Friday, October 29, 2010

TO TAIPING WITH LOVE

Kami keluar rumah sekitar pukul 10.00 pagi. Itu pun lepas dah abih lipat kain dan kemas rumah serta sarapan. Aku buat macam ni sebab nanti waktu balik aku tak lah serabut kepala tengok rumah bersepah dan kain berlonggok. Perjalanan lancar, tak ada eksiden, tak ada jem, walaupun sepanjang jalan boleh lah dikatakan hujan turun kekadang lebat, kekadang renyai.


Suspen gak aku, especially bila lalu kat Gua Tempurung. Satu kereta baca Ayat Kursi masa lalu kat area ni, belum lagi kira kat radio pasang bacaan Surah Yassin. Tak singgah makan mana mana pun, cuma singgah Hentian Tapah jer, anak anak beli air dan jajan. Kami dah ambik sarapan berat kat rumah pagi tadi. Jadi tak ler rasa lapar sangat. Kita orang sampai Ipoh dalam pukul 12.oo ++ macam tu.




Cuaca kat Ipoh cantik lak masa lalu tu, terang benderang. Dan ini first time aku lalu Ipoh tak bayar tol kat Jelapang, laluan lebuhraya PLUS dah tanpa henti sekarang. Lama nyer aku tak ke Utara. Tapi lepas Terowong Menora ... hujan punyalah lebat, sampai tak nampak jalan. Dah ler waktu tu time turun bukit. Kereta semua slow jer, sebab banyak air bertakung kat jalan. Alhamdullilah ... tak ada apa-apa berlaku. Singgah buang air kat Hentian Sungai Perak sekejap dan sampai Taiping lebih kurang pukul 1.00++ macam gitu.




Ini ler salah satu punca besar aku singgah Taiping. Pergi rumah Cik Ayang Safiah :) Ini pertama kali aku sampai rumah dia kat SIMPANG (betul ker ni yang?), sebelum ni pernah sampai gak rumah dia, tapi waktu tu kat Pokok Assam. Best betul pergi rumah Ayang. Mak dia masak nasik daging special untuk kita orang. Sedap banget, bertambah-tambah kita orang makan, memang muka tak malu betul. Sampai tak sempat nak snap gambar nasi daging dia, sebab dah lapar... masa tu ingat nak makan jer dalam kepala otak.



Aku jatuh cinta dengan mak kau Ayang ... sporting, happening dan ramah giler. Macam dah lama kenal. Walhal baru jer 2 kali jumpa. Nak ambik jadi mak angkat boleh? ... hehehehe. Yang budak kat atas ni pun aku jatuh cinta jugak. So comel dan adorable dan keletah .. yang ni aku nak buat menantu boleh? ... hahahahaha. Merah merah ... sudi tak jadi menantu auntie? (kelip kelip mata) ... Lepas solat dan borak borak jap, kami bertolak ke pekan Taiping. Susah nak tinggalkan rumah Ayang sebenarnya. Macam duk umah sendiri pulak kita orang rasa.


Ayang pandu arah kita orang dari rumah dia ker Hotel Seri Malaysia. Masa tu ler lalu Muzium Taiping, sila rujuk gambar di atas. Terima kasih yer Ayang... jasa mu dikenang. Dah upah biskut cornflakes kan hari tu 3 ketul... hehehehe. Sri Malaysia Taiping ... hotel dia so so jer lah. Tapi sebab nak kan hotel yang ada pool, dan dekat dengan Taman Tasik Taiping serta Zoo Taiping, maka tempat ni lah jadi pilihan. Memang dekat sesangat pun.




Dia orang ni kalau duk hotel mesti nak mandi kat pool. Yer lah pulak kan, kat rumah sendiri tak ada swimming pool, masa gini ler nak berendam sampai kecut. Hilman dan Aran jer pun yang suka mandi kat Pool ni. Budak pompuan dah rasa malu nak terjun tiruk kat kolam ni. Semua kat situ budak budak kecik jer, tak ada orang dewasa pun yang mandi. Sempat ler Hilman tunjuk skill berenang kuak lentang dia kat aku. Hoye! hoye! ... anak mak dah pandai berenang :)



Malamnyer lepas Maghrib kami ke Zoo Taiping & Night Safari. Teruja betul anak anak, especially budak lelaki dua orang ni. Entrance Fee nak masuk sini RM16.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak. Bawak masuk kamera Free of Charge yer tuan-tuan ;)



Dan harga ni termasuk tambang naik Night Safari Mini Train sekali. Ramai gak orang yang datang, sampai Train sentiasa penuh. Train ni mengelilingi seluruh kawasan Zoo, dalam pada tu pemandu train akan terangkan pasal binatang-binatang yang ada kat kawasan yang dilalui tu. Seronok sangat. Anak anak teruja betul. Mak dia pun teruja gak ;D



Train berhenti kat kawasan Payung besar ni.
Kat sini ada kedai serbaneka yang jual macam-macam
barang cenderamata, minuman dan makanan.


Aran sempat gak lah pose kat sini, belakang tu ada kolam ikan. Ikan dia beso beso, macam macam kaler ada. Lepas rehat jap kat sini, kita orang jalan kaki kat dalam Zoo ni secara berkumpulan. Nak jalan anak beranak jer takut gak, dah lah golap walaupun ada lampu jalan. Manalah tahu kut-kut ada terlepas ker bintang buas, terjumpa ker Reptilia ... suspen gak :)


Ular berlingkar bawah pangkin


Sekawan rusa yang memang aktif diwaktu malam

Famili gajah ni baru jer terima cahayamata baru masa ni
Mak Gajah masih berpantang waktu ni
Orang Zoo tu yang kata ek ...
aku tulis jer ikut dia kata ;D


Sekawan burung sedang bertenggek kat pokok ditengah tasik


Yang ni anak aku, masa dah nak balik ni.

Kami keluar dari Zoo lebih kurang pukul 10.00 ++ malam gitu. Perut dah start bunyi lagu balada dah. Kak Long boleh kata, "Mak, kita pergi rumah Kak Yang nak, ada lagi tak Nasi Daging dia?" .... hohohohoho ... sungguh statement tak malu :P. Kami pusing-pusing bandar Taiping carik tempat makan. Sebab masa tu dah pukul 10.00 dekat pukul 11.00 dah, mana ada kedai makan bukak. Try gak carik KFC ker McD ker, kalau ikut kat peta yang kita orang ambik dari Hotel ... semua tempat ni kat Taiping Sentral. Nasib baik kita orang ada Hilman yang sungguh adventurous dan pandai baca peta ;) Tabik Spring lah kat Man .. Toing! Senang jer jumpa Taiping Sentral ni. Ha! hambik kau, punyerlah ramai orang kat sini. Nak carik tempat duduk kat Mc D pun kena Q Haidar. Iqa dan Aran tak larat nak keluar, dia orang dah tido dalam keta. So tapau jer lah untuk budak berdua ni.



Ini lak waktu bangun pagi, dah lapar balik. Anak anak aku ni memang kuat makan, nasib baik lah ikut Genetik Abah korang .... meninggi jer. Makan banyak mana pun tak gemuk gemuk. Dapat makan sebab ada boucher percuma, bayar untuk Aran jer. Ada nasik lemak kosong, tanpa lauk yang happening (masa ni ingat kat nasi daging lagi ... hehehehe) ,mee goreng dan roti bakar serta bijiran jer. Jadik lah, buat alas perut, tak leh banyak komplen. Bersyukur lah dengan apa yang ada.

To be continued .. tungguuuuuuuuuuuu
masalah nyer ada ker orang nak tunggu.... hu hu hu
perasan ler kau Acik :0

Thursday, October 28, 2010

LEBIH JAWA DARI ORANG JAWA


Aku bukan orang Jawa tapi inilah makanan feberet aku ... TEMPE. Setakat ni aku tak jemu lagi makan tempe, dan ianya akan sentiasa jadi makanan kegemaran aku. Kat rumah lak, aku sorang sorang jer lah yang makan Tempe, walaupun dikelilingi anak anak berketurunan jawa. Lain dah rupa bungkusan tempe ni, kalau dulu-dulu dibalut dengan daun, sekarang ni dia orang bungkus kat plastik jer. Kalau aku terhingin sangat nak makan, sepapan plastik tempe tu aku goreng garing garing lepas tu cicah garam. Ratah macam tu jer ... sodap. Tapi lagi sedap kalau balik rumah Mak Klang ... mak masak sambal goreng yang ada campur-campur dengan ati, paru, daging dan tempe tu ... sedapnyer. Sampai hari ni aku tak tahu masak benda ni, tahu makan jer ;D.



RESEPI SAMBAL GORENG

Bahan - bahan

10 keping tahu
10 keping tempe
½ kilo daging
½ kilo mempedal ayam
½ kilo hati ayam
½ kilo udang basah(sederhana besar)
tempe,tauhu potong kecil dan goreng.
daging,direbus potong kecil kemudian digoreng
Mempedal hati ayam potong kecil kemudian digoreng
Udang dibersihkan


¼ kilo lada merah
¼ kilo lada hijau
20 batang lada kering
6-7 biji bawang besar dihiris
5-6 biji bawang putih dihiris
2 batang serai dititik
2 inci lengkuas dititik
1 biji santan pekat
Asam jawa/belacan(air rebusan daging)
Gula, garam, perasa


Cara- cara
1. Panaskan minyak, masukkan cili kering yang dikisar halus goreng hingga baunya naik.

2. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih,lada merah dan lada hijau, kacau sehingga rata.

3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang digoreng seperti tempe, tauhu, daging, mempedal ayam, hati ayam, udang dan kacau sehingga rata.

4. Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan belacan masukkan gula,garam,dan perasa dan santan pekat, jika suka boleh bubuh petai.

5. Masak dengan api yang perlahan hingga sebati.


Credit to this blog untuk resepi di atas ...terima kasih :)

p/s : masa dulu-dulu tengok kat computer ada tertulis Java Script ... aku ingatkan itu tulisan untuk bahasa Jawa ... hik hik hik budusnyer aku. Yer lah aku bukan celik IT pun sampai ler sekarang, duk rabun dan teraba-raba lagi :)

Wednesday, October 27, 2010

PERGI TAK KEMBALI ...

Pagi tadi masa on the way datang opis, lepas Komuter Sg. Buloh kat bawah jejantas PLUS tetiba jalan sesak. Alahai dalam ati, tak kan sesak dah sampai sini kut. Jauh lagi tu nak kesampai Simpang Penchala. Terkemut-kemut ... ghupa-ghupanyer ada eksiden menghala ke Sg Buloh. Kereta Kelisa dah langgar satu motor. Masa aku lalu tu, rakyat-rakyat Malaysia telah bersatu hati mengangkat mangsa masuk dalam kereta nak bawak pergi spital. See ... aku dapat tengok benda tu, sebab tu jalan sesak ... aku tahu semua kereta pun slow sebab nak tengok kejadian. Serupa ler dengan aku, lagi mahu bising jalan sesak.... hikhikhik :) Harapnya mangsa tu tak lah teruk sangat, dan harapnya dia kembali kerumah dia bila sembuh nanti. Tapi bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya ... iklan jer ni :)



Yang pergi tak kembali tu si Sotong 'Paul' yang femes seantero dunia masa Piala Dunia ari tu. Dah mati dah sotong ni. Sakit apalah agaknyer yer. Stress kut, kerja kuat sangat. Tak pun sakit jantung, darah tinggi fikirkan orang Jerman yang asik nak bunuh dia... hahahaha. Terkejut jugak bila dengar news pagi tu. Binatang mana lah jadi mangsa untuk dijadikan Tok Bomoh lepas ni. Adakah ular, sesumpah, kura-kura atau tapir?. Tapi dengar cerita nyer ... dia orang akan melatih Sotong Kurita yang lain lak untuk jadi bomoh lepas ni. Adakah sehebat 'Paul' ? Sama-sama ler kita tunggu ek.




Masa aku cerita kat Hilman dan Aran masa sarapan pagi tadi , dia orang terkejut. Tak lah sampai terkejut beruk. Tak sangka lak peminat 'Paul' rupanyer anak aku nih :) ... Siap Aran boleh kata, "Mak, mesti dia orang buat pengkebumian dia secara besar-besaran kan" hehehehe.... tak dapat aku bayangkan :D Ada serupa ker macam pengkebumian Lady Diana atau Micheal Jackson tu. Hmmm ...




Agak-agak kalau sotong yang dah mati ni, boleh tak buat lauk?
Masak lemak cili api ker, sambal sotong ker, tak pun sotong celup tepung pun sodap ... Laparnyaaaaaaaaaa ....


Tuesday, October 26, 2010

ADA AJER JAWAPAN NYER



Aku suka makan beramai-ramai. Tak suka makan sorang-sorang. Selain senang nak kemas dapur, dapat eratkan sillaturahim dan bertukar-tukar cerita, boleh gak tengok perangai anak bila makan. Yang aku selalu perhati ... Hilman dan Paan kalau makan lauk kegemaran dia orang, lauk tu mesti nak simpan tepi. Bagi dia orang berdua ni, biar abis nasik dulu jangan abis lauk. Kekadang datang idea jahat aku, nak jer rembat lauk yang dia orang simpan tu. Hehehehe ... sebab macam tak nak makan jer kuis-kuis tepi semua.

Semalam dulukan aku masak ayam yang kat cerita bawah tu. Masa Hilman tengah makan aku duk tepi dia. Aku tanya ler, "Man nasi dah abis, apasal tak makan lauk ni, tak nak ker?" .... jawap dia dengan muka toya "Save the best for the last" ... Ecewah! ada jer jawapan kau yer Man, ingat nak nyanyi lagu Vanessa Williams ker. Bila terkenangkan perangai anak-anak ni, kekadang buat aku senyum panjang ... macam macam la jawapan korang. Ikut sapa ler agak nyer ek .... hehehehe loyar buruk sungguh.

ANDAI KATA SERAI BERBUNGA ...

Dan aku yang jumpa bunga tu, mesti aku kaya raya. Mak aku kata, kalau ada serai berbunga, korek tanah kat bawah pokok serai tu ... sebab ada harta karun kat bawah pokok serai yang berbunga. Tak tahulah aku betul ke tidak nyer mitos mak aku tu. Yang pasti bukan nak cerita pasal serai pun, tapi nak cerita pasal aku guna banyak serai untuk goreng ayam hari Ahad semalam. Gebang jer kat atas tu ... hahahaha... nak kasi tajuk dia nampak 'COOL' . Cool lah sangat konon :P



Mood main masak masak sudah mari Ahad lepas. Tetiba mengidam lak nak makan Ayam goreng serai. Penah buat sekali dulu dan ini kali kedua. Resepi nyer aku ambik dari Blog Mak Lang, jurutera yang terer masak dan buat R.E. (Ribbon Embroidery) sampai masuk paper lah cerita pasal dia. Memula sekali kasik blend ... campak jer semua dalam blender 1 labu bawang putih + 2 ibu jari Lengkuas + 10 batang serai + 4 bijik cili kering. Bawang putih tu kopek dulu kulit nyer yer anak-anak, Lengkuas tu pun, , serai pulak kasik racik racik - lagi banyak serai lagi best, cili kering kalau nak pedas letak lah banyak sikit. Aku suker pedas :) Masa nak blend tu letak la air, kalau idak tak gerak lak blender korang nanti ... rosak kalu, aku tak tanggung :o



Ini untuk seekor ayam yer anak-anak. Bersihkan ayam sebersih-bersih nyer. Pakai ler asam jawa sikit kasi hilang bauan yang tak enak ker. Bahan yang di blend tadi campurkan ke dalam ayam yang dah bersih tu. Pecahkan telur kat mangkuk lain dan masuk dalam campuran ini + garam secukup rasa. Korang gaul la kasi sebati. Perap ler sekejap. 5 - 10 minit pun dah okay :) ... senangkan. Main campak campak jer.



Kemudiannya boleh digoreng ... api pelan pelan yer sayang, nanti takut tak masak lak kat dalam nyer kalau api panas sangat. Macam korang tak tahu kan. Korang semua lagi expert dari aku ... hehehehe. Goreng lah dengan seradak serai tu sekali. Bau serai tu lah yang akan membuatkan kita bertambah-tambahlah lapar nyer. Anak-anak aku 2-3 kali masuk dapur, sibuk duk tanya, "dah boleh makan ker mak" ... waduh! mak dia bersilat kat dapur tak ada lah nak tolong, tahu tahu nyer nak makan jer. Anak-anak zaman ni gitu ler, aku dulu pun sama kut .... hahahahaha. Padan muka aku, kalau nak masak sekarang jenuh lah duk melompat-lompat blog orang carik resepi :D. Nak tanya mak ... malu, nanti kena smash dengan mak, "Ha! ... dulu masa aku masak kau tak nak tengok", pedih telinga tu ... hahahahaha



Jadik lah 3 macam lauk. Goreng kacang panjang dengan udang, ayam goreng serai dengan sambal sardin. Yang sardin ni wajib ada tiap-tiap minggu. Feberet Iqa tu, dia makan nasik dengan sardin tak ada lauk lain pun jadik. Kekadang penat gak, nak sempurnakan hajat anak-anak yang tak sama selera ni. Yang sulung mintak A, yang tengah mintak B, yang kecik mintak C ... last last yang terkorban mak dia. Tapi aku tak adalah ikutkan sangat kepala dia orang ni, sebab aku lebih suka ikut kepala aku sendiri. Ikut suka ati akulah bila terasa nak makan apa ... hahahaha. Kesian nyer lah anak aku. Tapi mak tahu, apa yang mak suka mesti korang suka jugak ... kan kan kan. Korang semua sayang mak kan ;D



Sedang elok jer abis masak, datang anak sedara aku 2 orang ni. Weih! Iman dengan Inas ... bau ayam goreng serai mak lang sampai ke Tasik Putri ker :) Berselera sungguh dia orang makan. Kicap tak tinggal, memang ler spesis keluarga aku, Kalau makan mesti nak ada kicap walaupun lauk nyer dah masin. Lepas makan jangan lupa kemas dapur basuh pinggan aaaa, mak dah penat nak duk depan TV nak tengok MELODI. Mak tak lapar, sebab sambil masak sambil lauk masuk mulut ... hik hik hik.

Monday, October 25, 2010

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI



Atas nasihat orang-orang yang disayangi, maka aku terpaksa menutup sementara Ruang Kotak 'LET'S TALK" kat Blog aku. Bukan takut dengan Anonymous yang sering berselindung dengan pelbagai nama, tapi setia mengikuti blog aku tu. Tapi tak mahulah ianya akan menganggu perasaan orang-orang yang disayangi dan pembaca yang lain. Tak pasal pasal jadi ruang gaduh pulak macam sebelum ini.

To Anon yang disayangi, saya hargai penat lelah awak untuk menulis di ruang saya. Lepas ni sila lepaskan perasaan di ruang komen saya pula ya. Saya sangat mengalu-alukan komentar anda. Penat lelah dan jerih payah Anon mengikuti Blog dan melepaskan perasaan amat amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.


Harta yang paling besar ialah SABAR
Teman yang paling akrab ialah AMAL
Pengawal yang paling waspada ialah DIAM
Bahasa yang paling indah ialah SENYUM

p/s : dan aku sering tersenyum membaca setiap patah kata Anon :)


See full size image

Sunday, October 24, 2010

MAJLIS PERSANDINGAN SEBELAH OPIS


SABTU, 23 OKTOBER 2010

Aku dapat jemputan ke majlis kawin adik kepada Rina (member seopis) hari ni. Yang kebetulan rumah dia sebelah jer dengan opis aku. Dan kebetulan di hari yang sama jugak aku kena attend meeting kat opis. Dari pukul 10.30 pagi sampai la pukul 1.30 petang kat dalam bilik meeting. Mata dah kuyu ngantuk, perut dah berdondang sayang sebab lapar, makin lapar tengok member opis dah berbondong bondong ker majlis kenduri. Sayup sayup dengar band orang kawin kat dalam bilik meeting. Aduh! fikiran aku tak ada kat dalam meeting tu dah, mencabar jiwa dan minda sungguhlah. Nasib baik bos baik ati, kasik keluar awal dan dia sambung meeting lagi 'without me'. Sempat lak bos aku kasi wasiat kat aku, suruh jadik posmen dia kasik angpow kat pengantin sebab meeting dia tak abis lagi.



Masa sampai tu sambil di iringi ayang ku ... hehehe. Terus tuju mak pengantin, kasik 'angpow' bos dulu. Ingat leh makan kat meja special sebab wakil bos ... hahahahaha... perasan ler kau mak cik oiiiii !!!!! Dush dush dush ... sila kembali ke alam nyata :) lepas jumpa mak pengantin terus tuju meja 'buffet'. Senduk nasi, lauk pauk, air then terjah meja makan ... tak tunggu lama, licin pinggan aku. Ambik cendul dengan dadih lak lepas tu. Best! Best! sebab meja banyak jadi tak ler terhuru hara nak makan kasik laluan kat orang baru datang.




p/s: Kualiti gambar adalah tidak best, sebab ambik pakai hanpon. Iyo iyo oooo aku bawak kamera, tapi bila nak klik dia tulis 'NO MEMORY CARD' ... ish ish ish malu weh! nasib baik tak ada orang nampak. Baru aku teringat, memory card ada dalam card reader lupa nak keluarkan... hehehehe. Teruja konon ada card reader ;p

Saturday, October 23, 2010

BACAAN KAD


Semalam masa duk berpoya poya di Digital Centre kat BREM MALL, aku telah merembat 'Card Reader' @ Bacaan Kad yang kat atas ni hah. Aku selalu ada masalah bila nak 'up-load' gambar kat Blog sebab kabel kamera entah kemana-mana anak-anak aku humban. Jadi nyer meng'upload' gambar adalah menjadi lebih muda selepas ini :) Acik suker. Murah jer, kat stiker 'card reader' tulis 29 hengget. Aku mintak kurang memula tu 18 hengget ... hik hik hik ... lepas tu up sikit naik 20 hengget tak lepas jugak. Hmmm ... okaylah last kopek mintak 23 hengget ... baru lepas. Ni kalau ada Kak Long sebelah aku ni mesti dah dia membebel kat aku "Mak, cukup lah tu banyak sangat kurang tu" ... sampai aku pun konfius, bila pulak orang kedai tu lantik anak aku jadi jurujual. Kak Long boleh kesian kat jurujual tu pulak sebab aku kurangkan harga banyak sangat :( Hish Kak Long ni memang tak membantu langsung taw, nasib baik hari tu aku tak bawak dia. Tapi tak adalah turun banyak mana pun, takat 6 hengget jer.... Hmmmm ... kena asah lagi skill tawar menawar nih.

p/s: baru belajar nak letak 'watermark' ... sebab gambar aku sebelum ini telah diciluk oleh seorang cikgu untuk di pakai dalam slide show dia... hikhikhik.. Nazri, kalau awak tak kasik tahu tentang ini, sure auntie tak tahu tentang pen'ciluk'an itu. Dalam ati rasa bangga gak, tak sangka ada orang ilmiah yang terkenal baca blog aku ... hehehehehe

Friday, October 22, 2010

INTERNET DAN P2



Teruja betul Hilman dan Aran tiap kali dah hari Jumaat ... sebab dah tiba masa boleh main 2 benda ni esok hari. Teruja macam nak sambut Raya Puasa lah gitu... hehehehe. Minggu lepas, line Streamyx kat rumah buat hal lah pulak, sepanjang hari Ahad tak boleh ber'tenet' langsung. Muka semua dah monyok macam ayam kena virus selsema burung.

Lepas repot line elok balik hari Rabu ... yang ni hari dilarang main. Dah macam cacing kepanasan jeling jeling kat PC dan sengih sengih kat mak, nak bodek ler tu. Sibuk nak bukak sebagai ganti tak dapat main hari Ahad. Tapi mak dia ni jenis hati kering... a big 'NO' yer anak anak :)

Hilman tak putus asa, hari Jumaat lepas balik sekolah dia terus SMS .... Mak boleh tak main computer. Kalau boleh Y kalau tak N :) Ecewah, nak balas SMS pun pakai simbol Y dan N kau. Macam nak bagi command dalam computer jer. Abih tu, mak dia tak der nyer nak jawap Y atau N pun. Siap mak dia membebel kat dalam SMS .... hahahahaha. Nasib kau ler Man dapat mak macam radiogram buruk yang tak boleh nak slowdown volume.

Dua benda ni lah pengikat anak anak aku tak boleh berenggang dari rumah. Kalau nak pergi mana-mana pun sure asyik teringat nak balik rumah jer lah. Bagus jugak, tak adalah aku risau anak aku merayau kat mana-mana kan, ada depan mata jer :)


Ehmmm...sila abaikan tudung saya yang merundum itu yer.

Thursday, October 21, 2010

SAYA RINDU 'BABY' INI

Udah-udah ler berkonsert Maher Zain kat bawah tu yer. Tak bergerak-gerak sejak minggu lepas. Maher Zain pun dah balik negeri ... wakakakaka. Harap dia dapat datang lagi, tapi masa datang balik tu harapnya aku dah ada ringgit la nak beli tiket dia :)



Masa aku duk belek-belek gambar lama anak-anak kat 'Pen-Drive', terjumpa lak dengan gambar kat atas ni. Terus terang kata, ini ler gambar feberet aku. Bukan sebab aku terperasan lawa atau kurus (ni yang rasa nak kurus balik ni) ... hahahahaha, sempat lagi tu, walhal memang tak lawa langsung. Lawak adalah sikit. Opppppssssiee .... selingan jap. Sambung balik ... aku suka gambar kat atas sebab muka baby tu tersangatlah gebu, montel dan comel. Aduyai! mati ler puji anak sendirik. Geramnyerrrrrrrrr ... tengok pipi labuh dia yang buat aku rasa nak gigit gigit.

Itu lah Kak Long Farhanah masa umur 3 Bulan ++ ikut tarikh kat gambar tu ler. Masa ini kami ker Cameron Highlands - tempat favourite dari dulu kini dan selamanya. Strawberry Farm tu pun tak cantik dan berseri harum mewangi macam sekarang.




Now ni Kak Long 15 tahun dah ... tak montel macam dulu dah lagi, kurus meninggi jer, walaupun comel tu tetap ada ... hik hik hik. Ampunnnnnnnn pujik lagi anak sendiri.

Saturday, October 16, 2010

MARI BER'KONSERT' MAHER ZAIN DI SINI

Tajuk jer gempak, aku tak pergi pun ... sob sob sob. Tak mampu nak beli tiket. Aku tak tahu pun sapa Maher Zain ni memulanya, tapi selalu ler dengar nama dia kat corong corong serombong radio. Carik punya carik kat YOUTUBE, SubhannALLAH ... sedap nya suara dan lagu dia, sehingga bisa menyebakkan dan meruntunkan jiwa aku mendengarkan lagu lagu dia. Tak dapat gi konsert ... layan YOUTUBE Maher Zain kat sini pun jadilah.




dan lagu kat bawah ni yang buat macam aku tak nak dengar lagu lain lagi ...



dan lagi lagu yang menginsafkan...



Masa tengah melayan lagu lagu Maher Zain kat YOUtube...
terjumpa pulak aku clip kat bawah ni,
dengarkan ceritanya membuatkan aku...
bersyukur sangat sangat dilahirkan sebagai muslim.
Alhamdullilah ... Syukur


Wednesday, October 6, 2010

SELAMAT HARI RAYA 2010



Punya ler super duper lambat meng'up-date' ... dah nak abih raya pun. Baru semangat nak mari ditambah pula dengan pujuk rayu domba oleh anak anak "Mak! cepat ler update blog pasal raya". Hokey, mak update sekarang. Tema kaler baju raya tahun ini adalah Kelabu. Dan pagi raya berada di Kuang ... lepas solat Jumaat baru berangkat ke Klang ... sampai ke malam. Bagi aku yang best nyer raya ni adalah MAKAN ... dan bagi anak anak lak adalah DUIT RAYA ... hehehehe. Yang lain tu best lah jugakkan. Dapat berkunjung ke rumah sedara mara, mengeratkan tali persaudaraan sambil bertukar khabar dan bertukar resepi kalau ada makanan dan kuih yang sedap.... hehehehe

Kat Kuang tak pergi rumah sapa sapa pun, ambik gambar pun tak sempat, sebab rumah mak tok ramai sangat orang datang, lagi pun asyik tak cukup korum jer. Balik Klang, sempatlah jalan jalan rumah Arwah Tok Lang dan Mak Ngah ... dua rumah tu jer sempat sebab ari dah nak maghrib.

Dua orang jejaka hensem ni tak sabar nak pergi rumah orang kutip duit raya :)


Tahun ni tema KELABU ... tahun depan tak tahu :)






Tengah meng'test' kuih raya rumah Mak Lang


Hari kedua lak beraya rumah famili kat Kuala Lumpur. Pergi rumah Abang Ngah kat Pantai Dalam, rumah Mak Pah kat Taman Selasih Gombak dan rumah arwah Pak Ngah kat Taman Selasih jugak. Tiga rumah tu jer dah boleh buat perut rasa macam nak meletup. Kalau berjalan tu boleh rasa air bergerak gerak kat dada .. hik hik hik. Memang kenyang giler ... tak hengat dunia lah masa makan tu. Macam mana ler nak kurus gini :(

















Raya ketiga lak pergi beraya rumah besan mak tok kat Taman Melewar Gombak ... Eh! baru perasan ramai sedara duk area Gombak. Lepas Taman Melewar terus balik Klang ... Raya umah Tok Andak dan malam nyer rumah Mak Yah lak. Memang best lah, asyik upacara makan beramai-ramai jer lah kerja kita orang. Raya lak Kuang Klang ... Kuang Klang, untung nyer tak yah buang duit minyak dan buang masa kat lebuhraya balik kampung jauh jauh.