Tuesday, November 16, 2010

CUTI SEKOLAH DAH BERMULA


Hari ni start cuti sekolah dan sekolah akan dibuka semula pada 03hb Januari 2011 .... cepat nyer lah kan masa berlalu. Sepatutnya hari Jumaat ni last sekolah. Mungkin disebabkan Hari Raya Haji Rabu ni maka cuti adalah dipercepatkan. Waktu-waktu gini aku terfikir, apasal tak terbuka hati aku untuk jadi Cikgu masa lepas abis study dulu macam dua tiga orang coursemate aku. Banyak sikit dapat cuti, banyak sikit dapat luangkan masa dengan anak-anak tercinta. Lepas tu kan masa hari guru mesti dapat banyak hadiah.... hehehe ... Aku nampak yang indah jer kat sini. Betul ker Mak Cik Meriam, hidup jadi Cikgu ni best? Tapi kalau aku jadi cikgu mesti ramai anak murid benci kut. Aku ni jenis garang macam singa ... tak percaya??? Cuba tanya anak-anak burung kat atas tu ...hehehehe

Yang kecik dua orang tu boleh tahan lagi kalau aku membebel. Duk diam kat rumah menikus. Yang besar dua orang tu pulak kalau aku start naik hangin memang pandai jer melarikan diri kerumah Mak Tok. Itu kira baik lagi sebab tak menjawab. Pandai korang yer, mak perasan nih o-o. Apakah angin dan darah aku akan naik musim cuti ni ??? Bergantung lah pada kesopanan dan kesusilaan korang berempat menjaga rumah dan kebersihan serta kekemasan. Tidak lupa diri dan tidak pengsan didepan Internet, PS2 dan Astro. Dan tidak meninggalkan Solat 5 Waktu. Kalau ler sebaliknyer yang berlaku, memang ler mak akan balik dengan Mode Tsunami plus Gunung Merapi meletus lepas tu. So .... anak-anak ini kira peringatan yer. Mak tahu korang baca ini ;D

Semalam aku dah siap beli stok barang makanan banyak-banyak kat GIANT. Biasalah anak-anak tengah membesar bagai JOHAN ni, duk pulak rumah, musim-musim sejuk pulak sebab hujan sentiasa. Memang perut korang akan asyik lapar jer lah. Lepas makan jangan nak tinggalkan pinggan di singki, lepas menggoreng jangan nak biarkan dapur berminyak. Jangan makan di atas karpet yer sila makan di dapur sahaja. Nanti bersemut dah tu korang baring merata, nanti kena gigit semut mak jugak yang susah. Erkkk ... apasal post kali ni dah jadi sessi membebel pulak. Penuh peringatan untuk anak-anak ku Kak Long, Iqa, Hilman dan Aran.

Kalau korang baik ikut kata, mood mak pun best .... Insya ALLAH, korang nak kemana-mana jer nanti, pasti mak bawak. Kita masing-masing ada tanggungjawab. Jadi mari kita laksanakan tanggungjawab kita dengan baik yer anak-anak ku. Buat Iqa dan Hilman, korang enjoy katak ler dulu setakat bulan November ni, sebab nanti bulan Disember korang dah kena perintah berkurung dari mak. Demi kebaikan korang jugak ... sebab mak sayang korang ;D

Bukan senang nak jadi Mak nih ...

14 comments:

lemongrass said...

Hikhikhikhik....
Baik Mak, kami akan menurut segala perintah bebelan Mak :-P

ayang said...

Si kak long suka sungguh tangkap gambar gaya gitu.. Tahun depan kena gaya baru lak eeh kak long... hahahaha

Madam Casper said...

Memang agak penat bila coti sekolah ni. Semua berhimpun kat rumah maka macam-macam agenda la anak-anak ni.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Nak ikutttttt...

Anonymous said...

salam ros..jadi cikgu ni mesti kena ada minat,kalau tak tak jadi..membebankan..makcik memang seronok jadi cikgu..tapi kawan2 makcik kata sekarang ni workloadnya terlalu banyak hingga tak cukup masa nak 'mengajar'..banyak paper works yg entah apa2..i really enjoyed teaching..
hehe..memang cuti sekolah ration mesti banyak sebab anak burung dah tentu selalu kelaparan..

azieazah said...

Hehehehe padan muka budak-budak.

Kita orang taknak komen, sebab bukan kami yang kene bebel..

hahahahahahaha

My Life My World said...

lemomgrass - Salam Min :) Salam Aidil Adha untuk Min dan keluarga.

Bagus anak mak... hehehehehe.. senang mak kalau anak mak macam Min menurut segala perintah ... oppssss silap bebelan .... hahahaha

My Life My World said...

ayang - Salam Aidil Adha Ayang :)

Kalau ayang nak tahu itu style 'Tabik Datuk Nenek Anak Cucu Tumpang Lalu' ... hahahahaha ... dia tengah membodek mak dia lah tu. Tahun depan tak tahu lah style apa pulak, style cermin mata kut ... hikhikhik

My Life My World said...

Madam Casper - Salam Madam :)

Tak disangkal lagi, memang penat. Itu belum kira setiap jam telefon mak dia kat opis lak tu. Kes mengadu domba membatu api semua ada ... sabar jer lah kita yang kat opis nih.

My Life My World said...

azrina03.07 - Salam Rina

Nak Itut .... JOM, tapi kena ikut bebelan mak tu dulu taw ... hahahahaha ;D

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Aidil Adha Mak Cik dan Pak Cik, Marissa dan Muzafar dan Dd jugak ;D

Betul kata Mak Cik, nak jadi cikgu ni kena ada minat dan kasih sayang serta ikhlas. Takat nak cuti dan hadiah jer tak ada maknya nyer kan mak cik. Lagi-lagi pulak sekarang nih, anak murid yang dah ter'advance' pandai. Kalau saya jadi cikgu mahu tak terjawab soalan advance dia orang tu.

My Life My World said...

azieazah - Salam Adil Adha untuk Kak AA dan keluarga

Hahahahaha ... tu baru sikit jer bebelan mak dia tu. Baru Pre-Bebelan ... kata orang bebelan manja-manja sayang gitu. Belum 'Hard-Core' lagi tuh...

Mia's Mom said...

Salam Acik :-D

Ni patut print, frame and gantung di depan PS2, Astro & tempat2 yang sewaktu dengannya :-D

My Life My World said...

Mia's MOM - Salam MM

Kalau boleh nak letak kat semua sudut rumah peringatan tu. Siap tampal muka mak dia sekali kat tepi setiap peringatan tuh... Hahahahaha