Friday, October 29, 2010

TO TAIPING WITH LOVE

Kami keluar rumah sekitar pukul 10.00 pagi. Itu pun lepas dah abih lipat kain dan kemas rumah serta sarapan. Aku buat macam ni sebab nanti waktu balik aku tak lah serabut kepala tengok rumah bersepah dan kain berlonggok. Perjalanan lancar, tak ada eksiden, tak ada jem, walaupun sepanjang jalan boleh lah dikatakan hujan turun kekadang lebat, kekadang renyai.


Suspen gak aku, especially bila lalu kat Gua Tempurung. Satu kereta baca Ayat Kursi masa lalu kat area ni, belum lagi kira kat radio pasang bacaan Surah Yassin. Tak singgah makan mana mana pun, cuma singgah Hentian Tapah jer, anak anak beli air dan jajan. Kami dah ambik sarapan berat kat rumah pagi tadi. Jadi tak ler rasa lapar sangat. Kita orang sampai Ipoh dalam pukul 12.oo ++ macam tu.




Cuaca kat Ipoh cantik lak masa lalu tu, terang benderang. Dan ini first time aku lalu Ipoh tak bayar tol kat Jelapang, laluan lebuhraya PLUS dah tanpa henti sekarang. Lama nyer aku tak ke Utara. Tapi lepas Terowong Menora ... hujan punyalah lebat, sampai tak nampak jalan. Dah ler waktu tu time turun bukit. Kereta semua slow jer, sebab banyak air bertakung kat jalan. Alhamdullilah ... tak ada apa-apa berlaku. Singgah buang air kat Hentian Sungai Perak sekejap dan sampai Taiping lebih kurang pukul 1.00++ macam gitu.




Ini ler salah satu punca besar aku singgah Taiping. Pergi rumah Cik Ayang Safiah :) Ini pertama kali aku sampai rumah dia kat SIMPANG (betul ker ni yang?), sebelum ni pernah sampai gak rumah dia, tapi waktu tu kat Pokok Assam. Best betul pergi rumah Ayang. Mak dia masak nasik daging special untuk kita orang. Sedap banget, bertambah-tambah kita orang makan, memang muka tak malu betul. Sampai tak sempat nak snap gambar nasi daging dia, sebab dah lapar... masa tu ingat nak makan jer dalam kepala otak.



Aku jatuh cinta dengan mak kau Ayang ... sporting, happening dan ramah giler. Macam dah lama kenal. Walhal baru jer 2 kali jumpa. Nak ambik jadi mak angkat boleh? ... hehehehe. Yang budak kat atas ni pun aku jatuh cinta jugak. So comel dan adorable dan keletah .. yang ni aku nak buat menantu boleh? ... hahahahaha. Merah merah ... sudi tak jadi menantu auntie? (kelip kelip mata) ... Lepas solat dan borak borak jap, kami bertolak ke pekan Taiping. Susah nak tinggalkan rumah Ayang sebenarnya. Macam duk umah sendiri pulak kita orang rasa.


Ayang pandu arah kita orang dari rumah dia ker Hotel Seri Malaysia. Masa tu ler lalu Muzium Taiping, sila rujuk gambar di atas. Terima kasih yer Ayang... jasa mu dikenang. Dah upah biskut cornflakes kan hari tu 3 ketul... hehehehe. Sri Malaysia Taiping ... hotel dia so so jer lah. Tapi sebab nak kan hotel yang ada pool, dan dekat dengan Taman Tasik Taiping serta Zoo Taiping, maka tempat ni lah jadi pilihan. Memang dekat sesangat pun.




Dia orang ni kalau duk hotel mesti nak mandi kat pool. Yer lah pulak kan, kat rumah sendiri tak ada swimming pool, masa gini ler nak berendam sampai kecut. Hilman dan Aran jer pun yang suka mandi kat Pool ni. Budak pompuan dah rasa malu nak terjun tiruk kat kolam ni. Semua kat situ budak budak kecik jer, tak ada orang dewasa pun yang mandi. Sempat ler Hilman tunjuk skill berenang kuak lentang dia kat aku. Hoye! hoye! ... anak mak dah pandai berenang :)



Malamnyer lepas Maghrib kami ke Zoo Taiping & Night Safari. Teruja betul anak anak, especially budak lelaki dua orang ni. Entrance Fee nak masuk sini RM16.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak. Bawak masuk kamera Free of Charge yer tuan-tuan ;)



Dan harga ni termasuk tambang naik Night Safari Mini Train sekali. Ramai gak orang yang datang, sampai Train sentiasa penuh. Train ni mengelilingi seluruh kawasan Zoo, dalam pada tu pemandu train akan terangkan pasal binatang-binatang yang ada kat kawasan yang dilalui tu. Seronok sangat. Anak anak teruja betul. Mak dia pun teruja gak ;D



Train berhenti kat kawasan Payung besar ni.
Kat sini ada kedai serbaneka yang jual macam-macam
barang cenderamata, minuman dan makanan.


Aran sempat gak lah pose kat sini, belakang tu ada kolam ikan. Ikan dia beso beso, macam macam kaler ada. Lepas rehat jap kat sini, kita orang jalan kaki kat dalam Zoo ni secara berkumpulan. Nak jalan anak beranak jer takut gak, dah lah golap walaupun ada lampu jalan. Manalah tahu kut-kut ada terlepas ker bintang buas, terjumpa ker Reptilia ... suspen gak :)


Ular berlingkar bawah pangkin


Sekawan rusa yang memang aktif diwaktu malam

Famili gajah ni baru jer terima cahayamata baru masa ni
Mak Gajah masih berpantang waktu ni
Orang Zoo tu yang kata ek ...
aku tulis jer ikut dia kata ;D


Sekawan burung sedang bertenggek kat pokok ditengah tasik


Yang ni anak aku, masa dah nak balik ni.

Kami keluar dari Zoo lebih kurang pukul 10.00 ++ malam gitu. Perut dah start bunyi lagu balada dah. Kak Long boleh kata, "Mak, kita pergi rumah Kak Yang nak, ada lagi tak Nasi Daging dia?" .... hohohohoho ... sungguh statement tak malu :P. Kami pusing-pusing bandar Taiping carik tempat makan. Sebab masa tu dah pukul 10.00 dekat pukul 11.00 dah, mana ada kedai makan bukak. Try gak carik KFC ker McD ker, kalau ikut kat peta yang kita orang ambik dari Hotel ... semua tempat ni kat Taiping Sentral. Nasib baik kita orang ada Hilman yang sungguh adventurous dan pandai baca peta ;) Tabik Spring lah kat Man .. Toing! Senang jer jumpa Taiping Sentral ni. Ha! hambik kau, punyerlah ramai orang kat sini. Nak carik tempat duduk kat Mc D pun kena Q Haidar. Iqa dan Aran tak larat nak keluar, dia orang dah tido dalam keta. So tapau jer lah untuk budak berdua ni.



Ini lak waktu bangun pagi, dah lapar balik. Anak anak aku ni memang kuat makan, nasib baik lah ikut Genetik Abah korang .... meninggi jer. Makan banyak mana pun tak gemuk gemuk. Dapat makan sebab ada boucher percuma, bayar untuk Aran jer. Ada nasik lemak kosong, tanpa lauk yang happening (masa ni ingat kat nasi daging lagi ... hehehehe) ,mee goreng dan roti bakar serta bijiran jer. Jadik lah, buat alas perut, tak leh banyak komplen. Bersyukur lah dengan apa yang ada.

To be continued .. tungguuuuuuuuuuuu
masalah nyer ada ker orang nak tunggu.... hu hu hu
perasan ler kau Acik :0

8 comments:

azieazah said...

Tak kira ler perasan ker tidak... Kak Azie memang nak tunggu sambungannya nanti. hehehe

Zoo Taiping memang best, Safari Night memang lain dari yg lain. Kak Azie pernah masuk sekali.

Tasik Taiping tu pun memang lawo.

*Taiping memang sentiasa dlm kenangan, sbb dulu 2 tahun ALONG di MRSM sana (dekat dgn Tasik Taiping), Kak Azie tiap bulan ke sana naik bas express berulang alik sensorang pi tengok dia.
Kadang2 takut sbb dok hotel murah sensorang 2,3 jam sementara tunggu bas tengah malam nak balik KL (turun bas terus masuk pejabat pun ada).

My Life My World said...

azieazah - Hehehehehe... terima kasih kak kerana menyokong yang tak membawa rebah ;D

Betul kak, masa dari Sri Malaysia ker Zoo Taiping, saya nampak signboard MRSM Taiping. Teringat Along dan akak.

Tasik Taiping dan Bandar Taiping memang mendamaikan, kami sekeluarga jatuh cinta dengan tempat ni. Tenang jer kawasan dan bandar ni.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak,


hamboiii... jalan sakan...

saya tak pernah ke sana pun lagi.
ada idea jugak kalau nak bawak budakk2 berjalan ni..


* sicomel tu memanglah syommelnya...

ayang said...

Emm... nak mak i jadi mak angkat u eeh.. Blh blh blh.. Tapi ada 1 syarat..
Syarat dia u kena jadi supplier kek taufu tiap-tiap hari sampai i muak nak mkn.. hahahahaa..
Deal or no deal???
Bila lak le akak pi tangkap gbr si merah tu eek. Tak perasaan lak..
Akak ni puji terlebih sudah dlm N3 ni.. Malu ayg. Lynan tak seberapa je. nanti datang lagi eeh.. Maxwell Hill tak gi lagi tu..
Akak br hari ni ayg tau nama terowong tu Menora... Kuang3x

mohdandmeriam said...

salam ros..makcik suka ketaiping...tapi tak pernah pergi zoo..
seronok kan jalan2 ..dapat singgah rumah kawan lagi la suka..dapat makan free dan sedap pula tu.

My Life My World said...

azrina.03.07 - Salam Rina :)

Pergi la Rina, bawak anak-anak. Akak pun tak abis jelajah lagi. Kuala Sepetang@Port Weld makan mee udang pun tak sempat. Ada ati jugak nak naik Bukit Larut, dia orang kata cantik dan sejuk kat atas tu. Mungkin lain kali lah pulak. Duk lama sikit ;D

My Life My World said...

ayang - Salam Ayang :)

Alahai ... setakat kek tofu sebagai syaratnya senang jer. Cakap jer bila ayang nak balik tepen lagi, akak sedia jadi supplier kat mak angkat kut itu. Hehehehehe ... tak ler teruk sangat macam syarat rombongan meminang Puteri Gunung Ledang kan ;)

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik :)

Best jugak Zoo Night Safari dia Mak Cik. Kalau pergi nanti bawak cucu mak cik yang 2 orang tu, mesti dia orang suka. Tambah-tambah sayang kat atuk dan nenek dia lepas ni. Hehehehe.