merundum itu yer.

4 comments:

Anonymous said...

salam Ros...hehe..kadang2 kenakalan anak2 menghiburkan kita..hilang rasa nak marah..
biasalah kan mereka bosan juga duk rumah..nak pergi taman takut sekarang ni ..macam2 berlaku..
cucu makcik lagilah ..nak bermain dihalaman rumah pun takut sekarang ni..kalau makcik tak turun bermakna mere asyik tenguk tv je lah..kesihan kan..tak macam zaman kita dulu..

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik. Betul tu mak cik. Macam-macam perangai dia orang ni yang menghiburkan hati, yang menyakitkan hati pun ada gak Mak cik. Biasalah lumrah hidup.

Memang tak bebas dia orang ni, ramai orang kurang siuman kat luar tu. Kesian kan dia orang tak kenal Galah Panjang, Kundak Kundi, Seremban, Main Getah, Police and Thief ... pupus ler tak lama lagi mainan tu nanti kan mak cik.

Mrs Taz said...

alahai ...si pa'an clone abah dia betul ... =)

My Life My World said...

Mrs Taz - Betul betul betul ... beso nanti memang muka Hashim ler tu ... hik hik hik ... sama sama kita tengok yer Zia ;)