Sunday, October 24, 2010

MAJLIS PERSANDINGAN SEBELAH OPIS


SABTU, 23 OKTOBER 2010

Aku dapat jemputan ke majlis kawin adik kepada Rina (member seopis) hari ni. Yang kebetulan rumah dia sebelah jer dengan opis aku. Dan kebetulan di hari yang sama jugak aku kena attend meeting kat opis. Dari pukul 10.30 pagi sampai la pukul 1.30 petang kat dalam bilik meeting. Mata dah kuyu ngantuk, perut dah berdondang sayang sebab lapar, makin lapar tengok member opis dah berbondong bondong ker majlis kenduri. Sayup sayup dengar band orang kawin kat dalam bilik meeting. Aduh! fikiran aku tak ada kat dalam meeting tu dah, mencabar jiwa dan minda sungguhlah. Nasib baik bos baik ati, kasik keluar awal dan dia sambung meeting lagi 'without me'. Sempat lak bos aku kasi wasiat kat aku, suruh jadik posmen dia kasik angpow kat pengantin sebab meeting dia tak abis lagi.



Masa sampai tu sambil di iringi ayang ku ... hehehe. Terus tuju mak pengantin, kasik 'angpow' bos dulu. Ingat leh makan kat meja special sebab wakil bos ... hahahahaha... perasan ler kau mak cik oiiiii !!!!! Dush dush dush ... sila kembali ke alam nyata :) lepas jumpa mak pengantin terus tuju meja 'buffet'. Senduk nasi, lauk pauk, air then terjah meja makan ... tak tunggu lama, licin pinggan aku. Ambik cendul dengan dadih lak lepas tu. Best! Best! sebab meja banyak jadi tak ler terhuru hara nak makan kasik laluan kat orang baru datang.




p/s: Kualiti gambar adalah tidak best, sebab ambik pakai hanpon. Iyo iyo oooo aku bawak kamera, tapi bila nak klik dia tulis 'NO MEMORY CARD' ... ish ish ish malu weh! nasib baik tak ada orang nampak. Baru aku teringat, memory card ada dalam card reader lupa nak keluarkan... hehehehe. Teruja konon ada card reader ;p

4 comments:

mohdandmeriam said...

salam ros..makcik pun selalu macam tu..nak ambil gambar tak ada memory card..lucu juga kan...

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik

Hahahaaha ... tu lah pasal, lawak jer kan mak cik. Gitu lah blogger, kemana mana pun bawak kamera :D

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

hahaha...
kak,

sama ngan sayalah... Beria-ia jer snap, dua tiga kali baru perasan takde memory card tapi nasib baiklah memory card tu ada dalam handbag.

My Life My World said...

Rina ... itu ler padah nyer excited sangat. Ngalahkah reporter suratkhabar kita ni kan ... hikhikhik