Thursday, October 28, 2010

LEBIH JAWA DARI ORANG JAWA


Aku bukan orang Jawa tapi inilah makanan feberet aku ... TEMPE. Setakat ni aku tak jemu lagi makan tempe, dan ianya akan sentiasa jadi makanan kegemaran aku. Kat rumah lak, aku sorang sorang jer lah yang makan Tempe, walaupun dikelilingi anak anak berketurunan jawa. Lain dah rupa bungkusan tempe ni, kalau dulu-dulu dibalut dengan daun, sekarang ni dia orang bungkus kat plastik jer. Kalau aku terhingin sangat nak makan, sepapan plastik tempe tu aku goreng garing garing lepas tu cicah garam. Ratah macam tu jer ... sodap. Tapi lagi sedap kalau balik rumah Mak Klang ... mak masak sambal goreng yang ada campur-campur dengan ati, paru, daging dan tempe tu ... sedapnyer. Sampai hari ni aku tak tahu masak benda ni, tahu makan jer ;D.



RESEPI SAMBAL GORENG

Bahan - bahan

10 keping tahu
10 keping tempe
½ kilo daging
½ kilo mempedal ayam
½ kilo hati ayam
½ kilo udang basah(sederhana besar)
tempe,tauhu potong kecil dan goreng.
daging,direbus potong kecil kemudian digoreng
Mempedal hati ayam potong kecil kemudian digoreng
Udang dibersihkan


¼ kilo lada merah
¼ kilo lada hijau
20 batang lada kering
6-7 biji bawang besar dihiris
5-6 biji bawang putih dihiris
2 batang serai dititik
2 inci lengkuas dititik
1 biji santan pekat
Asam jawa/belacan(air rebusan daging)
Gula, garam, perasa


Cara- cara
1. Panaskan minyak, masukkan cili kering yang dikisar halus goreng hingga baunya naik.

2. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih,lada merah dan lada hijau, kacau sehingga rata.

3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang digoreng seperti tempe, tauhu, daging, mempedal ayam, hati ayam, udang dan kacau sehingga rata.

4. Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan belacan masukkan gula,garam,dan perasa dan santan pekat, jika suka boleh bubuh petai.

5. Masak dengan api yang perlahan hingga sebati.


Credit to this blog untuk resepi di atas ...terima kasih :)

p/s : masa dulu-dulu tengok kat computer ada tertulis Java Script ... aku ingatkan itu tulisan untuk bahasa Jawa ... hik hik hik budusnyer aku. Yer lah aku bukan celik IT pun sampai ler sekarang, duk rabun dan teraba-raba lagi :)

11 comments:

Mrs Taz said...

acik , zia separuh jawa tapi tak suka makan tempe ... sume tempe zia serah kat yan atau faliq =D tapi KT kata makan tempe leh jadik putih melepak ;P

My Life My World said...

Mrs Taz - Salam Zia :)

Itu ler, Acik memang suka tempe dah Tauhu. Tak kisah lah masak apa pun. Sedap jer rasa. Ratah pun tak per. Bila tahu KT putih sebab tempe, lagi lah tambah suka makan... Hahahahaha

azieazah said...

ACIK, Kak Azie skang dah pandai skit masak Sambal Tempe + Ikan Bilis nih... sampai dapat Pujian Kelas Pertama (dan sehingga ada Pakcik kiter tu pun booking sebekas).. hehehe

Tak perlu jadi Jawa pun... tapi kalu dapat berjiran dgn orang Jawa, mesti besttt...!

Anonymous said...

anakaciktaklaku

hahahahaha

mohdandmeriam said...

salam ros..makcik adalah penggemar tempe..tapi ditempat makcik susah nak makan tempe..tercari2 resepi sambal tempe..dah dapat mesti pergi PChepa mencari tempe pula..

Anonymous said...

anakaciktaklaku

hahahahaha

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA :)

Wah! ini harus saya cuba rasa ni. Mana tahu saya pun macam Pakcik tu jugak kan, boleh booking 2-3 bekas.
Akak belajar masak sambal tu dengan Jiran Jawa akak yer? Best kan :)

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik :)

Kita serupa lah Mak Cik :)Kat sini lak dimerata kedai runcit semua ada tempe. Mungkin sebab kat sini ramai orang Jawa kut compare to Kelantan.

Malam ni tak gi tengok bola Makcik?

My Life My World said...

Anon - Salam Anon :)

Maaf yer, anda dah melangkui sempadan. Saya tak kisah jika nak kutuk saya, tapi jangan kutuk ayah pada anak anak saya. Jadi saya terpaksa meng'tong' sampahkan komen anda. Sekian, terima kasih.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kak !

koinsiden lah...

pg tadi baru office-mate cakap kat saya pasal ni...

hari-hari kenapa saya mesti amik tempe tak kira sambal ke, kuah lemak ke, goreng ke.. nak kata orang jawa bukan... hehehe...


memang suka ! dari kecik mak biasa masak.

My Life My World said...

azrina.03.07 - Salam Rina :)

Halamak! kita sama ler. Akak now ni hari-hari makan tempe. Nak diet ler konon. Kut-kut ler menjadi, muka pun leh putih mcm Pak Khir T.

Tapi Rina, tempe memang sedap kan ;D