Friday, November 26, 2010

BOLA ITU BULAT ... KE LEPER ???

Semalam cerita aktiviti budak pompuan, hari ni aktiviti budak lelaki lak semasa cuti sekolah. Antaranya adalah bermain bola. Memang ler semua orang lelaki suka permainan ni kan. Tapi suka dalam erti kata turun padang betul betul main punyer atau tergolek di kaki TV sebab kaki bangku... gagagaga. Macam anak aku lah, ada team kesukaan masing-masing. Yang tak tahan tu, eksen tak moh team kat Malaysia ni, nak pergi kat EPL jer. Hilman dengan Chealsea dia, Aran lak dengan Manchester United lah pulak. Every day, pukul lima mesti turun padang, depan rumah. Padang pun sekangkang kera jer, suku dari padang futsal pun tak sampai ... hikhikhik ... jadilah buat boleh lari-lari, kejar bola, rebut bola, tendang bola, keluarkan peluh dan memenuhkan seluar dengan kemuncup (kes rumput lambat potong) :D Moh ler kita saksikan aksi-aksi tak hengat budak-budak ni ...


Aran tengah mengelecek ...


Aksi merebut-rebut bola ... aduh tersepit Aran ...
Weih! mana aci main tolak-tolak

Cuba korang teka kat mana bola itu .... hehehehe
Konon macam peraduan teka bola kat paper tu lah ;D
Ada hadiah nih tau
Hadiah dia nanti macam gambar kat bawah sekali tu ...


Chewah! macam 'PRO' jer lah pulak mak tengok ... hikhikhik


Kira taksub jugaklah anak-anak aku ni dengan permainan bola sepak. Siap nak beli kasut bola tu. Tak kuasa aku nak ngikut kepala dia orang memula, bukan nak jadi school player pun, state player lagi lah giler nak terpilih, estate player pun orang tak nak pilih. Takat main depan rumah jer, wakil rumah sendiri. Tapi seperti biasa, hari-hari duk berzikir kat telinga sampai aku tak larat nak dengar.

Belikan lah jugak. Memula tu nak beli yang mahal jer, takat cikai-cikai ni tak nak, mahu yang ala-ala player World Cup tu pakai. Demand giler anak aku, sampai aku cakap ambik yang ni jer... "Take it or Leave it", baru ler nak beli yang murah. Susahnyer anak zaman sekarang ni. Kalau dulu aku rasa, abah dengan mak beli apa pun aku sarungkan ajer walaupun tak suka ... tapi pilihan bukan kat tangan kita kan. Memula beli tu, untuk pertama kali Aran baru nak belajar ikat tali kasut sebab selama ni pergi sekolah pakai kasut strip jer. Tu ha gambo kat atas ni ... berjela tali kasut dia, kes tak pandai nak ikat lagi.

Pssstttt .... nak cerita nih. Tengok ler kasut dia orang berdua ni. Memula waktu beli tu bersemangat giler nak pakai. Sekarang ni kasut-kasut ni terdampar sepi kepasrahan kat atas longgokan 'sulatkhabar lama' ni. Bila aku tanya kenapa tak pakai kasut bola bila nak main? Hilman reason baik punyer dia kasi, "Ketat sangat" ... Aran punyer reason pun setaraf dengan abang, "Tak pandai nak ikat tali kasut". Memang ler hangat-hangat taik ayam korang nih, nasib baik tak beli kasut yang mahal.

Sapa betul jawab jawapan teka bola tadi ??? Ni ler hadiah nyer, nah ambik sorang satu ... hahahahaha ... Entah berapa banyak bola dah dibeli untuk budak berdua ni. Lawa dan bulat nyer tak sampai seminggu lepas tu gini ler jadi nyer bola-bola tu, LUNYAI DAN LEPER. Tapi korang jangan tak tahu, yang leper dan lunyai ni ler yang depa duk bantai main hari-hari... asalkan ada benda yang boleh disepak. Jadilah kan dari tak ada. Akhir kata dari aku, "Majulah Sukan untuk Negara", nak jugak sebut slogan nih ;D

6 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

sekejap jer eh kak..

Along pun mintak jugak kasut bola malam kelmarin utk waktu sukan kata dia..

saya kata tunggu dah masuk sekolah atau confirm nak main bola baru beli..hehe..

masam aje dia..

azieazah said...

Hikhikhik!

Majulah sukan untuk negara... dan diri sendiri.

Ok gak tu, ada minat sepk menyepak kuar peluh. Lebih baik dari suka melepak kita tak nampak...
kurang2 kita leh lihat depan mata.

Biar jer lah ACIK, asal dia tak bergaduh bertumbuk sepak pengadil, dah lerrrr....

anymz said...

anak bujang akak yg sulung dulu cenggitu le,bila nak kasut bola sanggup ikut perut tak berbelanja.simpan duit sendiri bila maknya ni tak layan.konon2 nak beli kasut..tak sampai hati akak belikan jugak,sudahnya kasut tu smpai hari ni dok terperuk dlm kabinet kasut...
eh!!!..kalau bola tu leper jadi frisbee lah pulak ya..

My Life My World said...

azrina03.07 - Salam Rina :)

Ha'ah dik, elok jer lah tunggu bukak sekolah nanti. Kalau beli pun tok sah lah yang mahal-mahal, melainkan memang lunyai dia pakai kasut murah tu baru ler beli yang mahal ... nasihat akak macam ler pakar sangat kan ... hehehehe

Tapi bebudak memang macam ni, tengok kawan atau sepupu ada, dia pun nak jugak. Saboo jer lah ;)

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA :)

Tak larat nak bersukan la sekarang ni, cukup ler negara jer yang bersukan... hehehehehe.

Memang anak saya tak akan pergi jauh, kalau jauh sikit, siap ler mak dia kasi peluru berpandu dua tiga das. Biar kawan datang umah, tak per ... jangan dia lak nak merayau. Senang nak perati bila depan mata.... sepak pengadil... hahahaha ... yang tu belum, takat muka Aran calar balar macam samseng kampung dusun tu adalah.

My Life My World said...

anymz - Salam Kak Anim :)

Hehehehe ... sama ler perangai dengan anak saya. Memang dia orang ni gitu kut. Bila tak ada merengek giler, bila dah ada buat tak nampak jer. Senang dapat kekadang buat dia tak menghargai sesuatu barang tu agaknyer ;)